CinTa TaK Di ResTui

By | 20/12/2010

Memang sakit bila cinta yang di semai tidak kesampaian bukan kerana orang ke tiga tapi kerana tidak mendapat restu dari keluarga..


itu yang berlaku dalam hidup aku 2 tahun lepas, sungguh aku rasa sedikit kecewa bila dia tak berusaha yakinkan family dia akan pilihan hati dia dan turut segala apa yang family dia katakan..

kerana kedegilan aku, aku cuba yakinkan diri aku yang segalanya akan berubah bila dia kata yang family dia pasti akan bersetuju kali nie.. aku percaya kata-kata dia sebab masih ada sayang dalam hati aku buat dia…

tapi ternyata semua tu tak benar, family dia tetap tak bersetuju dengan pilihan dia.. hingga mak dia minta dia buat pilihan kalau dia pilih aku maka dia tak akan dapat apa-apa pun.. maka dia buat pilihan untuk pergi jauh dari aku…

hingga dia kata pada aku, masakan aku mahu dia buang keluarga dia hanya kerana aku.. sungguh aku tak pernah minta dia lakukan begitu.. walaupun aku tahu yang family dia tak boleh terima aku tapi tak pulak pada makcik-makcik dia.. makcik-makcik dia semua boleh terima aku…

Aku mengambil masa yang lama untuk lupakan semuanya, pelan-pelan aku bangun dan teruskan kehidupan aku.. sekali pun aku sayangkan dia tapi tak lah sampai aku ajak dia kawen lari.. aku tak perlu kawen lari sebab family aku akan terima siapa pun pilihan aku..

jadi buat korang yang alami nasib yang sama, fikir dulu sebelum lakukan sesuatu jangan terlalu ikutkan hati sangat.. tak perlu sampai lukakan hati keluarga hanya kerana cinta yang tak di restui..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.