IsNiN YanG MemBoSanKaN | BeBaNaN PeRaSaaN

By | 29/11/2010

Isnin yang sangat membosankan, walaupun banyak benda yang kena di siapkan tapi suasana yang sunyi buatkan aku jadi bosan dan jadi malas nak siapkan semua kerja.. just settlekan kerja yang sangat-sangat penting jer hari niE…


seorang teman sepejabat menyambut ulang tahun semalam, sorry yer sis sebab terlupa akan ulang tahunnya… penjaga hati teman itu menghantar sejambak bunga kat pejabat, aku yang menerima kedatangan penghantar tu lekas-lekas menghubungi tuan embunya bunga dengan mengatakan ada something yang di hantar kepadanya…

kecoh juga satu pejabat dengan kiriman itu, aku yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu hanya diam saja tanpa berkata apa-apa.. itu tuah dia kerana punyai penjaga hati yang romantik..

lewat petang aku masuk ke pejabat pengurusan, mereka sanagt sibuk menyiapkan sallery.. yeay !!! hari bank sudah tiba nampak nya… banyak benda yang boleh di settlekan sebelum cuti khamis nanti…

Hari niE aku di perli lagi oleh seorang kawan, dia mengatakan yang dia tak mahu berkata apa-apa kerana takut aku mengupdate staus di facebook aku.. keji bunyi nya, aku tak tahu kenapa dia berkata begitu sedangkan aku tidak mengupdate status yang terlalu drastik sejak beberapa hari yang lalu….

Fikiran aku sanagt terbeban, ntah kenapa aku sanagt-sangat rasa kecewa.. kecewa kerana apa aku sendiri tak tahu.. Aku cuba padamkan semua ingatan aku pada kenangan yang telah berlalu tapi ada sesetengah keadaan yang buatkan aku teringat balik akan kenangan yang sudah berlalu itu….

ikutkan hati aku yang kecewa nie mahu saja aku tinggalkan semuanya dan mulakan kehidupan aku… masih dalam perancangan untuk berpindah ke kuantan itu pun kalau mak dengan ayah aku setuju untuk ikut serta.. tapi aku terfikir akan satu pekara yang tak pernah aku fikirkan sebelum niE..

Kalau aku pindah ke kuantan bermakna aku akan tinggalkan seseorang yang aku sayang dan tak akan jumpa dia lagi hingga bila-bila.. seorang teman yang sentiasa bersama dengan aku sekali pun aku dalam kesusahan… antara aku dengan dia ujudnya hubungan perasan tapi aku harus aku yang aku dengan dia tak akan mungkin dapat bersama…

Aku tak bersedia sebenarnya untuk tinggalkan semua yang aku ada di sini tapi dalam masa yang sama aku mahukan suasana yang lebih tenang bukan nya keadaan yang bising di tengah-tengah bandar macam sekarang niE..

Hari yang sangat letih, tapi lagi letih bila membasa setiap kata yang tertulis di ruangan ini… perlukan sedikit ruang untuk bernafas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.