aKu SaYanG KoRaNg SeMuA

By | 28/03/2011

Aku sayang korang semua… korang buat aku gembira..

Masa aku banyak di habiskan dengan korang, walaupun kita tak pernah jumpa tapi aku rasa gembira dan bahagia dengan adanya korang semua..

Hati aku dah tenang, aku dah boleh pujuk hati aku untuk terima semuanya… walaupun baru beberapa bulan aku dengan korang tapi korang memang best sangat-sangat….

Tak aku nafikan walaupun ada kalanya berlaku salah faham dan ada nya rajuk di hati tapi itu tak lama … sekalipun ada marah yang terbit dalam diri aku tapi itu tak lama dan itu tak buat aku benci korang …

Aku memang jenis cepat marah dan cepat tenang, pada aku tak payah marah dan rajuk lama-lama… itu tak akan buat aku gembira… aku akan rasa lain bila rajuk aku berpanjangan….

Aku pernah kata yang aku mahu pergi untuk seminggu tapi hati aku tak kuat,  aku baru tinggalkan korang sehari dah aku rasa rindu dengan telatah korang yang akann buat aku senyum gembira..

memang susah mahu ujudkan persefahaman bila masing-masing ada cara masing-masing tapi itu bukan penghalang kan?

pada semua kau nak kata yang aku berterima kasih sebab sudi jadi kawan aku.. kita kawan kan sampai bila-bila…

jika aku ada salah pada korang aku mintak maaf, mungkin dalam tidak sedar aku ada sakitkan hati korang dan buat korang marah…

Aku tulis sini supaya senang aku nak luahkan apa yang aku rasa, aku tak pandai nak kata secara terbuka face to face …

nanti sepanjang ketiadaan aku mesti aku rindu kat korang semua… ada ker orang yang akan rindu aku bila aku tak ada?

apa pun aku akan kembali secepat mungkin….

One thought on “aKu SaYanG KoRaNg SeMuA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.