Showing posts with label sTory MaLaM HaRi. Show all posts
Showing posts with label sTory MaLaM HaRi. Show all posts

16 May 2013

Mana Kanan Dan Mana Kiri




" nampak tak permainan dia "
heheheheh tak ada kaitan sungguh dengan entry nieh ......

sebenarnya saya sendiri tak berapa nak ingat sejak bila saya menggunakan tangan kiri untuk menulis .... masa saya sekolah rendah, sekolah menengah dan sambung belajar dekat segi kolej tuh tak berapa nak perasan sangat sama ada saya tulis guna tangan kiri atau tangan kanan ..... hiks hiks 

tapi kan kan kan .... nampak tak berbezaan guna tangan kiri dan tangan kanan ... kalau tulis guna tangan kanan nampak jugak lah rupa tulisan yang saya tulis tu kalau nak di bandingkan dengan tangan kanan yang rupanya macam cakar ayam .. hiks hiks hiks ...

sejak kerja nie dah jarang sangat menulis rasanya, kalau menulis pun untuk buat report manual dan nota-nota kecik je yang lain tu guna keyboard je .. lalalalalalal

nasib baik lah makan secara automatik akan guna tangan kanan tapi kalau makan guna sudu dan grafu tu akan jadi sedikit konfius mana kena guna kanan dan mana kena guna kiri .. kalau terbalik mesti akan rasa tak berapa nak selesa atau tak berapa nak reti jadinya ... hiks hiks ... jadi kena tengok orang depan kiri dan kanan ....

dulu-dulu selalu konfius mana kiri dan mana kanan tapi sekarang nieh dah okey sikit lah tak ler teruk macam dulu-dulu ... 


Nota : korang ada tak masalah macam nieh .. huhuhuhu


update via phone mobile 


11 April 2013

Perempuan Kuasa Dua




Semalam dah tulis tentang perempuan hari ni nak cerita lagi pasal perempuan jugak, alahai kalau cakap pasal perempuan mesti tak akan habis sampai bila-bila pun. empat puluh hari empat puluh malam pun belum tentu dapat hadam cerita pasal perempuan ni..

kalau masa santai-santai dengan kawan perempuan sangat terselah kegedikan memasing tapi ianya bukan di buat-buat dah spisis semulajadi orang nampak macam tuh kan nak buat macam mana..

macam blogger sorang nie kalau siapa yang pertama kali baca blog dia mesti akan kata gedik sungguh cara dia menulis tapi sebenarnya itu adalah diri dia yang tak boleh nak di ubah pun... 

saya sendiri ada masanya terselah kegedikanya bila ternampak benda-benda yang sanagt super comel... tapi tak pernah ler pulak saya nak gedik dengan orang-orang yang tak saya kenal..

kalau pergi event ( dulu-dulu ) ada je orang kata saya nampak gedik sedangkan saya duduk je dendiam tak kacau orang .. tapi lama-lama memang dah tak boleh nak cover sikap semula jadi tu.. sorok macam mana pun orang masih boleh nampak jugak.

sama jugak lh kalau masa dekat pejabat, kalau ada apa-apa event dekat pejabat .. bos saya akan cari saya untuk tangkap gambar sebab saya sorang je yang teruja bagai nak ambik gambar walaupun event tak seberapa ... 

tapi lelaki kena ingat tak semua perempuan gedik ni tak mampu bertindak drastik, jangan cabar mereka kerana mereka pasti mampu lakukan lebih dari apa yang lelaki fikirkan. 

perempuan ni tak suka tunjukkan kekasaran melainkan bila terpaksa, mereka akan jadi lebih kasar bila ada orang lain yang sakitkan hati mereka.

kadang-kadang ada sesetenag lelaki ni anggap perempuan yang nampak gedik senang nak ehem ehem ... tapi hakikatnya ianya bukan semudah itu ... jadi jangan pandang pada luaran saja okey...

TAPI kan kan kan ada jugak perempuan gedik yang di buat-buat untuk menarik perhatian orang lain. ntah apa yang di show off bagai saya tak pasti lah itu kena tanya mereka yang memang over gedik.

biasanya perempuan spisis ni lelaki akan buat penyedap je untuk serius memang tak ada lah rasanya .... tapi kan kan kan hak masing-masing kan nak tunjukkan bagaimana diri kita pada pandang mata orang lain....


Nota : tak semua perempuan gedik tuh baik dan tak semua perempuan mengada-ngada tuh jahat .... sendiri pilih perempuan yang macam mana di mahukan... 


