MeReKa TeTaP KaWan aKu WaLauPuN Dia BeGiTu

By | 17/01/2011

Nampaknya lepas nieh aku dah tak boleh nak call abang long lagi, sebabnya aku selalu call abang long untuk tanya pasal dia.. kalau aku tanya pasal dia dekat abang long apa pulak abang long akan kata..


Sebenarnya banyak pekara yang dia buat tak fikir tentang perasaan orang sekeliling dia.. kalau dia tak jemput aku agak logik jugak lah tapi yang sampai dia tak jemput kawan-kawan yang lain apa hal tak kan lah dia dah lupa kat kawan-kawan dia yang lain..

beberapa hari lepas aku ada berbual dengan sorang kawan dia, banyak yang aku dengan aye.. bila aku cakap pekara yang sebenar terus aye marah.. bukan marah aku tapi marah kat dia tuh lah…

Aye : lepas nie jangan pulak awak tak mahu kawan dengan saya
Aku : tak lah sampai macam tuh
aye : mana tahu awak marah dia then tak mahu kawan dengan kita
Aku : kita tetap kawan sampai bila-bila

dalam masa yang sama (masa tuh) aku hubungi abang long, tuh yang aku dapat berita sebenar.. stop berbual dengan aye kejap untuk fokus pada cerita abang long..


Aku : abang long ada call dia?
Abang Long : ada minggu lepas
Aku : abang long ada tanya dia tak
Abang Long : abang long tanya kat dia “dengar dah tunang”
Aku : habis tuh apa dia kata
Abang Long : dia kata 28 januari 2011 dia nikah sanding bulan dua

masa abang long kata macam tuh aku dah gigil-gigil tak terkata apa.. cakap pun dah gagap-gagap..

Aku : dia kejam lah buat saya macam nieh
Abang Long : kenapa pulak
Aku : yer lah abang long kan tahu saya dengan dia
Abang long : yang abang long tahu kau kawan dengan dia tuh jer
Aku : (citerkan hal yang sebenar)
Abang long : anggap jer korang tak ada jodoh
Aku : itu saya tahu tapi tak kan sampai buat saya macam nieh
Abang Long : kalau dia jemput kau, kau nak datang ker
Aku : kalau dia jemput belum tentu saya datang, saya tak cukup kuat nak tengok dia dengan orang lain
Abang Long : kalau kad sampai abang long akan datang
Aku : tak apa lah abang long mungkin saya akan kirimkan hadiah jer

habis cakap dengan abang long aku sambung berbual dengan aye.. lama jugak dia tunggu aku.. aku cakap balik kat aye apa yang abang long bagi tahu kat aku…

sebab tu jugak aku bawak diri jauh dari semua orang, aku lebih suka dengan dunia aku yang sunyi tanpa gangguan.. aku perlukan banyak masa untuk lupakan semua kenangan tuh..

aku pandang sekeliling bilik aku, aku nampak dia.. memang aku kena ubah bilik aku supaya aku tak nampak dia dalam kehidupan seharian aku…

aku nak simpan barang-barang dia dalam kotak dan simpan dalam stor.. asalkan aku tak nampak semua barang-barang dia dah cukup baik..

Dalam dia tidak sedar sebenar nya dia dah jarak kan hubungan aku dengan abang long dan kawan-kawan dia yang lain.. bukan aku nak buang mereka semua tapi ntah lah susah untuk aku jelaskan..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.