BaCa LaBeL | KeMeRiaHaN KRisMaS

By | 22/12/2010

Sebelum baca pastikan labels terlebih dahulu supaya mudah untuk korang tapi kalau tak ada labels tu harap maaf lah yer.. biasanya kalau aku update secara live memang tak akan ada labels jadi andai-pandai korang lah agak yang entry tuh entry tuh berada dalam labels yang mana…


kebelakang nie banyak entry secara live yang agak merepek, yang datang dari kepala otak aku yang datang secara tiba-tiba.. jadi bila dah boleh update secara live maka aku terus update masuk blog…

kekadang sampai kawan pejabat aku ingat aku tengah update status dekat facebook.. tapi tak kan lah semua benda nak kena bagi tahu dekat diorang pulak kan.. lagi pun diorang mana ada blog dan ikut kan keadaan diorang mana minat sangat benda-benda macam nieh..

ingat nak update lebih awal tapi tertidur lah pulak dan terjaga jam 11 malam.. ingat kan boleh tido sampai esok tapi nampak nya lambat lagi lah aku tido hari nie…

tinggal 2 hari lagi sebelum cuti krismas, petang tadi sebelum balik sempat siap kan pokok krismas kat ofis.. esok nak balut hadiah untuk di letak kan kat pokok tuh… dalam masa yang sama tengah rancang nak bagi apa kat bebudak ofis sempena krismas..

sila jangan salah faham, bagi hadiah tuh cuma saja-saja untuk tambah kan kemeriahan jer tak bermaksud apa-apa.. lagi pun kita kan 1malaysia jadi tak salah kan kalau memeriahkan perayaan agama lain. paling penting niat kita…

pasti akan ada yang kata mana boleh macam tuh, kita agama islam mana boleh sambut krismas.. aku tak kata pun aku sambut krismas aku cuma kata mahu memeriah kan suasana saja.. jadi jangan jadi kan isu pulak…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.