KeJuJuRaN YaNg Di SaLaH eRTiKaN

By | 21/11/2010

Kekadang susah juga menjadi terlalu jujur, bukan semua orang boleh terima kejujuran kita tapi bila kita menipu lagi lah tak ada saper yang dapat terima akan penipuan yang kita lakukan..

Bukan menipu yer cuma lebih kepada menjaga hati orang lain walaupun hati sendiri rasa sakit.. mungkin dengan menipu saja dapat puaskan hati orang lain tapi sampai bila mahu menipu..

Aku mengambil masa yang lama untuk menjadi seorang yang jujur pada diri sendiri dan menjadi diri sendiri.. banyak sebab kenapa aku putuskan begitu…

4 tahun lepas masa aku kenal dengan izwan, waktu 1st time aku nak jumpa dengan dia.. seyes masa tuh memang aku takut sangat lagi pun aku jumpa dia waktu malam kalau aper-aper jadi aku jugak yang susah..

Apa yang aku buat buat masa tuh.. aku cakap pada diri aku macam mana pun dia, macam mana pun keadaan dia aku tetap akan terima dia.. lagi pun dia adalah carian aku yang terakhir pada masa tuh sebab aku memang malas dah nak cari teman lelaki..

Dia tak lah teruk sangat, cuma kalau orang tengok akan kata aku dengan dia tak sesuai sebab dia besar dan aku nie kecik jer.. aku ketepikan semua tuh sebab aku tahu apa yang aku mahukan.. pada aku rupa seseorang bukan penentuan kebahagiaan..

sampai lah aku bawak dia jumpa keluarga aku, penerimaan keluarga aku ok jer tak ada masalah.. dengan dia senang kalau nak mintak tolong tak banyak tanya bila soal keluarga aku..

Dengan dia aku anggap yang aku tak ada jodoh dengan dia, bukan sebab orang ketiga..

dan bila aku putuskan untuk mulakan hubungan baru dengan orang lain, aku juga putuskan untuk bersikap jujur.. malangnya kejujuran aku di salah ertikan dan di balas dengan rasa kecewa yang amat sangat hingga buatkan aku jadi pelarian dalam kehidupan sendiri..

*sign*

kekadang aku rasa lebih baik jadi diri orang lain dari jadi diri sendirii tapi bila kebenaran terbentang di hadapan akan di tuduh fake dan sebagainya…

pada aku tak salah jadi diri orang lain tapi jangan lah keterlaluan sangat hingga buat orang lain rasa menyampah.. dan kita harus tahu juga sebab apa seseorang tuh tidak menjadi diri sendiri.. tak boleh lah nak salahkkan orang tuh juga..

cuba letak kan diri kita dalam keadaan yang macam tuh, tentu kita dapat rasa apa yang orang tuh rasa.. kalau dengan jadi diri sendiri akan rasa sakit dan tiada rasa gembira tak salah pun..

sebelum kita mencari salah orang lain, cari dulu salah sendiri dan nilai macam mana diri kita terlebih dahulu sebelum kita nak menghukum orang lain.. dan jangan salahkan orang bila orang lakukan pekara yang sama pada kita..

dalam dunia nieh mana ada manusia yang tak buat salah, mana ada manusia yang sempurna, mana ada manusia yang suci.. jadi tak payah nak mengaku diri tuh tuh mulia, suci dan baik sangat..

Dan kenapa bila sebut pasal kesucian diri mesti ada yang fikir sama ada seseorang tuh pernah atau tidak lakukan hubungan seks.. koreang pernah tak di tanya oleh pasangan korang sama ada korang masih dara lagi atau tak? apa jawapan korang itu korang jer yang tahu..

tapi ada jugak lelaki yang kata “kenapa masa aku main dengan teman wanita aku tak ada darah pun” aku rasakan lelaki yang tanya macam tuh kat teman wanita mereka patut pergi sekolah balik..

kekadang dara boleh pecah sendiri tanpa kita sedar bila kita terlalu aktif.. pernah kemalangan atau di sebabkan pekara yang tidak di sengajakan… jadi tak boleh lah nak tuduh perempuan yang tak kuar darah waktu melakukan hubungan sudah rosak terlebih dahulu..

*sign*

bila kita jumpa dengan lelaki yang salah maka akan salah lah pembawakan kita.. macam tuh juga bila lelaki jumpa dengan perempuan yang salah maka akan salah lah pembawakan nya..

tapi ada sesetengah lelaki yang tak sedar diri dan tak tahu nak nilai dan cerim diri sendiri sebelum menghentam perempuan..

lelaki yang aku maksudkan lelaki yang tak lah baik mana tapi bila cari isteri nak yang soleha.. sedar tak yang tangungjawab lelaki sangat besar.. isteri yang bimbing suami atau suami yang bimbing wanita…

bila seseorang perempaun tuh dah mengaku salah dan mahu perbaiki kesilapan lalu tak payah nak ngada-ngada kata yang bukan-bukan.. satu sikap orang-orang kita nieh susah nak terima sesuatu perubahan..

“kalau dah memang pekacur tuh pelacur jugak berubah macam mana pun tetap pelacur jugak” itu ayat yang pernah aku dengar dari seorang lelaki..

Bukan manusia yang tentukan neraka atau syurga seseorang tuh akan di tempatkan.. bukan manusia juga yang tentukan taubat seseorang tuh di terima atau tidak.. tuhan yang akan tentukan semua tuh..

*sign*

bukan aku nak hentam sesiapa pun.. tapi siapa yang makan cili akan rasa pedas.. jadi sebelum nak nilai orang lain sila nilai diri sendiri dulu..

bila mahukan pasangan kita jujur kita harus bersikap jujur juga.. jangan kejujuran di balas dengan kekecewaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.