06 April 2013

Makanan Sedap Bersama Mood Tidak Stabil


Tiap-tiap hari ada je task yang perlu di siapkan pada hari yang sama kalau tak siap bersedialah untuk dengar bos membevel pepagi hari.. sudahlah saya tak suka dan paling tak suka dengar orang membebel pagi-pagi boleh hilang mood nak buat kerja .. jadi kalau nak bebel jangan pagi-pagi sangat .....

jangan kata bos saya je sesiap pun JANGAN bebel dekat saya pepagi buta alamatnya sampai petang saya akan buat muka seposen dan tak akan bercakap.. heheheheh




mood dah meragam akibat terlalu banyak task yang tak siap jadi kena larikan diri untuk menikmati benda sedap ... tadaaaa nasi ayam special okey ... ntah apa yang specialnya saya pun tak tahu tapi agak sedap jugak lah rasanya....

lokasinya d'amsa sec 19 shah alam sebelah klinik sigboard kaler biru tuh ... hahahaha ini kalau orang yang tak tahu jalan area shah alam alamatnya akan sesatlah bila tukang tunjuk jalan main ikut sesuka aras je .... 


fuhhhh panas teramat sangat lah .... malas nak buat kerja bila dah kenyang .. tapi apakan daya kan kan kan .....





Ini namanya Fish Chip ye kawan-kawan rasanya sangat lah tak berapa nak kena dengan selera saya.. tapi mak saya suka sangat makan fish chip ni katanya sangat sedap ... 




Honey Chicken Wing ... yang ini saya yang makan walaupun manis rasanya tapi makan jugak lah kan ... opssss saya tak berapa nak gemar makan makanan manis ... bila makan tu ada rasa manis boleh buat saya hilang mood nak makan sebab tak kena dengan selera saya ......

beberapa minggu yang sangat meletihkan, beberapa minggu masa hanya di habiskan bersama family je ... terasa macam tak larat nak berjalan sangat... jalan pun sebab kakak saya balik tuh yang sakan berjalan nanti dia dah balik rumah dia boleh lah saya rehat ala-ala deva .... hahahahaha 

alahai jangan lah marah ye kawan-kawan sebab dah agak lama kita tak bersua muka, bukan dah tak mahu kawan cuma terlalu busy dengan urusan rasmi ... nanti ada free kita jumpa ye ... alolololo 

rasa macam kaki saya bengkak akibat banyak sangat jalan masa dekat pejabat menyelesaikan begitu banyak task ... esok berapa banyak task yang akan sampai ke meja saya pun tak tahu ... belum masuk dengan aduan dari mereka-mereka yang tak pernah kesiankan saya .. dan agenda nya macam-macam ....


Nota : setting update dah tak tau jam berapa nieh ..... mamai- mamai sudah ... heheheheheh 

03 April 2013

Apa Adanya




Sejak beberapa menjak ni selalu sangat saya terkejut walaupun hanya dengan pekara kecik je, macam orang tegur saya dari belakang ke, macam orang bagi barang dari tepi kan tapi yang pasti bukan sebab ada orang yang sengaja buat saya terkejut.. mungkin sebab terllau penat itu yang buat jadi macam tuh agaknya.

semua salahkan penat bilanya nak salahkan diri sendiri yang tak reti-reti nak rehat... tengok lah esok-esok macam mana pulak heheheheh..

lepas lunch t/hari tadi kawan saya terima panggilan dari ahli keluarga dia mengatakan abang ipar dia meninggal dunia akibat serangan jantung, maka bergegaslah kawan saya ke hospital serdang di mana kakaknya berada. 

dari apa yang kawan saya bagi tahu jenazah akan di kebumikan di kelantan pada esok hari sebaik saja tiba di sana..

teringat pada arwah ex bos saya yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa sedang bersiap-siap untuk ke pejabat  dalam masa yang sama teringat arwah abang jai.

perasaannya akan lain bila kita kehilangan orang-orang yang terdekat dengan kita lebih-lebih lagi yang dah rapat dengan kita.. macam mana pun kita senyum agar kelihatan gembira pada hari-hari seterusnya pasti tetap akan ada kesedihan.

beberapa hari ni rasanya saya banyak mendiamkan diri, mungkin sebab saya mahukan ketenangan atau mencari gembira yang sedikit hilang. letih fizikal tak sama dengan letih mental .. kalau letih fizikal boleh rehat tapi kalau letih mental macam mana nak rehatkan.

beberapa lepas saya di hubungi oleh kawan lama saya, tak sengaja saya bertanyakan tentang majlis perkahwinan dia yang akan berlangsung sebulan saja lagi. kata kawan saya majlis tersebut sudah di batalkan atas sebab dia sendiri tak tahu kenapa.. dia cuba mendapatkan jawapan dari tunang dia tapi panggilannya tidak berjawab... 

kalau ada jodoh pasti tak akan ke mana, saya percaya setiap benda baik yang kita mahu lakukan pasti Allah akan permudahkan jalan kita dan pasti akan ada dugaan dalam perjalanan kehidupan tersebut. Allah tak akan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu nak laluinya.

