Showing posts with label berita sedih. Show all posts
Showing posts with label berita sedih. Show all posts

02 May 2013

Barisan Nasional Yang Drastik




Erkkk !!!!
nampaknya "perang" PRU13 makin terasa bahangnya sampai ke planet orang utan yang tak pasti di mana lokasinya...  heheheheh

jalan-jalan ke tesco shah alam, terjumpa dengan sekumpulan gembala membawa selori baju yang akan di berikan kepada orang ramai di sekitar pekarangan tesco shah alam siang tadi...

Perlu ke?
rasanya tak perlu kot sebab ini kan di namakan pembaziran dalam islam pun telah di ajar supaya JANGAN membazir ... malah membazir itu kan amalan syaitan .... hiks hiks hiks



Bapakkkk kaya mereka-mereka nie sebab boleh di katakan hampir setiap hari sms macam nieh akan di hantar ke no phone saya... kalau yer pun nak dapatkan pengundi tapi biar lah tepat calon yang mereka promot tuh ... tahun bila pulak saya akan pengundi di PARLIMEN SUBANG .... Kesian ... Kesian .... tak kisah lah calon mereka tuh ada PHD atau IJAZAH sekali pun tapi kalau boleh memberi something yang berguna pada rakyat memang sangat tak berapa nak beguna pun jadi wakil rakyat .....

Opsssss terover lah pulak kan kan kan .....
kang tak pepasal saya di katakan mengundi pihak pembangkang.. masalahnya pihak pembangkang tak ada pun benda-benda macam nie semua ....... hiks hiks hiks .....



Dalam masa yang sama saya percaya ANDAI mereka ini menang dalam pilihanraya kali ini SUDAH tentu harga barang akan naik secara mendadak... dan mereka-mereka ini akan lupa pada semua janji-janji mereka ..... 

Dan masa itu mereka-mereka yang SAKAI mengutuk pihak membakangLAH orang pertama yang merungut bila harga barang naik secara mendadak ..... hiks hiks hiks ....... 

saya rasa kalau pihak pembangkang menang besar pada pilihanraya kali ini orang pertama yang akan lari adalah ********* 


Nota : orang bijak pandai ada kata ..... sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jugak .... sama jugak dengan kesudahan manusia yang akan kembali ke tanah ...... 


update via phone mobile 

04 March 2013

Yang Ada Hanya Kesedihan




Beberapa hari lepas anak abang jai inbox saya, waktu itu saya tersebak sebaik saja baca entry yang di tulis oleh eyriqazz sempena birthday nuffnang.. 

walaupun hanya perbualan biasa-biasa dan tiada kaitan dengan kehidupan mereka tapi saya dapat rasa yang dia perlukan seseorang untuk berbicara. mungkin dia memerlukan masa untuk membina kepercayaan sebelum meluahkan apa yang dia rasa. 

macam mana dia kenal saya?
saya pernah jumpa anak abang jai tahun lepas masa majlis bukak puasa dekat shah alam.. walaupun saya tak suka pada budak-budak tapi saya sabar je layan kerenah dia masa tu... lepas tuh dah tak pernah jumpa lagi.

beberapa minggu kebelakangan ni banyak sangat berita sedih yang sampai pada saya.. hingga buatkan seluruh berasaan saya menjadi sedikit lumpuh dan terus lumpuh bila terima pekhabaran tentang pemergian abang jai. 

kadang-kadang saya terfikir kenapa orang baik selalunya "pergi" dulu dan kenapa orang jahat tidak "pergi" dulu .. 

bukan saya mahu pertikaikan apa yang dah di tentukan Allah cuma kadang-kadang benda-benda yang macam tuh buatkan perasaan saya menjadi lumpuh sepenuhnya.

di sebalik semua berita sedih yang sampai pada saya banyak benda yang saya belajar.. belajar untuk menjadi apa yang saya mahu jadi.. Eyriqazz kata memaafkan orang yang berbuat salah lebih indah dari kita menyimpan dendam sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada esok hari.. dan kita tak tahu bagaimana nasib kita pada masa akan datang..

saya cuba untuk terima semua yang berlaku perlahan-lahan dan akan cuba buang semua rasa sedih saya saya terima.. walaupun perasaan saya sebenarnya tidak begitu kuat ..

dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka yang memerlukan seperti kisah INI 


Nota : pada yang bernah bertemu dengan saya atau hanya mengenali saya melalui laman sosial maafkan saya andai ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan korang atau ada perbuatan yang tidak di sengajakan.. apa pun salah korang pada saya sudah pun saya maafkan ... 





