BenCi DenGaN KeaDaaN SeKaRanG

By | 16/01/2011

Mood aku masih down di sebabkan berita yang aku terima dua hari lepas, dalam masa yang sama aku cuba untuk terima kenyataan yang sangat-sangat tak boleh aku terima..


Ada masa nya aku fikir buat apa aku nak biarkan dia bahagia sedangkan aku kat sini sengsara dengan tindakan dia.. tapi kata hati aku sentiasa menghalangnya.. aku harap aku tak akan sampai tersasar jauh dari apa yang sepatutnya…

Aku cuba kawal perasaan marah aku, aku tak nak orang yang tak bersalah jadi mangsa kemarahan aku.. tapi ada masanya sesetengah keadaan buat aku hilang sabar…

kata-kata semangat kalian belum dapat memujuk hati aku, bukan aku tak hargai cuma aku yang masih belum dapat terima hakikat sebenar nya…

semalam sebelum aku pergi nilai sempat aku singgah rumah bos aku sempena majlis perkahwinan anak dia.. walaupun aku tak kenal anak dia tapi demi menjaga hubungan baik aku pergi jugak..

perasaan aku yang kosong tak dapat nak menikmati kegembiraan di sana, just dengar saja kawan-kawan yang lain berbual..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.