BiCaRa MaLam HaRi yanG LeSu

By | 05/12/2010

Baru pulang dari KSM, beberapa hari nie selalu sangat aku ulang alik dari shah alam ke ksm .. macam ksm tuh sebelah rumah aku jer kan.. bukan jauh pun 30 minit sudah sampai ksm …


Aku pergi sana pun sebab mak aku kat sana jaga makcik aku yang tengah berpantang kalau tak mana ada aku pergi sana sangat sesekali jer aku pergi sana… dan selama itu jugak lah aktiviti blogging aku tidak tentu masa dan jadi tak berapa nak stabil macam selalu..

Esok lepas kerja nak pergi sana balik, memandang kan selasa cuti sempena awal muharam jadi tidor sana satu malam lah jawab nya.. malas lah pulak nak pergi sana dengan keadaan yang agak merimaskan aku dengan suara bebudak bising..

petang tadi hantar pakcik aku kat KLIA, semoga dia selamat pergi dan selamat pulang.. walaupun dia hanya akan pulang setahun sekali tapi itu belum tentu aku dapat jumpa dia bila dia balik nanti.. kali nie dia balik bawak family dia…

Thank pada korang yang sudi meninggalkan komen kat blog aku, maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak balas komen korang buat masa nie kerana kesibukan urusan harian aku dan kesuntukkan waktu…

aku hargai komen yang korang berikan, jangan lah korang terasa hati bila ada masa aku pasti akan berkunjung kat blog korang.. walaupun agak lambat…

macam malas jer nak kerja esok lagi-lagi dah cuti lama.. ikutkan hati mahu cuti sampai selasa rabu baru start kerja.. tapi ofismate aku sudah pesan isnin kena masuk ofis jugak.. malas nyer aku nak kerja esok….


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.