KeMaLaSan Di PaGi kHamiS

By | 25/11/2010

Aku sudah melupakan kisah semalam, dalam setiap langkah aku berharap agar aku akan lupakan kisah semalam yang buat aku rasa kecewa amat sangat… setiap nafas aku tidak mahu lagi adanya kisah semalam…

Jam 4 pagi terjaga, untuk keberapa kalinya aku terjaga sebelum alarm berbunyi aku tidak pasti.. agak lewat aku tidor semalam.. kepala terasa berat, nafas terasa tersekat.. aku cuba pejamkan mata untuk lupakan semuanya…

Sejak semalam aku tidak tutup lappy hingga sekarang, biarkan terbukak begitu saja.. rupanya aku sangat malas mahu teruskan rutin harian aku pagi niE..

jam 8.30 pagi aku hubungi boss aku bagi tahu yang aku half day.. tak kisah lah alasan apa yang aku berikan bos aku hanya akan kata okey, setiap kali pun dia akan kata begitu tidak pernah bertanya banyak..

kemas rumah, siram pokok bunga, basuh cadar dan mengadap lappy itu yang aku lakukan sementara menanti tiba waktunya untuk berangat ke pejabat.. tapi terasa malas pula mahu pergi pejabat.. mahu bersantai-santai saja di rumah…

terasa mahu pergi tengok Arissa iman dekat nilai yang baru di lahir semalam.. itu sepupu aku yang baru yer anak makcik aku… mesti tomei walaupun aku tak suka budak-budak tapi aku suka baby… budak dengan baby tak sama..

kalau bebudak akan buat bising, kebisingan itu lah yang aku tak suka.. aku suka kesunyiaan dan suasana tenang….

okey malas nak pergi kerja, tengah fikir apa nak buat lepas nie selain mengadap lappy dan layan kawan-kawan kat facebook dan blogging


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.