Apa pun semoga kawan saya tuh dapat jawapan apa sebenarnya yang berlaku hingga majlis tersebut di batalkan tanpa adanya alasan  yang kukuh...

kita yang pilih apa yang kita mahukan sebenarnya.... kalau kita tak mahu tapi berlaku jugak itu namanya ketentuan tuhan dan memang tak boleh nak buat apa-apa .....


Nota : kadang-kadang kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk kita, kita tak mahu macam mana sekali pun kalau Allah dah kata itu untuk kita maka untuk kita lah benda tuh sama ada baik atau tidak Allah lebih tahu .... 

31 March 2013

Ternyata Saya Yang Akan Kecewa




Dalam banyak-banyak pekara ada satu benda saya yang tidak dapat kita lakukan termasuk saya sendiri.. Ada yang kata saya hanya tahu menulis tapi dalam kehidupan sebenar saya tidak sama dengan apa yang saya tuliskan di ruangan ini.

Bukan senang nak puaskan hati semua orang sekali pun kita berusaha untuk memenuhi segala kehendak orang-orang di sekeliling kita tapi ternyata kita akan gagal melakukannya. bila itu yang berlaku pasti rasa kecewa itu akan hadir walaupun perasaan kecewa itu tidak kita undang.

secara jujurnya saya memang gagal memuaskan hati semua orang yang ada di sekeliling saya termasuk dia, dan tiap kali perasaan saya down hanya kerana saya tidak mampu memenuhi semua kehendak orang-orang di sekeliling saya, perasaan saya akan mula memberontak dan sudahnya saya akan pergi sejauh yang boleh meninggalkan apa yang saya ada... 

sebenarnya saya akan jadi rimas bila terpaksa terlalu menjaga apa yang akan orang lain mahu katakan tentang saya... tentang kehidupan peribadi saya, tentang kehidupan saya dan seseorang semua tuh buatkan saya jadi rimas.. 

kalau mahu sangat apa yang saya ada datang jumpa saya dan cakap sendiri dengan saya tak perlu nak kata belakang saya ... sekali pun perempuan tuh p****** saya tetap akan berikan apa yang di mahu kan asalkan dia tak ganggu ketenangan hidup saya .....

tak kisah lah kalau ada manusia yang akan kata saya bodoh sebab lepaskan apa yang saya ada, rasa nya itu lebih baik dari saya sakit hati dan lukakan perasaan sendiri ... dan kalau semua buruk yang nampak pada saya jadi apa lagi yang saya nak kata selain dari pada terima je kan ... mulut tempayan boleh lah tutup tapi mulut manusia yang busuk macam longkang mana boleh tutup kan...

Terasa hati sangat-sangat dengan kenyatan 2 hari lepas ... dan kenyataan itu buatkan saya bertindak drastik dengan menutup akaun facebook ... lagi aman hidup tanpa facebook dengan kehadiran manusia-manusia yang add saya hanya sebab nak stalker kehidupan saya dan sudahnya buruk kan saya di belakang saya....

awak dan awak dan awak saya nak kata... tak payah nak stalker saya sangat sebab awak tak akan dapat apa yang awak cari.. kalau awak nak apa yang di hajatkan datang jumpa saya cakap sendiri dengan saya bukan main kasar dengan saya... 


Nota : biarlah mereka bahagia dengan dunia yang mereka cipta dan mereka gembira dengan jalan yang mereka pilih... saya dah sangat penat kerana setiap kali saya yang salah... sudahnya saya yang rasa kecewa....

25 March 2013

Bil Dari Tenaga Nasional Berhad Untuk Tahun 2010





Sepatutnya benda macam ni tak berlaku, sekalipun ada kesilapan yang tak di sengajakan bukannya memerlukan masa yang lama untuk di perbetulkan. 

Siang tadi elektrik dekat rumah saya kena potong tanpa sebarang notis dan sebaik saja memotongan di lakukan barulah notis di hantar ke rumah saya. Bila melihat tarikh yang tetera di atas bil bewarna pink itu terus saya jadi marah sudah lah baru balik kerja penat tak hilang lagi.

terus saya hubungi pihak TNB untuk dapatkan jawapan kenapa benda macam ini boleh berlaku.. pada mulanya saya memang tak mahu marah tapi jawapan yang di berikan sangat-sangat tak boleh di terima akal fikiran manusia saya yang masih waras lagi.

kata mereka pemotongan telah di lakukan sejak tahun 2010 lagi dan notis telah di hantar tapi bayaran tidak di jelaskan.. 

