LiVe tHe mOmEnT

By | 12/02/2011

Kaki aku bengkak lagi sejak dari malam tadi.. Memang sejak kebelakangan nie kaki aku selalu macam bengkak secara tiba-tiba..

Bersiaran dari konti gomofm, poyo gile ayat kan.. Memang aku masuk konti malam tadi, tapi just nak test je sama ada dah ok atau belum.. Memang aku rasa sangat tak puas hati semalam di sebabkan kerosakan dan buatkan mereka bahan aku.. Ok aku dah tak mahu masuk konti lagi tunggu aku beli mic yang canggih baru aku masuk balik..

Cite hujan cinta dania sudah selamat di publish tepat jam 10.30 pagi tadi.. Harap-harap editor aku yang garang tuh akan berpuas hati… Sudah lah editor aku tu garang gile kalau aku tak hantar mahu nye dia telan aku..

Malam semalam berlaku nye keganasan di cb, memang agak sengal bila semua bahasa keluar sampai ada beberape perkataan di block oleh pemilik cb..

Rasakan sape suruh buat hal memalam buta.. Boleh pulak mantion nama aku kan.. Mahu nye aku tak mengamok bagai.. Tapi kesudahan nya dah ok balik.. Siapa yang sentap dengan aku malam semalam tuh maaf lah yer aku tak sengaja nak carut kat korang..

Aku sayang mereka, mereka buat aku gembira tetiap hari.. Walaupun mereka nie suka bahan orang tapi mereka agak prihatin jugak..

Luar kotak cb aku hanya rapat dengan aleeya je.. Pagi-pagi kalau aku tak sms dia , dia yang akan sms aku.. Tetiap hari inbox aku penuh dengan nama aleeya..

Nak bergaya dengan barang mahal tengok jugak lah kan tak payah lah sampai nak berhutang.. Nie tak cakap nak bagus je tapi sebenar nya hampeh.. Ukur baju kat badan sendiri..

Hidup pun cukup-cukup makan je nak bermewah dengan benda yang tak mampu.. Buat loan bank RM20K sebab nak beli kete yang di luar kemampuan nak buat ape.. Tak penting kot benda-benda macam tuh..

Kena pulihkan balik waktu tido aku nieh, dah seminggu aku tido lambat.. Banyak benda yang aku dah aku abaikan..

Semalam aku di terjah oleh seseorang.. Pysco betul mamat tuh, seyes aku takut giler sebab mamat pysco tu kata dia tahu mana aku tinggal dan tempat kerja aku.. Paling cuak sekali dia tahu nama aku.. Dan ada something word yang buat aku lagi cuak..

Tak kan lah mamat pysco tuh ikut mana aku pergi selama nie sampai dia tahu semua tuh.. Itu bukan bebudak cb atau bebudak cyber yang lain.. Pasal dia tahu nama betul aku sedang kan kat cyber aku tak guna nama betul pun .. Kecuali kat gb tuh pun aku tak sengaja termasuk kan nama aku..

Mamat pysco tuh ajak aku jumpa tapi aku tak nak, memang lah aku nak tahu siape mamat pysco tuh tapi aku takut lah jugak..

Aku nak skip semua perasaan aku, aku tak mahu tersuka kat sesiapa.. Aku tak bersedia untuk mulakan hubungan dengan sesiapa pun..

Isnin aku ada function kat umah bos aku, tengah pening cari baju nieh.. Tiap kali ada event mesti aku akan pening fikir pasal baju.. Benda lain tak pulak aku fikir..

Kebelakangan nie aku jadi cepat nak marah, cepat penat, cepat sakit.. Mood aku pun agak down jugak..

Mood untuk berblog pun agak down jugak.. Rasa macam nak pijak-pijak je orang..

Aku nak je pijak-pijak orang yang tinggal kan pesanan berunsur kan perniagaan.. Aku tak minat pun, kalau aku minat tahu lah mana aku nak cari.. Tak payah masuk semua blog dan tinggal kan pesanan yang sama..

Aku dah banned beberapa ip yang tinggal kan komen barang jualan mereka.. Kalau aku tak buat macam tuh mesti penuh kotak pesanan aku dengan barang jualan…

Nak balas kunjungan diorang pun aku malas, kebelakangan nie masa aku banyak kat cb..

Sudah-sudah aku nantok dh nie nanti sambung lag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.