Bila Cinta Lama Muncul Kembali – Mereka yang Terlewat

By | 07/03/2011

Biasa terdengar kisah bila cinta lama muncul kembali, mengakui mereka masih sayang dan ingin kembali bersama.

 

Maaf, aku sudah beri kamu peluang sekali dan itulah terakhir kali.

 

Dua kali terjadi seperti ini, hati jadi tak keruan. Bukan mudah untuk membuka hati kepada cinta baru dan apabila hati sudah ditutup kerana ada cinta baru, si cinta lama datang mengakui sayang sedangkan selama ini dia seperti tidak peduli.

 

Dia bermain cinta dengan orang lain dan aku tidak pernah melarang. TIba-tiba saja dia senyap hampir dua minggu. Aku cuba hubungi dia setiap hari tapi langsung tak berbalas. Berlalu dua minggu dia hanya diam dan kemudian ada orang lain memberitahu aku bahawa selama ini dia bermain-main sahaja. Katanya dia sudah bernikah dan sebagainya. Aku bukan orang yang mudah percaya tetapi ayah dan ibu, mereka percaya bulat-bulat. Ya, aku tahu mereka memerhati tapi memerhati untuk mencari silap aku.

 

Bila aku lihat dia bersama yang lain dan langsung tak mahu melayan aku, aku putuskan untuk biarkan mereka bersama. Mungkin dia lebih bahagia begitu.

 

Dan aku terima cinta baru yang sudah lama mengintai kamar hati. Lalu aku tutup semula. Aku cuma perlukan seorang sahaja bukannya dua. Tak perlu sibuk bertanya si dia ini sudah berpunya atau belum. Si dia itu berpunya atau belum. Bukan tangkap muat tapi sudah dipertimbangtara.

 

Tapi kemudian, dia cuba kembali kepada aku. Mengakui cemburu butanya. Mengakui masih sayang. Mengakui dia hanya bermain-main dengan gadis itu. Tapi dia sudah bersama dengan orang lain pula. Dan kekasihnya yang membuatkan aku menerima cinta baru itu, kini terluka. Aku dengar semua ceritanya, cuba pujuk dia supaya terima keadaan.

 

Aku kata aku cuma beri peluang sekali sahaja.

 

Tapi kunci hati aku, kunci cinta aku ada pada ayah. Aku sudah kata, siapa yang datang dahulu aku akan terima dia.

 

Tak perlu tunggu sampai aku habis belajar untuk soal risik-merisik. Tak perlu tunggu berbulan-bulan tempoh pertunangan. Siap semuanya rukun nikah lengkap terus saja menikah. Mudah.

 

Dan satu aku beritahu, keluarga aku bukan keluarga “jual anak”. Ayah kata semuanya bawah seribu. Jangan lebih.

 

NotaHati: Aku tahu aku hanya gadis biasa. Masih naif dan muda untuk kenal hidup. Tapi jangan fikir aku tak memahami hidup. Aku mungkin tak kenal semua orang, tapi percayalah, setiap kali ada orang cuba kenakan aku dia akan kena balik. Aku tak balas tapi ini apa yang aku perhatikan dari dulu.

 

NotaBuku:

Tajuk entri hampir sama dengan tajuk blog. Dah siap tulis baru perasan ^_^V

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.