kalau betul pemotongan telah di lakukan kenapa saya masih boleh menikmati kehidupan yang baik dengan adanya bekalan elektrik. mereka telah menuduh saya membuat penyambungan sendiri tanpa kebenaran.. 

celah mana saya nak buat penyambungan sendiri seangkan saya tinggal di apartment kalau saya tinggal dekat rumah setinggan boleh lah mereka buat tuduhan sebegitu. 

yang paling mengecewakan saya, mereka menyalahkan saya kerana tidak membuat aduan kerana tidak dapat bil bulanan. masakan saya perlu menghubungi pihak TNB setiap bulan hanya kerana mahu mendapatkan sehelai kertas. 

kalau pun mahu menutup kesalah staff mereka yang tidak menjalankan tugasan yang di berikan dengan baik jangan lah menyalahkan pengguna. pengguna ada hak untuk bersuara.

bayangkan kalau pekara macam ini berlaku pada mereka yang kurang berkemampuan bagaimana? bagaimana mereka mahu menjelaskan bil selama setahun yang mungkin mencecah ribuan ringgit. 

Agak-agakan kalau benda ni terkena pada mereka yang berkerja di TNB apa mereka akan rasa? adakah mereka akan lakukan tindakan yang sama seperti yang saya lakukan.

kalau pihak TNB hantar bil tahun 2010 pada tahun 2011 saya mungkin boleh terima tapi ini dah tahun 2013 ... tak rasa ker yang staff mereka ini buat kerja bagaikan melepaskan batuk di tangga. 

malas nak bertekak dengan mereka jadi saya sudah panjangkan hal ini kepada jabatan yang sepatutnya. biar mereka saja yang selesaikan hal ini bagi pihak saya. saya mahu melihat berapa lama masa yang di perlukan untuk menyelesaikan masalah ini..

kalau kata pengguna di utamakan rasanya TNB tidak mengutamakan pengguna... 

04 March 2013

Cawan Punya Pasal




tidak .... tidak ... tidak ... dan tidak .....
apa yang tidak nya lah tuh kan, dah macam meroyan pulak di buatnya untuk insiden yang tidak di sengajakan tapi buatkan perasaan aku agak memberontak...

kisahnya ....
jalan-jalan dekat suatu tempat yang penuh dengan manusia, kalau dah dasar tak boleh tengok benda cecomel memang bukan aku lah tuh kan tapi apakan daya masa aku belek-belek benda tuh boleh pulak penutup cawan tuh jatuh dan bederai.. 

dan dengan itu bertebangan lah beberapa keping duit RM1 untuk membayar ganti rugi .. nasib penutup je yang pecah kalau dengan cawan-cawan sekali yang pecah mungkin aku akan lagi meroyan ....

muka dah masam macam cuka makan... tetiba mood bertebangan entah ke mana... salah sendiri jugak lah sebab cuai sangat ... biar lah  ok jugak apa benda cecomol tuh boleh guna letak atas meja dekat pejabat ...


Nota : apa boleh buat kan hiks 



18 February 2013

Tiada Kisah Cinta Di Sini




Ramai pulak yang tanya pada saya macam mana saya boleh dapat tagline "bila cinta mula berkasih sayang". Sebenarnya saya dapat tagline tu secara tidak sengaja selepas beberapa kali saya buat penjenamaan pada blog nie ... 

masa buat penjenamaan pada blog ni saya masih lagi berada dalam "balang kaca" tak berani nak keluar malah apa yang saya tulis hanya untuk diri sendiri je.. kalau selak balik entry-entry beberapa tahun lepas semuanya macam bosan gitu ....

"walaupun blog cinta tapi tak ada kisah cinta pun" yang ini memang saya akui memang tak ada kisah cinta yang saya tulis lagi-lagi kisah percintaan sendiri ... 

sejujurnya saya tak berapa nak suka tulis tentang kisah percintaan sendiri sebabnya saya rasa tak PERLU orang tahu tentang kehidupan peribadi saya sangat lagi-lagi kisah percintaan saya... saya bukan artis nak jaja cerita peribadi sendiri ...

kalau orang yang baca boleh muntah apatah lagi saya yang tulis ni bukan setakat muntah je malah boleh pitam terus hehehehehe ...

kalau ada kisah cinta yang saya tulis itu hanya kisah dongeng saja bukannya realiti .... aci tak jawapan macam tu .... 

tapi tak apa saya suka dengan kehidupan saya sekarang... 

saya tak reti nak tulis kisah percintaan... saya hanya reti menulis mengikut kata hati saya ... tapi kata hati saya tak membenarkan saya menulis tentang cinta .. kihkihkihkih


Nota : mungkin tak akan ada kisah cinta yang tertulis di sini ... mungkin jugak akan ada kisah cinta yang akan di tulis siapa tahu kan?



