aKu DaN MeReKa YanG PoPuLaR

By | 30/03/2011

Sapa kata aku dah popular?

Aku tak rasa yang aku dah popular di kalangan blogger, aku mana mampu nak bersaing dengan nama-nama besar seperti Ariff Shah, Denaihati, kujie .. mereka punyai pengikut yang lima kali ganda dari aku…

Aku nieh baru nak menapak.. merangkak pun belum lagi jadi jangan lah kata aku dah poular segan aku … kalau korang tanya pada blogger lain kenal tak mia namia mesti diorang kata tak kenal ….

Nak dapat trafik cecah 50 pun susah inikan pulak nak dapat kan pengikut yang ganda-ganda dari mereka yang sudah ada nama kukuh…

Kalau bukan kerana pertolongan laling aleeya mana mungkin aku akan capai tahap sekarang … dia dah tunjuk laluan yang harus aku lalui pun dah kira baik … dia tumpangkan aku dengan apa yang dia ada pun aku dah berterima kasih sangat-sangat…

jadi aku belum lagi popular, dan aku tak akan rasa yang aku akan popular .. jadi jangan kata benda-benda yang jauh dari fikiran aku…

banyak lagi yang harus aku belajar, banyak benda yang dah aku tertinggal … sekarang nieh pun aku tengah pelan-pelan belajar semua tuh … hasil nya belum tahu lagi …

Aku cuma mahu di kenali dengan identiti tersendiri … itu dah memadai ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.