PeSaNaN SeSeORaNg

By | 18/03/2011

Macam terkesan je pesanan-pesanan tu pada aku walaupun ianya dah berlalu seminggu yang lepas..

Senyum sorang-sorang sambil cakap sorang-sorang.. Kalau dulu budak ofis aku kata aku nie gila ..

Aku tak rasa aku gila sebab itu adalah cara aku mengatasi rasa marah.. Bukan ke cakap dengan diri sendiri lebih baik..

Aku dah terbiasa sorang-sorang macam sekarang.. Hari-hari aku makan sorang-sorang, buat kerja sorang-sorang.. Sebab tu akt tak rapat dengan kawan-kawan ofis aku..

Bukan aku sombong tapi bidang tugas aku yang tak benar kan aku terlalu rapat dengan mereka..

Sampai kekadang aku rasa yang aku nie terlalu kecik kat mata diorang.. Dan aku jenis orang yang tak pandai kata tak nak dalam urusan kerja..

Bukan satu company tapi berbelas company dalam satu bangunan.. Masa mula-mula aku masuk aku tanya kat diri aku boleh ke aku terus kerja kat sini..

Dalam masa yang sama aku cabar diri aku untuk terus bertahan..

Aku terlalu penat dengan keadaan skang.. Sungguh aku tak mahu ada ape-ape perasaan dengan sesiape sekarang nie..

Aku bagaikan langsung tak ada perasaan.. Jadi ape pun aku tak mahu lakukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.