   

Bila Eyriqazz Berkata-Kata



Lebih kurang pukul 10.27 pagi dapat mesej dari Eyriqazz mengatakan enteru balas dah keluar siap ada gelak jahat lagi ... huh ... malam semalam rasanya dia selamber je ingat tak akan ada entry balas rupanya saya silap ... huhuhu







sebab entry Eyriqazz tuh buatkan ramai yang percaya apa yang dia tulis dalam entry tuh ..... kemian sungguh diorang nie kan ... huhuhu tak patut tak patut ...

Fuhh itu baru entry bahan membahan, macam mana lah agaknya kalau eyriqazz buat entry jatuhkan saya sampai saya tak mampu nak bangun semula ..

tapi itu tak mungkin akan berlaku kan hehehehehe jadi tak payah nak fikir sangat sampai ke situ .... mihahahahahaha


Nota : dan kenapa ada pesana "cinta seseorang tanpa rasa bersalah" yang tuh saya tak faham .. apa kaitannya .. mihahahahah

Tak Cool Bila Pakcik Eyriqazz Merajuk




*gelak kejap*
kalau korang perasan pakcik ini selalu je bahan saya tak kena pada tempatnya .. kebiasaannya di tempat awam lah kan dia bahan saya.. langsung tak kesian dekat saya agaknya ...

jangan tanya mana saya jumpa pakcik nieh sebab dah lupa mana saya jumpa dia ( buat-buat lupa ) .. oleh kerana saya jarang dapat bahan dia balik sebab dia suka sangat main tipu helah jadi saya biarkan je dia bahan saya lagi pun bukan dia bahan apa pun cuma dia selalu kata saya ni budak sekolah tuh je ...

kejam lah pakcik sampai nak unfriend saya tak cool sungguh merajuk sampai begitu sekali .. lagi lah bertambah nampak macam atok-atok mihahahahaha .....

bukan saya je kena bahan boleh di katakan hampir semua kawan-kawan di kena bahan .. iskkk iskkk nieh yang buat saya rasa nak ajak kawan-kawan bahan balik pakcik nieh ... kihkihkihkih 


Nota : kekadang mereka nie buat saya gelak sorang-sorang dengan telatah mereka ...


17 February 2013

Macam Kena Tambah Power




Sejak dua menjak ni terasa tidak berapa selesa bila pakai spek mata, macam kekurangan power pulak ... pening pun ada walaupun pakai spek mata kalau tak pakai lagi lah bertambah pening ...

kejap !!!
kalau tak salah saya lah kan baru bulan november hari tu saya tambah power spek nieh itu pun mak saya yang sponser heheheheh 

bila itu yang berlaku apa kerja pun tak menjadi, mood nak menulis pun tak berapa nak best sangat jadinya ( alasan je tu ) padahal malas nak menulis .. hehehehehe

ada rasa nak lempang laju-laju tak budak comot yang tengah menulis entry nieh ... adoiii merepek malam-malam pulak dah ... saja buat hal lah tuh kan ....


Nota : Rindu dekat kesayangan saya :p 


15 February 2013

Surat Permohonan Maaf dari BN Selangor | Ini Bukan Isu Politik




Balik kerja petang tadi tengok peti surat, adalah tiga keping surat dalam peti tu jadi sambil jalan naik atas sambil belek-belek surat yang baru saya ambik tu.. ada satu surat atas nama saya.. 

memang saya suka bukak surat masa jalan macam tak reti-reti bukak dekat rumah je kan heheheheh ( dah terbiasa apa boleh buat )

surat dari BN rupanya, mahu apa agaknya adakah mahu bagi saya DUIT .. kihkihkih kalau bagi DUIT bagus jugak kan .. tapi malangnya bukan bagi duit tapi surat mohon maaf atas kesilapan tempat mengundi yang di cetak atas surat ucapan yang di kirimkan sebelum ini 



memang dalam surat yang di kirimkan memang terdapat kesilapan tempat mengundi, masa tu saya semak balik secara online dan tempat mengundi tetap sama dan tidak berubah pun ...

bukan nak buruk-buruk kan sesiapa cuma sekadar berkongsi kisah saja bersama rakan-rakan jangan pulak ada yang kata saya anti kerajaan yer ... mana ada manusia yang tak lakukan kesilapan, walaupun surat yang di hantar itu mengunakan mesin pencetak tetap jugak manusia yang kendalikannya ....

psstttt ada tak rakan-rakan blogger yang dah terima BR1M yang ke dua tuh ... mesti korang suka kan kalau dah dapat yer lah kan boleh belanja kawan-kawan yang tak dapat macam saya nieh .. heheheheheh

masa mula-mula BR1M ni di perkenalkan macam-macam spekulasi yang saya terima .. belambak email yang di hantar oleh mereka yang tidak di kenali ... bertindak bukan hanya mendengar sebelah pihak saja maka saya sendiri membuat sedikit liputan tentang apa yang berlaku semasa pemberian BR1M di tempat saya SINI .... 

jadi jangan buat spekulasi yang boleh menjatuhkan orang lain walaupun kita tak suka dengan apa yang mereka lakukan .. setiap apa yang di lakukan ada sebabnya walaupun ada agenda tersendiri ...


