PasRaH | BiLa isYRaF NaK SeDaR

By | 01/01/2011

Kecewa aku bila langsung tak ada perubahan

pihak hospital pun sudah tidak lagi berikan ubat
yang mereka berikan hanya lah bantuan pernafasan melalui mesin

Nak tunggu keputusan Ct scan yang mereka lakukan 2 hari lepas terasa sangat lama.. hingga sekarang pihak hospital masih tak tau apa sakit dan apa puncanya isyraf koma..

Berapa banyak sample darah yang di ambil aku tak tahu, ada dekat seratus kali aku rasa.. aku pun tak tahu apa yang mereka buat dengan darah yang di ambik tuh.. sudah nya pihak hospital tetap tak dapat nak kesan apa sakit isyraf..

Pagi tadi salah seorang pesakit kanser telah meninggal dunia, tangisan mereka buat aku semakin serabut dan rasa takut untuk lalui saat-saat macam tuh..

walaupun hati aku kuat mengatakan yang isyraf akan sembuh tapi bila kenangkan tiada perubahan yang berlaku perasaan aku terus down..

macam mana aku nak teruskan hari-hari aku tanpa isyraf agaknya.. walaupun dia bukan anak aku tapi aku dah hidup dengan dia selama satu tahun dua bulan..

saat-saat sukar macam nie aku memerlukan seseorang, aku text seseorang bagi tahu akan rasa hati aku saat tuh.. tapi lewat petang baru dapat balasan.. pesanan yang aku terima buat aku rasa sangat-sangat terasa…

selama nie aku hanya membaca kisah mereka, tapi hari ini aku sendiri lalui keadaan sebegitu…

Aku tak sambut tahun baru pun… malah tiada ucapan dari aku buat kawan-kawan….

apa yang aku lalui sekarang nie semuanya terasa lambat sangat.. aku langsung tak fikir soal kerja.. apa yang aku fikirkan sekarang ada lah isyraf…

kesian kat mak aku, tiap kali dia tengok gambar isyraf dalam lappy dia, dia akan caka sorang-sorang.. masa isyraf sihat pun dia macam tuh jugak tapi kali nie aku rasa sangat sedih bila kenangkan keadaan isyraf…

baru hari niE aku nampak ayah aku nangis sebab isyraf.. itu pun masa dia namak ada darah yang keluar dari perut melalui saluran yang di sediakan…

otak aku dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi.. aku tak mampu nak fikir apa yang patut aku lakukan.. hanya satu jer yang boleh aku lakukan dalam keadaan sekarang.. Redha dengan apa pun yang akan berlaku….


One thought on “PasRaH | BiLa isYRaF NaK SeDaR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.