15 February 2013

Mungkin Hanya Kebetulan




Tersebak baca entry Eryqazz malam semalam ... 
tapi apakan daya hidup harus di teruskan jugak kan ..... maaf lah yer beberapa hari ni mood saya memang tak berapa menentu sikit mungkin sebab penat dengan urusan rasmi ....



sebenarnya dua hari sebelumnya saya bermimpi menerima perkhabaran tentang kematian seorang rakan, seperti biasa saya anggap mimpi itu mainan tidur jadi saya lupakan saja mimpi tersebut.. 

mungkin hanya kebetulan saja apa yang berlaku ... saya tak rasa mimpi itu adalah petanda yang kita akan kehilangan seorang rakan yang sentiasa buat kita semua gembira kan ... 

sampai hari ni pun kalau terbaca kisah sedih itu pasti akan tersebak dan kalau boleh tak mahu baca tentang kisah sedih itu .... tanpa saya sedar terlalu banyak kegembiraan yang di tinggal kan untuk kawan-kawan .....


Nota : Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman Al-Fatihah :(

12 February 2013

Semoga Damai Di Sana - Al - Fatihah




Salam takziah buat keluarga Abang Jejai .. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ...





baca pesanan yang di hantar oleh kak red dalam group terus sebak gila, tak mampu nak kata apa-apa .... 


"pause"

sebenarnya "hari tu" adalah hari terakhir saya nampak arwah abg jai tapi saya tak cukup kuat untuk pergi tegur dia walaupun hanya untuk bertanyakan khabar .... 


apa pun semoga keluarga abang jai tabah dengan dugaan ini... semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman ...



PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :

SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH.

Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc  Acc No : 164089741562 ( Mazliana Othman ) 



Nota : kadang-kadang kita tak jangka apa yang akan berlaku pada esok hari .. mungkin pertemuan dengan orang yang dah lama tak bertemu merupakan pertemuan terakhir jadi gunakan lah kesempatan yang ada sebaik mungkin ... Al- Fatihah ... 

( ayat yang di bold di ambil dari blog denaihati ) 


05 February 2013

Salam Takziah - Al Fatihah :(







Allah sudah tentukan perjalanan kehidupan setiap dari kita di muka bumi nieh, kadang-kadang sesuatu yang indah pada mulanya akan berakhir dengan sesuatu yang menyedihkan ...

Pagi tadi sampai pejabat suasana seperti biasa sampailah saya menerima berita yang menyedihkan, terdiam tapi tiada air mata yang keluar.. bagaikan tidak percaya dengan berita yang baru di sampaikan..

salah seorang ketua di jabatan tempat saya berkerja meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung.. itu yang di beritahu, sungguh mood dah down masa tuh tapi cuba sembunyikan rasa sedih itu agar tidak terlihat orang lain ...

jam 12.30 tengahari saya bersama rakan sepejabat bergegas ke rumah Arwah di Klang Jaya ... sungguh nasib sempat sampai dan melihat arwah untuk kali terakhir.

selama 4 tahun setengah saya berkerja satu bumbung dengan arwah banyak yang saya  belajar.. 

salam takziah dari saya buat keluarga arwah .. :( 

17 August 2012

Masih Ada Lagi Kawan Masa Menangis #SaveJejai





mana saya nak mula, manulis dalam kesedihan di saat membaca terlalu banyak perkabaran yang menyedihkan di saat orang lain sedang bergembira.. berat mata memandang berat lagi bahu yang mamikul..


Masa jumpa dengan abang jejai dekat cititel tempoh hari memang saya tak banyak cakap dengan abang jejai yer lah kan pertama kali saya jumpa dia mesti lah saya segan tapi kalau dekat timeline kemain sakan lagi..


Masa bukak puasa dekat dewan raja muda musa hari tu dah okey boleh borak-borak dan abang jejai ada mintak saya jadi baby sister anak dia.. saya gelak je lah kan mana tau dia gurau...


satu pagi tu saya nampak banyak email masuk laju-laju saya bukak facebook dan saya terdiam baca aper yang tertulis dalam group save jejai.. sumpah saya sedih sesangat sebab dalam gembira yang di perlihatkan rupanya ada derita di sebaliknya...


Kanser paru-paru stage 4 !!!

Ini adalah pekara serius dan bukannya main-main... saya di maklumkan yang abang jejai tak mahu pekara ini di hebohkan, dia tak mahu menyusahkan sesiapa tapi keadaan dah kritikal ketika ini.. dan selepas memdapat green light dari rakan blogger yang lain baru lah entry ini di tulis..