Nota : bukan bermakna saya pengundi kerajaan atau pengundi pembangkang ...... mungkin pengundi atas pagar ..


08 February 2013

Pita Pengukur Mini & Ramalan Ku Benar Berlaka Versi Baru




Beberapa hari lepas masa tengah kemas bilik saya terjumpa benda nue dalam kotak magik yang dah berkurun saya tak selongkar.. 

Apa benda tuh?
siapa yang tak tahu sini saya bagi tahu apa bendanya tuh ... kalau nak tahu itu adalam pitar pengukur mini .. lupa dah saya beli dekat mana dan saya pun tak tahu kenapa saya beli pitar pengukur tuh dulu mungkin sebab ianya berwarna pink ... 

dasar gegurl kan suka warna pink ... ye memang saya suka kaler pink walaupun tak banyak barang saya yang berwarna pink .. sebab susah nak gayakan dengan warna lain kalau banyak sangat warna pink ..

siapa yang nak ukur berapa besar pinggang korang boleh lah guna pitar pengukur nieh dan yang lagi best boleh di bawa ke mana-mana dengan hanya letak je dalam handbag korang ...

"pause"

Pakcik Eyriqazz kata saya telah di jangkiti wabak "kenadotan" apa bahasa tuh pun saya tak tahu.. mungkin adik beradik wabak "kemalasan" hahahaha sesuka hati jer kan saya nieh tapi kalau salah tolong betulkan lah yer ...

bukan malas menulis cuba tangan saya masih bengkak lagi itu yang buatkan saya kurang menulis beberapa hari nieh....

"pause"

mood nak bercuti terasa malas nak buat kerja, nak pergi kerja pun malas jugak .. tak sabar nak cuti panjang ... hahahahaha 

"play"

mata kuyu sambil dengar lagu "Ramalan Ku Benar Belaka" versi baru yang di gubah oleh Ajek Hassan .. sangat-sangat best lah wehh ..




Nota : tak semestinya berkongsi sesuatu yang kita sayang petaka ada kalanya akan buat kita rasa lebih bahagia ....


01 February 2013

Sebak Dalam Kegembiraan #SaveJejai




Masa Majlis Sepetang Bersama Blogger tengah riah rendah dengan kawan-kawan tiba-tiba mata saya terpandang ke arah pintu masuk dan pada masa tu jugak lah saya terpandang seseorang yang dah lama menyepi dari dunia blogging ....

*pause*

Saya kenal Abang Jejai masa pergi majlis buka puasa di Cititel Hotel tahun lepas.. selepas majlis buka puasa tu ada jugak borak-borak dengan Abang Jejai Dekat facebook dan twitter ... dah memang sikap dia suka gurau senda jadi tak adalah saya jangka ada something yang dia rahsiakan...

*pause*

pertemuan ke dua di Majlis Bukak Puasa di Seksyen 7 Shah Alam tahun lepas ... sempat dia sakat saya "nanti mia jadi baby sister anak abg jai yer" saya gelak jer lah sebab tak kan lah anak abang jai nak main lari-larikan sedangkan mereka dah besar .....

banyak jugak yang abang jai kongsikan sementara menunggu majlis bermula ... dia seorang yang tak kedekut ilmu ....

*pause*

saya jadi pelik sebab tiada entry terbaru dari Abang Jai, cuba jugak risik-risik dari kawan-kawan tapi seorang pun tak tahu ke mana abang jai pergi menghilangkan diri..

mungkin Abang Jai sibuk dengan urusan kerja itu tanggapan saya masa tuh lah ... jadi lama kelamaan lupa sekejap pasal kehilangann Abang Jai..


*play*

sentap terus bila menerima perkhabaran yang sangat-sangat menyedihkan ..... dan saya tak mahu percaya akan berita yang saya terima sebab apa yang saya lihat ( pada masa itu ) tak sama dengan berita yang di sampaikan...

Kanser Paru-Paru stage 4 !!!!
itu lah yang di beritahu dari rakan-rakan saya ... 

apa yang boleh saya katakan ... saya sentiasa berdoa agar abang jai kembali sembuh seperti sedia kala ....

