Showing posts with label saLaM RaMadHaN. Show all posts
Showing posts with label saLaM RaMadHaN. Show all posts

13 August 2012

IFTAR Di Warisan Kasih Sungai Kelambu Banting





Terima kasih keada Team Denaihati kerana sudi menjemput saya ke majlis Iftar di Warisan Kasih yang terletak di Sungai Kelambu banting selangor pada 8 ogos 2012 yang lalu..

Turut serta di majlis tersebut Rakan Blogger, Media, E-Qurban dan DPIM dan tidak lupa juga warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tafiz yang di jemput sama pada majlis tersebut..




seperti yang di katakan oleh Haji Masrukhin Marzoki kepada kami pada Majlis tersebut "ada kalanya kita semua terlepas pandang kebajikan ibu bapa yang bukan sekadar mengharap anak-anak memeberi perlindungan tempat tinggal tetap kasih sayang dan perhatian juga di perlukann, namun alasan keduniaan sering menjadikan sesetengah anak lupa kepada jasa dan pengorbanan ibu bapa menyebabkan ada yang berkecil hati dan mahu keluar dari rumah anak-anak untuk mencari sedikit ketenangan di hujung usia"

Di warisan Kasih hanya mempunyai 15 orang penghuni namun kebanyakkan mereka datang ke sini secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia di sini menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana lebih kondusif atau selesa.


Turut serta pada Majlis tersebut syarikat E-Qurban Resourses Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikan Al-Ansar yang semakin di kenali oleh rakyat Malaysia telah berperanan sebagai medium atau perantaraan kepada umat islam untuk melakukan ibadah qurban dan aqiqah terutama di kalangan saudara islam di kemboja.

mengikut perancangan, mereka sekali lagi akan membawa kumpulan media untuk menjelajah ke daerah dan perkampungan islam di sana sekaligus menyambut hari raya haji si sana. di samping menyaksikan sendiri bagaimana ibadah qurban dan agihan di lakukan di bawah seliaan Koperasi Muslim Kemboja. i di tubuhkan oleh Kumpulan Al-Ansar dalam usaha membantu rakyat memperbaiki sosio ekonomi dan mempertingkatkan pendapatan masyarakat khususnya di kalangan umat islam.


terima kasih atas jemputannya, semoga usaha mereka itu di berkati dan akan lebih ramai yang turut serta.. sejujuranya saya katakan majlis pada hari tersebut berakhir dengan sempurna walaupun perjalanan dari shah alam ke banting mengambil masa selama 1 jam.. semoga kita bertemu lagi pada majlis akan datang...


Nota : maaf andai penulisan ini tidak sempurna.. tak berapa nak reti menulis dalam format formal...

31 July 2012

Bersama Denaihati, Sweetkurma, Rakan Media, Rakan Blogger Di Majlis Buka Puasa





Terima kasih banyak pada Denaihati dan SweetKurma atas jemputan berbuka puasa bersama blogger dan media yang telah di adakan di Cititel Medvalley Kuala Lumpur

Saya sampai jam 6.45 petang tepat pada waktunya walaupun terpusing-pusing mencari di mana letaknya hotel tersebut tapi akhirnya saya jumpa jugak jalan masuk ke hotel..

ramai jugak blogger yang datang memeriahkan majlis buka puasa tak lupa juga media yang turut hadir dalam majlis tersebut..

pada rakan-rakan blogger yang datang majlis berbuka puasa saya minta maaf andai ada tersalah kata.. maafkan saya kalau tidak bertegur sapa maklumlah kan saya ini pemalu orangnya .. heheheheh





15 August 2011

Bazar Ramadhan seksyen 13 Shah Alam






Jalan-jalan dekat bazar ramadhan seksyen 13 shah alam petang tadi, ini pertama kali aku berkunjung ke sini setelah 2 minggu berpuasa. kalau hari kerja memang tak sempat nak pergi bazar ramadhan seksyen 13 nie yer lah jauh dari tempat tinggal aku dan jalan sesak lagi..

sempat aku tangkap beberapa gambar yang aku rasa menarik perhatian aku, memang tak ada kerja namanya tu tengah orang bersesak-sesak sempat lagi aku tangkap gambar. tangkap gambar itu adalah aku.

aku sebenarnya tak berapa suka berada dalam keadaan orang yang sangat ramai jadi sebab tu aku tak suka pergi tempat-tempat macam bazar atau pasar malam.

lagi satu yang aku tak berkenang ada sesetengah ibu bapa yang bawa anak kecil ke tempat sebegitu, kesian lah dekat anak-anak yang masih kecil terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai dan berada dalam keadaan kepanasan.

kalau pergi bazar tak payah lah bawak anak-anak kecil, mungkin ada di antara ibu bapa yang tiada pilihan sebab tidak ada orang jaga anak mereka jadi kenalah fikir cara terbaik..

salam sayang buat semua


11 August 2010

BuaT KaLiaN DaRi NC



Salam satu malaysia..
Aku mengambil kesempatan nak ucapkan selamat menyamut ramadhan.. semoga ibadah yang di lakukan sepanjang bulan yang mulia nie akan di berkati...
pesanan dari aku buat kalian jangan malas-malas puasa.. bukan ker puasa tu WAJIB.. jadi jangan menidak kan nya..

Dan sempena bulan puasa nie juga.. aku akan cuba bersopan ketika menulis.. aku akan cuba untuk tidak menggunakan perkataan yang tidak sepatut nya... tapi rasanya blog aku nieh bersih jer mana ada kekotoran kan....

selamat bersahur dan selamat berpuasa