MenCaRi KeKuaTaN unTuK HaRi MeNdaTanG

By | 24/11/2010

Aku tak mahu kata apa-apa pada saat niE, kepala aku sudah terasa sangat berat dan aku mahu berehat untuk meneruskan kehidupan hari esok yang tidak aku tahu apa yang akan berlaku..

Biarlah apa yang berlaku hari niE menjadi kenangan dan terus berlalu.. akan aku padamkan semua kenangan yang tercipta antara aku dengan dia.. aku tidak mahu miliki penjaga hati buat seketika..

Memang aku kecewa teramat sanagt, tapi aku percaya kekecewaan itu akan terubat dengan sendirinya.. masa dan keadaan yang akan mengubah semuanya…

Aku doakan agar dia bahagia hingga akhir hayat… biarkan dia bahagia di atas kekecewaan aku.. aku tak berhutang apa-apa pada dia begitu juga dengan dia.. jadi biar dia melangkah kehadapan dengan cara yang dia mahu..

Keadaan aku akan pulih esok pagi, apa yang aku lakukan sekarang terasa serba tak kena… dan buatkan aku tabah tertekan..

Aku mahu mencari kegembiraan aku yang telah lama hilang, aku tak mahu berada di garisan penamat dalam keadaan sedih.. apa pun aku akur dengan keadaan yang berlaku…

mungkin kerana aku terlalu lama melupakan sesuatu, mungkin juga aku terlupa akan sesuatu ketika aku sedih.. mungkin ini lah masanya aku ubah semuanya agar menjadi lebih baik dan sempurna…

Aku sudah silap buat pencaturan, aku memilih dia dan melepaskan seseorang hanya aku fikirkan kegembiraan.. tapi bila aku fikirkan semula ada baiknya aku kehilangan keduanya sekarang dari aku kehilangan keduanya pada masa akan datang…

kita tak tahu dan tak nampak apa akan jadi pada masa akan datang, aku tetap yakin akan adanya kebahagiaan walaupun sedkit buat aku.. tapi untuk balik pada seseorang yang telah banyak melukakan hati aku walaupun dia selalu berkata “mahukah aku menjadi isteri dia” itu tidak mungkin…

Bukan aku angkuh, tapi banyak sebab yang telah buatkan aku jadi tawar hati.. biarlah semua tuh berlalu… aku tak mahu ulangi kisah yang sama dalam kehidupan akan datang….

Aku tak mahu mencari, aku tak mahu mengharap, aku tak mahu terlalu terburu-buru malah aku tak mahu tersilap pencanturan.. cukup hanya kali nie rasa sakitnya jangan lah kata…

mungkin ada yang kata apa yang aku lalui nie bukan apa-apa, di luar sana masih ramai manusia yang lalui berbagai dugaan yang lebih berat.. itu tidak aku nafikan, aku akur dengan karma yang tertulis buat aku…

terima kasih pada semua yang telah melukakan hati aku, aku terima semua kesakitan yang di berikan untuk aku jadikan penawar pada masa akan datang…

mungkin perasaan aku lumuh pada waktu sekarang tapi bukan untuk selamanya… itu aku tak akan benarkan berlaku….

itu semua hanya kata-kata mahu sedapkan hati sendiri, kebenaranya aku tidak punyai kekuatan untuk teruskan perjalanan aku… di sebalik kata tersimpan banyak rahsia yang sukar untuk aku kongsikan..

kejujuran di balas dengan penghinaan, itu buat aku tak mampu nak hadapinya.. dan sukar untuk aku percaya akan kata-kata manis manusia.. kebiasaannya manusia akan terima apa saja bila mereka belum memiliki apa yang mereka mahu.. tapi sebaliknya yang akan berlaku….

dah malam rupanya, terasa sangat-sangat letih mengadap lappy.. aku mahu tidor dan lupakan semuanya..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.