SamPai BiLa aKu NaK SeDiH

By | 08/01/2011


Aku Seakan terlupa seketika akan kesedihan aku..

hakikatnya aku masih belum dapat buang jauh kesedihan aku…
Aku cuba kuatkan hati aku untuk terima apa yang telah berlaku
tai hakikatnya aku tak mampu untuk terimanya
walaupun aku redha dengan ketentuan Allah tapi perasaan sedih aku mengatasi segalanya

Allah pinjamkan Isyraf hanya untuk seketika …
Aku masih belum puas bermaja dengan Isyarf..
dia anak baik ..

Sejak ketiadaan isyraf aku bagaikan takut untuk tidur
hingga aku biarkan lampu bilik terasang hingga pagi..
entah kenapa aku jadi takut untuk tidur dalam gelap
aku cuba tapi aku tak mampu…

Dari hari ke hari aku semakin rindu kan Isyraf..
Aku rindu nak cium pipi dia
Aku rindu nak gigit ipi dia
Aku rindu nak usik dia
Aku rindu nak main-main dengan dia
Aku rindu akan segala-galanya tentang isyraf

aku belum bersedia mula kan hidup baru selepas ketiadaan Isyraf
Aku tak boleh lupakan Isyraf..

Saat akhir aku dengan dia …
Aku sempat peluk dia kuat-kuat..
Aku sempat teman dia main-main
Aku sempat potongkan kuku dia..

Semoga Allah tempat Isyraf di kalangan orang-orang yang beriman


3 thoughts on “SamPai BiLa aKu NaK SeDiH

  1. farysa

    bwk bersabar ye sis
    Allah sentiasa ade dgn kite
    setiap kehilangan Dia akan ganti dgn yg lebih indah suatu hari nanti
    kuatkan semangat =)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.