PerJumPaaN + MajLis BuKa PuaSa + AnuGeRaH

By | 03/09/2010

Beberapa hari lepas aku pergi potong rambut, walaupun aku tahu lepas aku potong rambut aku akan kelihatan tak cantik dan akan buat aku stress… tapi aku lagi stress bila tengok rambut aku yang rosak…

makanya aku akan gigihkan diri untuk buat rebonding semula pada hari raya nanti… sebelum aku pergi jumpa kawan lama aku kat K.L 2 minggu dari sekarang…

Pagi tadi aku hubungi seseorang ntah macam mana aku bertanyakan tentang cuti beliau.. aku melihat kalender dan tanpa fikir banyak aku buat temu janji dengan dia pada minggu sama.. kebetulan beliau sudah mula bekerja…
aku menghubungi juga seorang kenalan lama dan bertanyakan tentang cuti beliau juga dan memandangkan beliau juga sudah mula berkerja jadi aku sudah aturkan rancangan untuk bertemu dengan mereka berdua..

seingat aku, kali terakhir aku jumpa dengan mereka pada tahu 2005, sewaktu aku menuntuk di subang jaya.. agak lama rupanya aku tidak bertemu dengan mereka…

hari nie ada majlis buka puasa dekat ofis, setiap tahun pasti ada majlis buka puasa.. waktu sebegitu lah yang memboleh kan semua orang bertemu dan berbual-bual.. kalau time formal jangan harap lah sebab masing-masing busy dengan urusan rasmi…

ada juga penyampaian anugerah bagi mereka yang tidak pernah ambik mc sepanjang tahun.. jangan harap lah nama aku akan tersenarai kan.. well aku akan cuba untuk tidak ambik mc harap2 berjaya supaya nama aku tersenarai untuk tahun hadapan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.