GeLaK TaWa MeReKa | HaRi YanG BerLaLu

By | 30/11/2010

Fikiran aku sangat kusut sepanjang hari, apa yang aku lakukan hari nie bagaikan semuanya tidak kena… tapi masih mahu bergumbira dengan kehidupan sekarang…


sudah selesaikan segala urusan penting sebelum meninggalkan Shah Alam esok petang, harap semuanya berjalan lancar seperti yang di rancangkan…

kehidupan sosial yang semakin bekurangan, semakin hari malas pula mahu sertai aktiviti sosial.. mahu bersantai-santai saja di rumah menghabiskan masa bersama keluarga…

sesiapa yang melihat FB aku pasti akan perasan penampilan terbaru aku, tunggu saja esok pasti akan ada yang kata aku kelihatan tidak kacak bila berkaca mata…

mahu meninggalkan semua yang berlaku hari niE dengan melupakan segalanya.. malas mahu fikir sangat apa yang berlaku… walaupun terasa sedikit sakit hati tapi harap aku dapat laluinya…

sudah lama tidak bergurau senda bersama adik beradik yang lain kerana kesibukan dengan urusan rasmi.. pulang dari kerja pergi makan bersama 3 orang adik beradik aku di pizza hut.. sungguh aku senang dengan telatah mereka yang jarang dapat bersama…

keletihan sebenarnya tapi masih gigih mengadap lappy… sudah mahu tidur kerana esok harus kerja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.