Just update my life story

By | 14/12/2010

Macam sibuk je kan sebab lama tak update, sedangkan hari-hari mengadap laptop tapi part nak update tu yang tak ada idea..

Last week aku ada tulis tentang masalah ketika update secara live.. Sebenarnya bukan di sebabkan setting blog tapi di sebabkan setting GMT yang menyebabkan entry yang di send secara terus nampak tidak tersusun.. Masalah begitu simple sebenar nya tapi feed back yang aku dapat tak dapat puaskan hati aku.. Btw thank pada korang yang cuba membantu..

Pagi nie laptop aku masuk wad di sebabkan serangan virus yang agak melampau.. Dan aku minta lakukan pembedahan ( format semula ) juga sebab nak bagi nampak kacak.. Hanya 4 jam saja semuanya sudah boleh siap..

Pagi nie masuk pejabat seperti biasa, sampai pejabat aku nampak itu dua orang sedang bersuka ria dan di atas meja penuh dengan barang-barang.. Sempat juga berbuat seketika dengan bos aku

Bos : kalau i transfer u masuk sini u mahu tak? Tp kena p&c semua benda lah

Admin : kena terima jugak kalau kita orang marah

Bos : dia memang dah biasa kena marah.. Tp u tak boleh kawan dengan semua orang, u hanya boleh kawan dengan admin nie je, boleh ke?

Admin : sape nak ganti tempat dia

Bos : cari orang lain lah ganti tempat dia

aku hanya mendengar saja perbualan mereka tanpa beri ape-ape jawapan.. Sebab aku tak ada jawapan untuk di berikan. Kalau ikut kata hati aku memang aku akan terima tawaran tuh.. Tapi dalam masa yang sama aku harus fikirkan pekara lain.

Bos aku tahu hubungan baik aku dengan semua orang jadi dia tak mahu sekat kebebasan aku dan aku harus buat pilihan yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.