Di Umpan Kemewahan

By | 22/10/2010

Untuk menolak lamaran seseorang agak susah kan?
mungkin ada yang kata aku bodoh kerana menolak lamaran yang datang tapi aku lebih tahu apa yang aku mahukan.. Bukan terlalu memilih cuma ianya melibatkan soal perasaan..

Tak pulak aku kira berapa banyak kali aku menolak lamaran dia, tapi dia tak pernah putus asa.. aku senyap hampir setahu tapi pesanan yang di tinggalkan tetap sama.. Ada masanya aku tertanya² tidak kah dia bosan mengejar orang seperti aku?

Puas aku cuba lupakan apa yang berlaku dulu antara aku dengan dia tapi aku masih tak mampu lupakan kisah tuh.. luka yang dia beri pada aku telah meninggalkan kesan yang mendalam.. pada dia semuanya nampak mudah dan dia mintak aku lupakan semuanya.. Mudah bukan bagi seorang lelaki?

Pada aku kata² lebih pedih dari perbuatan, kerana kata² dia lah yang buatkan aku lari jauh dan menolak lamaran dia hingga hari nie.. dia pernah kata yang dia boleh beli aku dengan kekayaan dia makanya dia janjikan kemewahan pada aku asalkan aku menerima lamaran aku.. tapi aku telah buktikan pada dia yang kekayaan dia tidak boleh beli aku..

Mungkin aku akan hidup dalam kemewahan tapi dalam masa yang sama aku tak gembira dan bahagia.. aku tidak mahu kekayaan tapi aku mahukan kegembiraan dan kebahagiaan.. dan mungkin juga dia sangka dengan dia lakukan begitu aku akan lupa pada ketelanjuran kata² dia…

Aku bukan seorang yang pendendam cuma bila aku sudah mula tidak sukakan sesuatu aku lebih suka diam tanpa berkata aper² walaupun aku tahu sesetengahnya menyakitkan hati aku..

One thought on “Di Umpan Kemewahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.