280111 | Do SoMeThiNg

By | 26/01/2011

Pagi-pagi dah buat aku rasa nak mencarut bagai nieh, ada jer mangkuk tingkat yang buat aku marah..

Dua orang budak yang selalu menepek kat tempat aku mula mengeluarkan fakta lucah.. Agak sengal budak berdua tuh, memang budak berdua tu begitu tiap kali mereka menepek kat tempat aku

pagi tadi masa aku tengah siap-siap nak pergi kerja aku nampak cincin yang pernah aku pakai satu masa dulu..

Sangat sakit untuk lalui seminggu nie, aku cuba senyum agar kesakitan aku tak kelihatan..

Setiap malam aku akan habiskan masa depan lappy, kekadang tertidur depan lappy.. Walaupun itu pekara biasa tapi kesakitan yang aku alami sedikit berkurangan..

Tahap kemencarutan aku makin tinggi, cuba kawal perasaan supaya tak ada siapa yang kena maki dengan aku pepagi macam nie..

Barang hilang lah, barang tak cukup lah, lambat lah semua ada.. Bila barang dah ada lepas 2 hari baru nak datang ambik mane aku tak naik hangin.. Sendiri punya barang pun tak ingat..

Tahap meroyan aku makin meningkat nie.. Bebila masa boleh meletus kemarahan ..

Kekadang aku fikir boleh ker aku bertahan dalam keadaan macam nie.. Aku cuma harap yang aku boleh bertahan lebih lama lagi..

Semua orang kata aku nie beruntung sebab bos tak pernah marah aku.. Baik big bos, lady bos dan bos kat department aku memang tak pernah marah.. Tapi bukan nya aku dapat ape-ape keistemewaan macam orang lain..

Aku tetap orang bawahan yang di anggap tiada kelulusan macam mereka yang berada di atas..

Memang pun kelulusan yang aku ada tak di pandang dan tak di guna pakai.. Belajar tinggi-tinggi tapi bila kerja start dari bawah..

Find aku lebih suka mula dari bawah, sebabnya banyak benda yang aku boleh belajar… Itu merupakan kelebihan bukan dan bonus buat aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.