SaLaM tAkZiAh | KeNanGan

By | 30/03/2011

Salam takziah buat keluarga yana kawan pejabat aku atas pemergian ayah dia lewat petang semalam .. Al-Fatihah ….

Semoga arwah di tempatkan di kalang orang-orang yang beriman .. amin..

Patut lah aku dah lama tak nampak ayah yana depan ofis tiap petang, selalu nya ayah yana akan ambik yana tiap-tiap petang….

Malam semalam masa aku melawat yana dekat rumah dia, aku terasa akan kehilangan yang yana alami.. aku sendiri baru saja lalui kehilangan orang yang aku sayang awal tahun nieh…

Aku harap yana akan tabah lalui semua nieh, aku percaya yang yana seorang yang kuat semangat dan mampu terima ketentuan tuhan …

*sign*

Kita tak akan terjangka kematian yang menghampiri kita, dan kita tak tahu bila tiba giliran kita untuk mengadap ilahi…

semua tuh boleh berlaku secara tiba-tiba… Aku terfikir banyak mana amalan yang dah aku lakukan sepanjang kehidupan aku… Aku tanya pada diri aku cukup ker amalan yang akan aku bawa nanti… sebenar nya aku tak ada jawapan untuk semua tuh sebab tak ada siapa tahu bagaimana mahu kira amalan yang di lakukan..

Petang semalam aku pergi balik tempat terakhir kita orang buat fotoshoot dengan arwah isyarf

163420_474838973197_685098197_5724606_394800_n

tempat tuh dekat jer dengan rumah aku, jadi kalau nak pergi hari-hari pun memang boleh … tapi sekarang nie aku macam nak elak dari pergi semua tempat yang ada kenangan dengan arwah isyraf..

memang orang nampak aku tenang jer tapi hakikatnya aku sangat-sangat down lepas ketiadaan isyraf … walaupun isyraf akan ada adik tapi perasaan tuh tak sama dan perasaan sayang tuh tak sama …

Farah Isyzahra qistina”

Nak tunggu aku ada anak tak tahu tahun bila aku akan ada anak, aku bukan suka sangat dengan budak-budak … nama tuh aku nak bagi untuk adik isyraf kalau perempuan.. tapi aku dah bagi nama tuh dalam peraduan yang di anjurkan oleh geng gomofm sempena mencari nama anak untuk Dj petai …

Aku tak harap sangat akan menang dalam peraduan tuh, aku just suka-suka jer masuk peraduan tuh bagi sokongan jer ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.