Apekes La Korang Ni?

By | 13/03/2011

Baru hari pertama aku tak ada aku dah dengar macam-macam benda pelik berlaku. GomoFM oh GomoFM.

 

Aku jumpa cinta aku di GomoFM. Aku harap cinta ni jadi nyata. That’s my b. Seriously love him now. <3 Tapi kalau dia tanya aku aku sayang dia atau tak aku rasa memang tak mungkin dapat jawab depan dia. Ini satu-satunya cara aku nak beritahu yang aku sayangkan dia dan aku rasa cinta memang sudah berputik dalam hati aku.

 

Aku jumpa kakak aku di GomoFM. Aku sayang kakak-kakak aku ni walaupun bukan kakak yang betul. Paling tidak aku dapat menumpang kasih. Tak semua orang dapat peluang merasa kasih seorang kakak.

 

Aku jumpa teman baik aku di GomoFM. Walaupun aku bukan kenal dia di GomoFM tapi kerana GomoFM ni kami jadi rapat yang amat. That’s my laling ^_^V Tuan tanah di blog ni.

 

Aku jumpa acik yang paling aku sayang selepas acik dalam keluarga aku. Walaupun sejarahnya tak sama. Acik dalam keluarga aku, aku yang beri nama. Sebab tu aku sayang dia sangat-sangat. Tapi acik di GomoFM ni memang konfiden bukan aku yang bagi nama. Tapi dalam ramai-ramai ahli “keluarga” GomoFM aku paling rapat dengan acik. Ada apa-apa selalunya aku akan borak dengan acik.

 

Aku jumpa dinda di GomoFM. Walaupun sekarang bila aku marah aku guna istilah Bropian “budak susu cap gantung”, tapi inilah dinda aku. Aku kena terima. Aku memang tak mampu nak didik dia. Aku bukan kanda dia yang betul. Aku bukan mama dia. Dan dia pun mengaku dia memang susah diajar. Tapi aku cuba. Dan dia pun cuba menyesuaikan diri dengan chatter lain yang jauh lebih dewasa. Kau orang faham tak naluri budak yang baru nak merasa alam remaja?

 

Tak ada sesiapa yang punya sejarah macam aku? Ya, sejarah orang lain-lain. Tapi aku lihat ramai yang terbuai cinta alam maya di GomoFM. Takkan korang tak sayang tempat korang jumpa buah hati korang tu?

 

GomoFM memang radio internet pertama aku. Aku ada juga radio lain yang aku bina sendiri dengan sorang budak GB. Ya, memang dia yang punya tapi aku ada akses admin. Dia yang beri akses kepada aku sebab aku sorang yang dia kenal sebelum dia bina radio tu dan dia nak aku mendj di situ. Belum sempat lagi aku pakai akses tu.

 

Kalau aku nak aku boleh tumpukan pada radio aku tu. Tapi aku sayang GomoFM sebab aku nampak GomoFM dapat bergerak jauh. Aku dah simpan pelan jangka masa panjang untuk GomoFM sebab aku nampak potensi yang selari dengan pelan masa depan aku.

 

Tak ada sesiapa yang sayang GomoFM macam aku?

 

Aku tahu tuan tanah kedaung inchek Kelubi Seman memang sayang yang amat pada radionya ni. Dia amanahkan moderator dan dj-dj jaga beberapa hari tanpa dia dan jadi begini?

 

Aku dengar kes klon, memburukkan orang menjadi-jadi. Aku pun tak faham apa yang seronok sangat memburukkan orang.

 

Dan rupanya selama ni ada orang memburukkan imej aku di mata along.

 

Tolonglah, aku tak pernah mencarut dalam tempoh aku bercakap bahasa Sarawak dalam chatbox. Salahkah aku nak bercakap bahasa kampung aku? Selama ni aku tengok Embun dengan Acik berborak ok je tak ada masalah pun. Kenapa bila giliran aku jumpa budak kampung aku di cb tiba-tiba ada orang kata aku mencarut? Kau faham ke tak bahasa Sarawak ni? Jangan berlagak faham kalau kau tak faham!!

 

Aku tau bunyi bahasa Sarawak ni memang boleh dianggap mencarut. Tapi tak mencarut pun.

 

Kisah ayah aku masa pergi haji dulu pun ada kes kelakar.

 

Pemandu bas yang ayah naik bawa bas dengan lambat mengalahkan siput tak makan seminggu. Kemudian kawan ayah bangun nak tegur pemandu bas ni. Nak bercakap bahasa Melayu, konfiden tak faham. Cakap bahasa Arab, dia pulak tak pandai. Jadi dia cakap dalam bahasa Sarawak.

 

“Kau mun sik mbak laju lagik siap la kau!” [Kalau tak bawa laju lagi siaplah kau!”

 

Cuma itu, tapi si pemandu bas ketakutan dibuatnya =.=” Bukannya dia faham pun. Tapi intonasi tu penting 😛

 

Aku tak faham.

 

Dan aku sangat marah kepada moderator berlagak. Kau jangan berlagak hebat. Kalau kau orang lama di GomoFM, aku pun orang lama. Dan dinda Ina bukan orang baru. Dia ada di GomoFM separuh dari waktu kewujudan GomoFM. Cuma kau nampak dia kerap masuk kebelakangan ni sebab dia cuti. Selama ni dia di sekolah.

 

Masa dia buat hal kau tak masuk marah dia. Dia marah aku, cari gaduh dengan aku, dan dia dah minta maaf sebab burukkan aku. Dah minta maaf sebab kurang ajar dengan aku. Kau kisah apa? Dia tak buat hal masa kau masuk tu. Kenapa kau ban dia? Sengaja cari pasal?

 

Kau sengaja nak suruh dia cakap kasar dengan kau supaya kau ada alasan nak ban dia kan? Yang kau pergi “Kejadah” segala macam tu tak kasar? Mode tak perlu jaga bahasa ke? Chatter saja yang kena jaga bahasa?

 

Aku bergurau kata nak ban kau, kau ingat aku nak betul-betul ban ke? Kan aku dah cakap, kalau aku ban kau konfiden aku kena ban balik. Gurau pun kau nak marah? Kau ni apa? Hulk Hogan ke?

 

Kau marah dinda aku, kau maki dia. Bila aku beritahu along, along kata dia dengar aku yang buat hal. Eh, apa salah aku pula? Selama ni aku kena maki paling teruk di GomoFM tu pun aku tak pernah maki balik budak-budak 7 tu. Aku geram kat hujan sebab dia panggil aku kafir, sundal, pelacur. Kalau kau kena maki macam tu aku rasa kau dah tak masuk Gomo dah. Kau tanya pada Myra, ada aku balas balik makian dia? Keluar dari konti pun tidak. Berjam-jam dia maki aku sampai akhirnya sekitar pukul 5-6 pagi hos suruh aku ban baru aku ban dia.

 

Kalua kau orang tak sayang GomoFM sila blah dengan segera.

 

Makian pertama aku. Eh, kejap aku cek ada perkataan carut atau tak di sana.. Aku rasa tak ada satu pun dan semua orang faham apa yang aku cakap kan? Eh, pertama ke? Kedua kut. Yang pertama dah terlepas di status FB aku malam Sabtu.

 

Ditulis pada pagi Ahad jam 2 pagi. Gara-gara kau orang aku tak dapat tidur balik. Padahal pukul 12 tadi aku dah tutup laptop. Buka balik semata-mata sebab aku sayangkan GomoFM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.