Seorang Lelaki dengan dua anak & hujung minggu

By | 18/04/2010

Hujung minggu yang di tunggu-tunggu…. minggu lepas tak gi memana sebab sibuk dengan urusan yang tak berapa rasmi tuh.. minggu nie seperti biasalah memenatkan diri dengan aktiviti santai-santai…

Walaupun tak pergi mana sangat tapi kira boleh lah sebab dapat habiskan masa dengan dia.. ahad depan pulak baru jumpa, maklumlah kan masing-masing sibuk kan jadi masa pun terhad jugak….

Masa kita orang lepak kat tasik shah alam.. aku nampak ada seorang ayah dan dua orang anak jalan-jalan kat situ…
salah sorang anak dia macam jalan tak berapa nak betul lah kan… bila aku perhatikan betul-betul baru aku perasan yang budak tu menggunakan kaki palsu…

OMG !!! sangat kasihan sekali.. korang cuba bayangkan kanak-kanak berusia 3 tahun menggunakan kaki palsu untuk teruskan kehidupan… sepatutnya kanak-kanak seusia itu harus beseronok menikmati kehidupana kanak-kanak…

Kebelakangan nie aku cepat terasa… kalau ada something yang berlaku pada kawan-kawan aku atau orang terdekat dengan aku… adakah itu normal?

hari tu aku gaduh dengan budak ofis aku… sakit hati aku bila di tuduh apa yang aku tak buat… last nya aku diam sampai sekarang tak tegur.. kalau cakap pun atas urusan kerja…
dan ada jugak yang tanya kat aku kenapa aku tak nak join diorang lunch… pasal tu pun jadi masalah kah…

Jawapan yang aku bagi kat diorang, buatkan diorang diam tak kata apa-apa…
selama setahun aku kat situ… aku lunch sorang-sorang… diorang kuar beli makanan tak tanya aku sama ada nak kirim atau tak… kalau aku banyak kerja dan tak sempat nak kirim diorang terus pergi.. then aku cari sesiapa dari ofis belakang yang kuar lunch time yang sama dengan aku…
Tak kisah lah korang nak kata aku sombong ker apa ker asalkan aku tak susahkan korang … dan aku tak kacau korang….

Aku masih lagi terganggu dengan kejadian sabtu lepas… finally aku bagi tahu abg wadi apa yang jadi.. punya lah dia marah… bukan dia marah aku.. dia marah kat orang yang buat tot macam tuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.