PenJaGa HaTi | HubunGan iKHLaS

By | 23/11/2010

Perbual dengan seorang kawan (skandal) buat aku sedar banyak pekara yang harus aku akur dengan keadaan.. sesetengah pekara yang kawan aku tuh katakan ada benarnya…

” pada suatu masa u pernah lupakan i” itu lah kata-kata dia pada aku pada perbualan lewat petang tadi.. sebenarnya tak ada sebab aku harus melupakan dia.. dan kalau betul aku melupakan masakan aku masih bertemu dengan dia walaupun pada hakikat nya aku harus melupakan dia di sebabkan banyak sebab…

mana mungkin aku melupakan seseorang yang mencipta terlalu banyak kenangan dalam kehidupan aku.. sungguh dalam ramai-ramai kenalan aku dia lah yang paling susah aku mahu lupakan dia…

*sign*

Kawan : u dah add i semula kat facebook ker
Aku : tak add semula pun
Kawan : tak berani yer
Aku : masa u bagi tahu i yang “dia” ada tanya sama ada u ada facebook atau tak i tak jadi nak add u semula
Kawan : bahaya jugak tuh
Aku : cuba u tanya dia apa nama yang dia guna kat facebook, i cari tak jumpa pun
Kawan : kalau i tanya sah-sah kena add “dia”
Aku : i rasa mesti “dia” dah jumpa facebook u kalau tak, tak kan dia tanya macam tuh…

Pada pendapat peribadi aku facebook merupakan ancaman paling bahaya dalam sesebuah hubungan yang tidak di ketahui.. dan ada masanya boleh menjahanamkan hubungan yang terjalin…

(kekasih gelap) bukan niat merapas bahagian insan lain, cuma ada masa dan ketika kita harus lebih menjaga hati dan perasaan orang lain berbanding perasan sendiri…

insiden dekat DEMC 2 tahun lalu buat aku lebih berhati-hati dalam setiap gerak dan perbuatan.. tak mahu bertelingkah dengan sesiapa hanya kerana salah faham … “statment” aku pada wanita yang menjadi penjaga hati kawan aku tuh buat aku sendiri rasa sakit hati.. walaupun aku tahu apa yang aku katakan tidak di percayai…

sewaktu bersantai di sacc mall 2 tahun lalu juga hampir-hampir buat aku bertembung dengan wanita tersebut.. pesanan yang aku terima buat aku pantas melarikan diri dari di lihat berada di kawasan itu.. bukan aku takut menghadapi situasi tersebut cuma aku tidak mahu timbulkan konflik di antara kawan aku dengan wanita penhaga hati dia..

Tak aku nafikan yang dia memang kawan yang baik, walaupun sudah punyai penjaga hati yang sempurna dia tetap ambil tahu akan diri aku, bila aku hadapi masalah dia yang akan bantu walaupun tidak besar mana jika nak di bandingkan dengan kawan-kawan yang lain..

Dia kawan yang bukan ambil kesempatan di atas kesusahan kawan lain, kerana itu aku lebih suka becerita pada dia kisah aku.. cuma ada ketikanya aku terfikir adalah lebih baik kalau aku bertemu dengan lelaki seperti dia…

*sign*

jangan salah tafsirkan apa yang aku katakan, jangan pula menuduh aku merapas kebahagiaan orang lain.. aku masih tahu batasnya dan tahu akan kedudukan aku.. mana mungkin aku merapas kebahagiaan insan lain hanya kerana kepentingan aku..

memang ramia kalangan teman-teman aku sudah punya penjaga hati yang setiap hingga akhir hayat mereka.. mereka menjaga aku akan kebenaran yang harus aku lalui untuk masa akan datang…

hebat pada pandangan dia tapi lemah pada kata hati sendiri.. segala pujian yang di berikan tidak pernah buat aku lupa pada ddiri aku dan aku lebih tidak suka di puji…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.