BACA SINI untuk kisah selebih nya ....


Nota : kadang-kadang allah menduga kita tak kira bagaimana pun situasinya .. Allah tak akan menduga hambanya jika hampanya tidak mampu hadapi dugaan yang di berikan .... 


30 January 2013

Entry Serabut Budak Comot




Fuhhh .....
kehidupan yang penuh dengan keserabutan sejak beberapa hari nieh.. bukan tentang kehidupan sosial yang baut saya serabut tapi sebab urusan kerja yang ada masanya buat saya serabut tahap cipan tertelan tenuk.....

beberapa hari nieh jugak saya di hentam semasa dalam meeting .. ohhh maiii ini part yang paling tak suka sesangat... bila masing-masing nak nampak tak buat salah memang itu lah yang akan berlaku.. 

esok mesti kena lagi sebab barang yang sepatutnya di hantar mengguna kan kontena tak sampai-sampai .. nak salah kan kontena atau nak salah kan kapal ... hahahahaha dah kalau nak hilang jugak nak buat macam mana .... 

nampak tak lukasan atas tuh ... macam tuh lah otak saya sekarang nieh... tak boleh nak fikir apa-apa di saat kepala otak saya bercelaru .. ok nampak gayanya kena tido lah nieh .....


Nota : Selamat malam mucuk .....

21 December 2012

Kiamat Semakin Hampir - 21/12/2012




Ramai yang kata pada 21/12/2012 akan berlakunya hari kiamat dan itu juga yang di katakan oleh kalendar kaum maya .. Setahun yang lepas saya menulis entry INI ketika itu tersebarnya cerita tentang kalendar maya...

Benarkah bumi akan bergelap selama tiga hari pada 23 24 & 25 disember 2012? tiada siapa yang tahu akan kebenaran cerita tersebut malah berika tersebut turut di nafikan oleh pihak NASA .. baca entry blogger INI jadikan terlalu banyak tanda tanya dalam kotak fikiran saya tentang kebenaran cerita-cerita tersebut...

sudah tertulis dalam Al-Quran akan berlakunya hari kiamat cuma kita tidak di beritahu bilakah waktunya cuma ianya akan berlaku pada hari jumaat.. 

dan saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu benarkan apa yang di katakan akan berlaku? 

siang tadi pun ada rakan pejabar saya berbangsa cina bertanyakan tentang kalendar kaum maya dan kebenaranya tentang apa yang di katakan oleh kalendar kaum maya tersebut.. 

kadang-kadang ada part yang susah untuk di jelaskan pada orang bukan islam tentang benda-benda macam ini.. mereka akan terus percaya dengan apa yang mereka baca...


Nota : Hari kiamat tetap akan berlaku cuma tidak dapat di pastikan bila waktunya cuma yang pastinya hari kiamat akan berlaku pada hari jumaat .... pada korang yang terlalu percayakan kalendar maya dan membawa cerita yang tidak sepatutnya lebih baik hentikan.



update via samsung mobile

16 November 2012

Sesuatu Yang Meresahkan




Beberapa hari nie ada "benda" yang buat saya jadi resah gelisah tapi saya tak tahu apa "benda" nya tu ... macam ada something ....

terasa ada "benda" yang tak mampu di luahkan baik dengan kata-kata atau pun dengan tulisan ......

mungkin sebab saya begitu "jauh" dari pencipta saya atau ada benda yang saya lakukan membuatkan saya rasa resah seperti ini....

terjaga dari lena bagaikan di hantui mimpi ngeri lebih kurang macam tuh lah tapi saya tak pasti ....

entry serabut macam perasaan saya sekarang .....
mungkin tahun baru patut di mulakan dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....


Nota : harap rasa resah ini akan pergi jauh dari kehidupan saya ....


06 November 2012

Lelaki Yang Di Mahukan




Cuba menghadam rasa kecewa di sebabkan beberapa pekara yang langsung saya tak tahu hujung pangkal cerita. cerita yang saya tak tahu siapa yang mulakannya.. cerita yang di reka hanya untuk melumpuhkan seluruh kehidupan saya..

kadang-kadang susah kita nak jangka hati dan perasaan orang di sekeliling kita apatah lagi orang hanya kita kenal melalui alam maya lagi lah macam-macam halnya...

seorang kawan saya ajukan soalan pada saya beberapa hari lepas katanya "betul ke perempuan akan usha lelaki yang sudah berpunya dan akan mengambil kesempatan pada hubungan yang retak"

saya bukan perempuan macam tu jadi saya tak berapa nak tahu tapi kalau ikutkan persekitaran saya memang itu yang akan berlaku.. sejujurnya perempuan single lebih sukakan lelaki yang sudah berpunya ini kerana perempuan sebegitu akan perhatikan dahulu bagaimana sikap lelaki yang mereka usha sebelum meneruskan langkah seterusnya..

