SaLaH FaHaM | NaK sanGaT JaGa HaTi PeRemPuaN KeSaYanGan KaN …

By | 18/01/2011

Semalam aku guna angka 121279 untuk status facebook aku, malangnya aku terlupa tentang sesuatu tentang angka itu.. asalnya aku mahu tujukan pada dia tapi orang lain pulak yang terasa hati..


mendapat feedback dari beberapa orang kawan dia, memang aku dah jangka yang mereka akan terkejut akan berita tuh.. bila aku baca feedback dari mereka aku pulak yang rasa sakit hati..

seyes aku sangat-sangat jadi tak tentu arah, dan aku tak boleh terima kenyataan yang dia akan nikah dengan perempuan lain.. puas aku cuba untuk terima kenyataan tuh tapi aku tak begitu kuat untuk laluinya..

aku seakan tidak dapat mengawal perasaan aku.. aku sms kat dia tapi seperti biasa tidak ada balasan yang aku terima.. itu buat aku semakin marah..

fikiran jahat aku mahu saja aku rosakan majlis dia, apa nak jadi pun jadi lah asalkan hati aku puas.. tapi hati aku melarangnya…

aku text sorang kawan aku bagi tahu pasal dia.. asalnya aku dapat no phone dia dari kawan aku tuh beberapa tahun lepas secara tak sengaja..

agak terkejut jugak lah kawan aku tuh bila aku kasik tau yang dia nak kawen dengan perempuan lain.. kawan aku ajak jumpa tapi aku malas nak kuar jadi akan di tunda hari lain..

oleh kerana dia nak sangat jaga hati perempuan kesayangan dia dan langsung tak fikirkan tentang perasaan aku.. aku sendiri yang akan sakitkan hati perempuan kesayangan dia.. kalau nak kata punca dari aku sekali pun aku tak kisah…

Kuatkan hati aku dan jangan biarkan aku bertindak jahat


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.