aKu mAsiH Di SiNi | TeRiMa KaSiH TeMaN

By | 08/03/2011

Kegilaan apakah yang sedang berlaku, mood aku jadi down secara tiba-tiba.. Aku cuba kawal mood aku tapi aku tetap jugak kalah dengan mood sendiri..

Aku cuma tahan agak tak nanes sebab aku tak mahu mereka dengar aku nanes..

Keluar dari konti aku meroyan sorang-sorang kat cb.. Tapi tuan tanah menyampok pulak itu yang buat aku tambah rasa nak meroyang..

Sambil aku type sambil aku nanes.. Aku jadi sedih sangat.. Kalau tuan tanah ada depan aku lama dah aku pijak-pijak dia..

Aku cari acik mintak acik sampaikan pesanan aku dekat tuan tanah..

Dekat satu jam aku berhubung dengan tuan tanah, sambil type sambil nanes nasib tat wc kalau tak mesti boleh nampak muka aku yang tak comel time nanes..

Aku terima ape yang tuan tanah ceramah kat aku, mungkin itu yang terbaik dan akan buat aku jadi lebih tenang untuk lalui hari-hari yang akan datang..

Tak penting untuk aku bagi tahu perbualan aku dengan tuan tanah.. Biar aku je yang tahu..

Hari tu aku ada bagi tahu yang aku mahu perg tapi berat hati aku nak tinggal kan mereka.. Sampai masa aku akan tinggal kan mereka jugak..

Rindu pada orang yang masih ada dekat dunia dengan orang yang sudah tiada di dunia sangat berbeza..

Aku sengsara sebab rindukan isyraf, aku tak tunjuk perasaan aku yang sebenar..

Masa yang akan mengubah segalanya, bila kita kata susah akan susah lah jadi nya… Itu yang tuan tanah kata pada aku..

Di penghujung perbualan aku sedar yang aku harus berpatah balik ke pangkal jalan..

Sejak kebelakangan nie kehidupan aku tak normal.. Tido lewat malam bangun pulak terlalu awal.. Cepat terasa penat, kerap sakit kepala.. Aku abaikan semua kesakitan tuh.. Bila dah tak tertahan aku akan tido..

Aku jadi cepat marah kerana itu juga aku lebih suka duduk sorang-sorang dalam bilik.. Sekurang-kurang nya aku tak akan marah sesiapa..

Aku dapat rasa yang kesihatan aku semakin menurun.. Tapi aku abaikan semua tu, aku tak mahu ambik tahu.. Kalau dah sakit sangat tahu lah aku pergi jumpa doktor panel..

Aku lebih suka hidup dalam dunia ciptaan aku sekarang nie.. Tak ada gangguan dari sesiape..

Sampai sini dulu nanti aku tulis lagi

One thought on “aKu mAsiH Di SiNi | TeRiMa KaSiH TeMaN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.