Nilai KemanusiaaN Yang MasiH aDa

By | 04/12/2010

ketawa sorang-sorang depan lappy bila ingat balik kejadian petang tadi dekat sunway piramid .. dalam masa yang sama aku terfikir sesuatu tentang apa yang berlaku ….


Tak tahu apa yang akan jadi kalau masa tuh aku keluar sorang-sorang dan malang menimpa aku kat tempat awam macam tuh.. mungkin ada yang akan batu aku tapi mereka tak tahu siapa yang harus di hubungi untuk maklum kan tentang keadaan aku..

Masa tuh memang aku dah rasa lain macam jer, dulu pun aku pernah alami keadaan macam tuh tapi selalunya jadi masa aku kat rumah.. bila aku rasakan begitu aku akan baring untuk beberapa minit dan akan pulih seperti biasa..

tapi kejadian kat sunway petang tadi buat aku sedar yang masih ada lagi nilai kemanusian sesama manusia.. walaupun mereka nampak aku sudah pulih tapi mereka tetap bertanyakan keadaan aku.. bantaun yang mereka hulurkan amat aku hargai..

mungkin hari nie hari aku, esok atau lusa tak tahu lagi mungkin aku pula yang bantu mereka tanpa di tempat waktu yang lain… kejadian tuh jugak mengingatkan aku pada kejadiaan beberapa tahun lepas dan buat aku sedar bukan semua pelancong warga asing jahat..

kejadian di stesen lrt menuju ke mad valley.. masa tuh orang ramai sangat dalam train tuh, aku teragak-agak mahu masuk dalam train tuh takut tak lepas masuk.. masa tuh tinggal aku sorang jer kat luar train… tapi tak semena-mena seorang mad salleh tarik tangan aku masuk dalam train tuh.. masa tuh aku nampak pintu train tuh dah hampir tutup… bila aku sudah selamat berada dalam train tuh walaupun dalam keadaan terkejut dengan kejadian tuh aku tetap senyum pada pelancong tuh dan say thank kat dia..

waktu tuh memang ramai orang kat sebelah pelancong tuh tapi mereka hanya melihat saja.. apa pun aku selamat tiba di destinasi yang mahu aku tuju untuk bertemu dengan kawan aku..

sejak hari itu aku ubah cara fikiran aku dengan berkata tak semua orang jahat, tapi tetap jugak harus berhati-hati dalam aa pun keadaan dan tidakan…

2 thoughts on “Nilai KemanusiaaN Yang MasiH aDa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.