KhairuL FahMi LaGi | HaRi YanG MenCaBaR PeRaSaaN

By | 30/12/2010

Pagi tadi sampai jer pejabat beberapa orang rakan bercakap tentang KHAIRUL FAHMI .. aku hanya dengar kan saja perbualan mereka


Kawan 1 : kau tau Khairul Fahmi tu boyfriend aku
Kawan 2 : bukan lah dah tentu Khairul Fahmi tu tunang aku
Kawan 3 : apa pulak dah tentu Khairul Fahmi tu suami aku
Aku : korang nie cuba kalau Khairul Fahmi tu tak terkenal mesti korang pun buat tak layan dan tak ambik tahu kan

Sedangkan waktu itu fikiran aku sangat kusut sebab agenda aku tidak selesai lagi.. tapi aku cuba untuk senyum dan ketawa seperti biasa.. malanya mood aku telah menguasai minda aku..

Surat perkeliling sudah di edarkan kepada semua jabatan bahawa esok kena kerja dan akan di gantikan dengan cuti raya cinta .. Fine, aku tak kisah sekali pun kena kerja tapi ada benda lain yang buat aku stress dan bertambah stress

Apa yang aku boleh buat bula gaji tak masuk, nak salahkan pihak pentabiran pun tak boleh sebab mereka tak salah pun.. Apa kata salah kan PM sebab umumkan cuti pada hari jumaat sedangkan jumaat merupakan hari yang paling penting…

aku tak mahu caka lagi hal nie, pagi tadi aku dah pun cakap pasal hal nie tak kan aku nak ulang benda yang sama kan

*sign*

Di sebabkan kekalahan Indonesia semalam kita orang di belanja KFC oleh salah seorang staff .. itu padah nya bila tidak yakin akan kemampuan permain Malaysia..

tapi aku sentap bila mereka hanya pelawa aku bila mereka sudah habis makan.. alasan yang mereka bagi sangat-sangat tak boleh aku terima.. tak kisah lah kalau tak mahu makan sama-sama tapi bagi tahu lah aku yang mereka sudah tinggalkan untuk aku..

di sebabkan itu aku langsung tak bercakap dengan mereka dan tak makan pun KFC yang mereka tinggalkan untuk aku.. ada aku kisah? kalau nak kata aku ego tak bertempat sekali pun aku tak kisah sebab itu memang aku..

Aku tak pernah buat mereka begitu, seboleh-boleh nya aku tunggu mereka tak pun aku akan bagi tahu pada mereka yang aku ada tinggalkan buat mereka..

sebelum balik tadi aku sempat cakap dengan budak ofis aku tentang sesuatu yang hanya suka-suka

Aku : nanti bila aku dah berhenti ada perempuan seksi yang akan ganti tempat aku
Kawan : cantik lah itu yang aku tunggu
Aku : pantang betul kau nieh kan
Kawan : kalau boleh biar lah umur dia 20 atau 22
Aku : kalau tak salah aku umur dia 20 tahun
Kawan : itu yang aku mahu
Aku : makanya kau memang suka lah kalau aku berhenti
Kawan : mesti nanti kau pindah pejabat kan bila N dah resign
Aku : pandai kau jer saper yang kata
Kawan : mana lah tahu

boleh pulak aku berkata begitu…

sentap dengan semua orang seanjang hari sebab aku di ketepikan.. tak apa nanti-nanti mereka akan cari aku juga..


One thought on “KhairuL FahMi LaGi | HaRi YanG MenCaBaR PeRaSaaN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.