Showing posts with label kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label kemanusiaan. Show all posts

26 April 2013

Kisah Anjing Yang Malas






 Fuhhh ..... cuaca panas sesangat beberapa hari ni, petang pulak baru hujang... kalau hujan pagi kan best sebab tak payah keluar buat audit .. kihkihkihkih .....

hari-hari terover busy sampai tak sempat nak siapkan report dan dokument .... itu lah siapa suruh buat kerja luar pejabat kemain banyak.. heheheheh tapi siap jugak lah semua kerja sebelum balik.

nie nak cerita sikit kat korang semua ......
masa saya keluar buat audit pagi tadi dalam keadaan cuaca panas terik saya terpandang lah seekor anjing yang tak berapa nak comel dalam kawasan warehouse sedang bermalasan di tengah jalan raya yang tak berapa nak banyak kenderaan... 

anjing tu baring je dekat situ saya ingat dia sakit atau tercedera, ye lah baring tengah-tengah jalan dalam cuaca panas terik dan lagi pelik masa saya lalu sebelah anjing tu, anjing tu masih baring dekat situ tak gerak-gerak pun ....

saya tanya pekerja bangla dekat situ kenapa anjing tu.. pekerja bangla tuh kata okey je cuma anjing tu tengah malas-malas je ... ohh maiiiiii boleh pulak macam tu kan...

sampai ofis bos saya tanya "ada anjing sakit ke dekat tengah jalan" baru sampai ofis bos dah tahu pasal anjing tu.. siapa yang sampaikan cerita tu pun saya tak tahu .... "bukan sakit lah anjing tu tapi anjing tu tengah malas"


Nota : anjing pun makhluk ciptaan Allah jugak .. pegang je pun bukan apa-apa melain kan anjing tu dalam keadaan basah ... sekian



update Via Phone Mobile





19 April 2013

Dia Suami Tapi......





Berkali-kali saya baca email yang di hantar dari seorang pembaca, cuma hadam apa yang pembaca itu tuliskan dalam email yang di hantar kepada saya lewat petang tadi. tapi susah saya nak hadam sebab saya belum lagi berkahwin. 

entry ini bukan mahu mengaibkan sesiapa cuma mahu berkongsi kisah yang di kongsikan. mungkin ada di antara rakan-rakan pembaca saya boleh tolong berikan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pembaca blog saya ni..

" saya dah ada dua orang anak, selama ni hidup saya bahagia bersama suami dan anak-anak. tapi semuanya berubah sejak dua tahu yang lepas bila doktor mengesahkan saya menghidap kanser. sejak hari itu suami saya terus berubah dari seorang yang penyayang berubah menjadi seorang yang panas baran. bila semua kehendak nya tidak di penuhi saya akan di maki hamun dengan kata-kata yang menyakitkan hati. sebagai seorang isteri saya faham kemahuan suami tersayang tapi adakalanya keadaan kesihatan saya membuatkan saya terpaksa menolak semua kemahuan suami. apa yang menyedihkan saya adakalanya suami memaksa saya sedangkan ketika itu keadaan kesihatan saya tidak berapa baik.. anak-anak yang menjadi teman bicara saya di saat-saat saya tiada sesiapa untuk berbicara, apalah sangat yang kanak-kanak tahu sedangkan mereka masih terlalu kecik.

kadang-kadang hati saya memberontak mahu minta suami lepaskan saya dan minta suami saya mencari orang lain yang boleh membahagiakan dia tapi hati saya tidak merelakannya. masa saya baca entry yang awak tulis tetang perempuan kena ingat bila tahu bermadu saya terfikir kalau ianya semudah apa yang awak tuliskan sudah lama saya relakan. dalam keadaan yang lain bila suami terlalu marah dia pernah mengatakan kalau saya mati cepat itu lagi baik tak menyusahkan sesiapa. sesiapa pun akan terasa bila orang yang kita sayang berkata begitu sedangkan kita memerlukan seseorang yang boleh memberikan kekuatan pada kita untuk terus bertahan "


saya terfikir kalau saya berada di tempat pengirim email tu apa yang akan saya lakukan? sungguh saya tak ada jawapan untuk semua itu dan saya tak tahu apa yang harus saya lakukan untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sebegitu.

sabar !!!
hanya itu yang mampu kita ucapkan bila seseorang di timpa musibah, sebenarnya mereka tak perlukan kata-kata itu sebab orang tak akan rasa apa yang di laluinya.. jadi apakah ayat yang terbaik yang boleh di ucapkan bila keadaan-keadaan itu berlaku?

apa yang boleh saya katakan Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya sendiri tidak mampu untuk menempuh dugaan yang di berikan. Allah tak akan kejam pada hambanya, Allah menduga hambanya kerana Allah sayangkan hambanya.

Dan dari situ kita boleh nilaikan bagaimana kah sikap dan sifat seseorang bila di duga. sama ada berubah jadi baik atau sebaliknya.. memang kita tak minta semua tu tapi percayalah dugaan-dugaan itu merupakan balasan pada dosa-dosa kecil yang kita lakukan suatu ketika itu ......


Nota : susah nak hadap penulisan yang lebih kepada kekeluargaan sebenarnya ... mungkin pengirim email tu rasa yang saya sudah pun berkahwin .... pada pengirim email tersebut semoga tabah menjalani hari-hari yang akan datang dan semoga di berikan kesihatan yang baik. 


01 February 2013

Sebak Dalam Kegembiraan #SaveJejai




Masa Majlis Sepetang Bersama Blogger tengah riah rendah dengan kawan-kawan tiba-tiba mata saya terpandang ke arah pintu masuk dan pada masa tu jugak lah saya terpandang seseorang yang dah lama menyepi dari dunia blogging ....

