KeTiKa KaU PerGi | LeBiH BaiK KaU MaTi DaRi KaU BerSiKaP BeGiTu

By | 24/11/2010

Aku rindu sangat-sangat dekat penjaga hati, aku beranikan diri menghubungi dia walaupun ada sedikit rasa takut.. panggilan pertama tidak berjawab.. aku lihat jam tangan, masih dalam waktu rehat mana mungkin dia busy dengan kerja..

Selang beberapa minit aku cuba sekali lagi, debaran yang menggila melanda.. tak tahu kenapa.. sebelum aku menghubungi penjaga hati aku bergelak ketawa dengan rakan pejabat aku.. dia kata “kau nie gelak-gelak kang nangis lepas nie” aku ketawa bila dengar dia kata macam tuh….

Suara perempuan di hujung talian buat aku semakin bedebar, mana mungkin adik perempuan dia sebab aku kenal sangat dengan suara adik perempuan dia dan mana mungkin adik dia bersama dengan dia pada waktu pejabat..

Aku : boleh bercakap dengan izwan?
Perempuan : awak niE siapa? ada apa?
Aku : (karget sambil ketap bibir) saya kawan dia..
Perempuan : ada apa yer?
Aku : izwan ada? awak niE siapa?
Perempuan : saya tunang dia ..

Damm !!!
aku dah tak dengar apa yang perempuan tu kata kan sebab aku terus putuskan talian bila dengan perkataan TUNANG … aku hanya mampu menyumpah saja masa tuh…

Aku cuba senyum tapi mereka sudah nampak perubahan air muka aku sejak awal lagi… aku terus tinggalkan mereka dan balik ke tempat aku untuk tenangkan hati…

Aku cuba hubungi abang long, tapi phone dimatikan pulak.. serabut aku seketika… sudah nya aku menghantar pesanan dekat abang long.. ” izwan dah tunang, perempuan tuh mengaku dia tunang izwan” itu lah pesanan yang aku hantar kat abang long…

lewat petang aku berjaya menghubungi abang long, jawapan abang long buat aku rasa hampa kerana abang long juga tidak tahu tentang tuh.. talian di matikan kerana abang long sedang bekerja tak mahu ganggu dia…

Rupanya bukan kerana keluarga dia tapi kerana perempuan lain dia pergi begitu saja…

*serabut sekang niE*


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.