KeJaTuHaN PAGERANK BuaT aKu KeCeWa | aRiFF SHaH & TuToRiaL BerGuNa

By | 23/01/2011

Kehidupan yang agak celaru sejak 2 minggu kebelakangan nie, banyak benda yang berlaku dalam kehidupan aku.. tak ada lah teruk mana pun cuma ada masanya buat aku jadi stress..


Masa aku jalan-jalan aku nampak satu mesin yang menarik perhatian aku.. aku pun cuba lah mesin tuh bila bila adik aku, kakak aku, mak aku dengan adik ipar aku sibuk nak guna mesin tuh..

tekanan darah agak tinggi mungkin sebab aku agak stress, walaupun dalam keadaan bahaya tapi aku cuba untuk tidak memikirkan nya.. lagi aku stress lagi akan buat tekana darah aku jadi tinggi…

Sejak kebelakangan nie memang kerap aku rasa sakit kepala, jadi mood untuk BW agak terganggu tapi usaha juga agar blog berupdate..

Memandangkan aku baru terjaga pada jam 12.45 malam, maka aku ambik peluang sikit untuk jalan-jalan kat blog ARIFF SHAH .. dah lama kot aku tak jalan-jalan kat sana .. dia pun jarang update blog mungkin sebab dia busy dengan study..

aku bukan tengok apa yang dia update tapi aku tengok apa yang boleh di guna pakai untuk tingkatkan aku nyer blog nieh.. memang banyak benda yang membantu.. korang pun boleh belajar banyak pekara kat blog dia.. TAPI jangan pulak korang copy & paste apa yang dia tulis .. itu kejam dan keji namanya..

Aku perasan ada beberapa blog yang cakap pasal pagerank .. aku pun masih blur dengan pagerank tuh.. dulu-dulu aku kejar jugak pagerank tuh tapi lepas aku perasan akan kejatuhan pagerank yang teruk kat blog aku nie.. rasa macam malas pulak nak ambik tahu pasal pagerank tuh….

Jangan kata nak dapat pagerank yang tinggi nak dapatkan trafik yang tinggi pun agak payah jugak.. memang lah ada yang kata kena tulis pasal isu semasa yang hangat.. itu kelemahan aku, aku memang tak pandai nak tulis pasal isu semasa yang hot macam korang..

blogger kecik macam aku nie apa lah sangat kan jika nak bandingkan dengan blogger yang hebat .. tapi tak lah sampai nak rosakan hubungan baik dengan mereka hanya kerana cemburu dengan kemampuan mereka menarik trafik yang tinggi .. apa yang boleh aku buat guna pakai apa yang mereka cadangkan…

Rasa macam nak pergi bercuti jer, dah lama tak pergi bercuti .. last aku gi bercuti sebelum bulan puasa tahun lepas tuh pun dengan kawan-kawan …

memang tengah plan mana nak pergi paling penting mesti ada laut, jadi nikmat sikit percutian tuh tak lah serabut sangat …


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.