*pause*

Saya kenal Abang Jejai masa pergi majlis buka puasa di Cititel Hotel tahun lepas.. selepas majlis buka puasa tu ada jugak borak-borak dengan Abang Jejai Dekat facebook dan twitter ... dah memang sikap dia suka gurau senda jadi tak adalah saya jangka ada something yang dia rahsiakan...

*pause*

pertemuan ke dua di Majlis Bukak Puasa di Seksyen 7 Shah Alam tahun lepas ... sempat dia sakat saya "nanti mia jadi baby sister anak abg jai yer" saya gelak jer lah sebab tak kan lah anak abang jai nak main lari-larikan sedangkan mereka dah besar .....

banyak jugak yang abang jai kongsikan sementara menunggu majlis bermula ... dia seorang yang tak kedekut ilmu ....

*pause*

saya jadi pelik sebab tiada entry terbaru dari Abang Jai, cuba jugak risik-risik dari kawan-kawan tapi seorang pun tak tahu ke mana abang jai pergi menghilangkan diri..

mungkin Abang Jai sibuk dengan urusan kerja itu tanggapan saya masa tuh lah ... jadi lama kelamaan lupa sekejap pasal kehilangann Abang Jai..


*play*

sentap terus bila menerima perkhabaran yang sangat-sangat menyedihkan ..... dan saya tak mahu percaya akan berita yang saya terima sebab apa yang saya lihat ( pada masa itu ) tak sama dengan berita yang di sampaikan...

Kanser Paru-Paru stage 4 !!!!
itu lah yang di beritahu dari rakan-rakan saya ... 

apa yang boleh saya katakan ... saya sentiasa berdoa agar abang jai kembali sembuh seperti sedia kala ....

BACA SINI untuk kisah selebih nya ....


Nota : kadang-kadang allah menduga kita tak kira bagaimana pun situasinya .. Allah tak akan menduga hambanya jika hampanya tidak mampu hadapi dugaan yang di berikan .... 


17 August 2012

Masih Ada Lagi Kawan Masa Menangis #SaveJejai





mana saya nak mula, manulis dalam kesedihan di saat membaca terlalu banyak perkabaran yang menyedihkan di saat orang lain sedang bergembira.. berat mata memandang berat lagi bahu yang mamikul..


Masa jumpa dengan abang jejai dekat cititel tempoh hari memang saya tak banyak cakap dengan abang jejai yer lah kan pertama kali saya jumpa dia mesti lah saya segan tapi kalau dekat timeline kemain sakan lagi..


Masa bukak puasa dekat dewan raja muda musa hari tu dah okey boleh borak-borak dan abang jejai ada mintak saya jadi baby sister anak dia.. saya gelak je lah kan mana tau dia gurau...


satu pagi tu saya nampak banyak email masuk laju-laju saya bukak facebook dan saya terdiam baca aper yang tertulis dalam group save jejai.. sumpah saya sedih sesangat sebab dalam gembira yang di perlihatkan rupanya ada derita di sebaliknya...


Kanser paru-paru stage 4 !!!

Ini adalah pekara serius dan bukannya main-main... saya di maklumkan yang abang jejai tak mahu pekara ini di hebohkan, dia tak mahu menyusahkan sesiapa tapi keadaan dah kritikal ketika ini.. dan selepas memdapat green light dari rakan blogger yang lain baru lah entry ini di tulis..


Azhar bin ramli
164351079691 ( maybank )

Mazliana Othman ( wife jejai )
164089741562 ( maybank )


Mumgkin hari ini hari abang jejai tapi esok lusa munhkin hari kita pulak... bantulah yang termampu sekurang-kurangnya dapat ringankan beban abang jejai sekeluarga..


02 August 2012

Kisah Alia Haryanie ~ Kisah Yang Tiada Penghujungnya





Beberapa minggu lepas saya ada menulis tentang Alia Haryanie ibu tunggal yang mengidap penyakit saraf yang telah di ceraikan oleh suaminya yang tidak beperikemanusiaan..

hari tu sewaktu bertemu dengan Eyriqazz sempat dia tunjukkan pada saya mesej yang di hantar oleh Alia Haryanie kepada beliau minggu lalu.. terasa sedih membaca mesej yang di hantar beliau kepada eyriqazz ...

hari ini sebaik saya membaca entry terbaru Eyriqazz buatkan saya bertambah sebak dan tak tahu nak kata apa....

Ahad lepas dengan bersusah payah Alia Haryanie pergi ke cawangan maybank untuk unblock akaun beliau yang di block tapi hari ini akaun tersebut telah di block semula.

Dalam sesetengah keadaan sepatutnya pihak maybank patut bertimbang rasa dengan keadaan pelanggan mereka. masakan insan seperti Alia Haryanie boleh pergi ke cawangan maybank banyak kali hanya untuk unblock akaun beliau yang di block dalam keadaan beliau yang semakin lemah sebegitu ... rasanya pihak maybank patut baca setiap entry yang di tulis dan berikan sedikit kelonggaran if ianya menyalahi undang-undang..


Maybank Acc No :553104558862)
(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Email - haryanie.alia@yahoo.com


Mungkin hari ini, hari beliau tapi kita tidak tahu mungkin esok atau lusa hari kita pula.. andai tidak dapat membantu dengan wang ringgit bantulah dengan berkongsikan entry ini.. semoa sis Alia di berikan kesihatan yang lebih baik ...


PENTING : Jika mahu menyalurkan sumbangan di minta jangan melakukan tranksasi ramai-ramai dalam masa yang sama .. ini bertujuan untuk mengelakkan akaun beliau di block oleh pihak bank..


Sumber rujukan : EYRIQAZZ