DiA TaHu DaN aKu JuGa TaHu | KeCeWa

By | 23/11/2010


Pesanan aku tidak berbalas walaupun sudah banyak pesanan yang aku kirimkan.. panggilan juga tidak berjawab buat aku rasa kecewa yang amat sangat.. apa yang berlaku sebenarnya?

Di pejabat perasaan aku sangat-sangat down, sepanjang hari aku teringatkan penjaga hati aku yang hilang begitu saja sedangkan aku masih perlukan dia hingga saat ini..

Berita terakhir yang aku terima dari seorang kawan penjaga hati baru menjalani pembedahan dan sudah mula berkerja.. tapi aku masih lagi tidak dapat hubungi dia…

Saya masih mahu bersama awak
saya masih mahu dengar suara awak
saya masih mahu dengar tawa awak
saya masih mahu dengar gurau senda awak
saya masih mahu lihat senyuman awak
saya masih mahu sentuhan awak
saya masih mahu awak pimpin tangan saya
saya masih mahu awak melayan kerenah saya

saat membaca semula pesanan yang di kirimkan di inbox facebook aku buat air mata aku bergenang dan terasa mahu menangis.. semua yang berlaku kerana terpaksa.. perpisahan yang berlaku juga kerana terpaksa… pesana yang menguris hati juga kerana terpaksa agar aku dapat teruskan kehidupan aku..

tapi malangnya aku hanya nampak penjaga hati di setiap langkah aku.. makin aku cuba lupakan penjaga hati makin kuat ingatan aku pada penjaga hati…

Kawan : patut penjaga hati tinggalkan kau
Aku : apa maksud kau?
Kawan : sebab kau tak pandai jaga dia
Aku : kau tak tahu apa jadi sebenarnya
Kawan : kau tak bagi tahu macam mana aku nak tahu
Aku : tak kan semua benda aku nak bagi tahu kau
Kawan : kau tengok aku bahgia jer dengan teman wanita aku
Aku : itu sekarang akan datang tak tahu apa jadi kan
Kawan : hingga bila-bila kita orang akan bahagia

Aku tak suka dengan kata-kata macam tuh, itu bukan ubati rasa kecewa aku tapi tambahkan rasa kecewa dan sedih.. aku tak suka bercerita pada kawan-kawan tentang rasa kecewa aku…

kerana itu lah ada yang kata aku ego kerana tak mahu mengaku kebenaran.. tidak perlu menjagar aku, sejak awal aku sudah menerima kenyataan itu cuma aku masih tidak mampu lepaskan semuanya..

orang tetap nampak aku gembira dan senyum tapi hati aku orang tak nampak.. kehidupan kita ibarat roda, kita tak boleh nak cakap besar dengan apa yang masih tidak pasti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.