ada jugak sesetengah perempuan yang sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan lelaki yang mereka suka termasuklah menjaja cerita buruk perempuan lain.

walaupun saya perempuan tapi saya tetap tak faham kenapa ada perempuan spisis macam tuh yang sanggup lakukan apa saja hanya mahu dapatkan lelaki yang mereka suka .....

kalau betul nak gunalah cara yang baik bukan nya dengan cara keji segala bagai .....


update via samsung mobile






28 October 2012

Selepas Seminggu Menghilangkan Diri





Cakk !!!!
I am Back ... maaf lah kerana seminggu saya menghilangkan diri tanpa menulis apa-apa buat korang semua. saya bukan dah tak mahu menulis cumanya terlalu sibuk dengan urusan rasmi...

terima kasih pada yang bertanya kemana saya menghilangkan diri ... mana ada saya menghilangkan diri cuma saya hanya tidak menulis untuk seminggu ini saja....

sebab dah lama tak menulis saya kongsikan sikit tentang sesuatu yang saya baru saja belajar sejak bertukar pejabat awal bulan hari tuh....

baru-baru ini pekerja warga asing tempat saya kerja gaduh sebab isu makanan dan lain-lain hal.. walaupun mereka ini sama bangsa tapi berlainan agama itu yang buatkan mereka tak berapa nak serasi.

cerita nya macam ini bila sebelah pihak yang tak boleh makan daging masak vavik pihak yang tak boleh makan vavik termakan vavik yang di masak oleh pihak satu lagi dan begitu lah sebaliknya.. jadinya berlakunya pergaduhan sesama mereka...

bila keadaan dan macam tuh terpaksa lah mereka-mereka ini panjangkan cerita kepada pihak pengurusan. jadinya meeting tergempar pun di adakan bersama kedua-dua belah pihak..

jadinya saya belajar sesuatu dari kejadian itu....
sama ada aku suka atau pun tidak apa pun keadaan yang berlaku saya kena terima keadaanya ... tak kisah lah apa bangsa dan apa agama sekali pun kena selesaikan masalah dengan cara yang tak akan buat sesiapa terasa hati....

kadang-kadang saya fikir rupanya susah jugak berkerja di jabatan pentadbiran ni banyak hal yang berlaku... dan semua benda kena buat dengan sempurna kalau tak mahu orang lain hentam balik...

alamak .... dah terjadi entry serius pulak ingat nak tulis entry santai-santai jer.. tapi apakan daya tiada ilham pulak .... tugasan akhir masih belum tulis lagi ini bermakna saya hutang dua entry tugasan akhir yang tak tahu bila mampu saya menulis.. harap=harap saya dapat hantar sebelum tarikh tutup....


Nota : berderet jemputan dari kawan-kawan .. kena susun jadual untuk pergi majlis mereka  .....


14 October 2012

Tidak Serasi Dengan Pejabat Baru




Entah kenapa saya tak begitu suka dengan pejabat baru, walaupun saya cuba paksakan diri saya untuk terima keadaan baru tuh tapi hati saya tetap meronta-ronta untuk keluar dari situ...

Adakah saya perlu mula menulis resume untuk di hantar ke tempat-tempat di mana ada kelayakan untuk saya.. yang pastinya bukan bidang animasi sebab saya dah lama tinggalkan dunia animasi...

seminggu yang buatkan saya banyak berfikir secara rasional kenapa semua orang yang duduk di situ tak boleh nak bertahan lama? adakah sebab jadual kerja yang tak konsisten? walaupun di bayar elaun lebih masa tapi bila dah balik lambat jadinya masa untuk diri sendiri dah semakin kurang..

kalau saya nak cari kerja baru pun biar lah sampai lepas event atau bulan satu tahun depan .... walaupun gaji tak sama dengan tempat sekarang tapi biarlah rasa gembira dengan apa yang di lakukan... bukannya kerana terpaksa atau di paksa...

mungkin ramai kawan-kawan dekat pejabat tuh mengira hari berapa lama saya boleh bertahan dekat situ.... saya tak pasti tapi yang pasti nya saya kena ada kerja lain dulu baru boleh berhenti kerja..

kalau ada rakan-rakan pembaca yang tau kerja kosong boleh lah bagi tahu saya... tapi biarlah area shah alam kalau jauh-jauh macam susah pulak nak pergi kerja kan... heheheheh...


Nota : dekat pejabat pun ada politik sendiri yang kadang-kadang buat saya bosan untuk bercampur dengan mereka ....