Azhar bin ramli
164351079691 ( maybank )

Mazliana Othman ( wife jejai )
164089741562 ( maybank )


Mumgkin hari ini hari abang jejai tapi esok lusa munhkin hari kita pulak... bantulah yang termampu sekurang-kurangnya dapat ringankan beban abang jejai sekeluarga..


02 August 2012

Kisah Alia Haryanie ~ Kisah Yang Tiada Penghujungnya





Beberapa minggu lepas saya ada menulis tentang Alia Haryanie ibu tunggal yang mengidap penyakit saraf yang telah di ceraikan oleh suaminya yang tidak beperikemanusiaan..

hari tu sewaktu bertemu dengan Eyriqazz sempat dia tunjukkan pada saya mesej yang di hantar oleh Alia Haryanie kepada beliau minggu lalu.. terasa sedih membaca mesej yang di hantar beliau kepada eyriqazz ...

hari ini sebaik saya membaca entry terbaru Eyriqazz buatkan saya bertambah sebak dan tak tahu nak kata apa....

Ahad lepas dengan bersusah payah Alia Haryanie pergi ke cawangan maybank untuk unblock akaun beliau yang di block tapi hari ini akaun tersebut telah di block semula.

Dalam sesetengah keadaan sepatutnya pihak maybank patut bertimbang rasa dengan keadaan pelanggan mereka. masakan insan seperti Alia Haryanie boleh pergi ke cawangan maybank banyak kali hanya untuk unblock akaun beliau yang di block dalam keadaan beliau yang semakin lemah sebegitu ... rasanya pihak maybank patut baca setiap entry yang di tulis dan berikan sedikit kelonggaran if ianya menyalahi undang-undang..


Maybank Acc No :553104558862)
(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Email - haryanie.alia@yahoo.com


Mungkin hari ini, hari beliau tapi kita tidak tahu mungkin esok atau lusa hari kita pula.. andai tidak dapat membantu dengan wang ringgit bantulah dengan berkongsikan entry ini.. semoa sis Alia di berikan kesihatan yang lebih baik ...


PENTING : Jika mahu menyalurkan sumbangan di minta jangan melakukan tranksasi ramai-ramai dalam masa yang sama .. ini bertujuan untuk mengelakkan akaun beliau di block oleh pihak bank..


Sumber rujukan : EYRIQAZZ

18 July 2012

Kalau Tak Mampu Macam Mana






Zaman sekarang medikal kad memang snagat penting pada sesiapa saja ianya lebih mudah dan akan meringankan beban kalau terjadi apa-apa..

petang tadi lepas saya publish kisah FYNN JAMAL saya terbaca status seorang kawan yang mengatakan "itulah pentingnya medikal kad"

di sini saya nak kata yang bukan semua orang mampu buat medikal kad tersebut lebih-lebih lagi jika mereka yang perpendapatan sederhana jadi mana mungkin mereka akan dapat membeli medikal kad yang mana bulanannya ratusan ringgit kalau yang murah pun tak akan cover untuk sesetengah penyakit...

jadi jangan lah tanya kenapa tak beli medikal kad, dari tanya soalan macam tuh ada baiknya hulurkan bantuan kalau tak dapat bagi banyak .. sumbangkan RM1 pun dah kira bagus juga...


"hidupkan untuk memberi" "berkongsi itu indah"

selamat beramal




17 July 2012

Apa Salahnya Saling Membantu






Fynn Jamal !!!!
kalau tak salah saya dia ini penyanyi lagi 150 juta tuh kan?
mereka yang pernah dengan lagu dia tentu kenal dengan dia ... saya bukan nak kata pasal nyanyian dia pada entry ini ....

Pagi-pagi tadi saya nampak status yang di kongsikan oleh kawan-kawan dia facebook tentang apa yang sedang fynn jamal lalui ketika ini..

Hari ini hari dia, mungkin esok lusa hari kita jadi tak salah kalau kita membantu kan kalau pun tak dapat membantu dalam jumlah yang banyak ....


"hidup kan untuk memberi" "berkongsi itu indah"

selamat beramal ....


24 June 2012

Jatuhkan Orang Lain Untuk Berjaya





Saya tidak mencipta nama dengan mengkhianati orang lan atau pijak orang lain untuk sampai ke atas.. tapi ada sesetengah pihak yang mendakwa saya ini seorang yang pendengki dan tak boleh tengok orang lain berada di atas..

bukan setakat itu saja ada sesetengah pihak menuduh saya menghasut orang lain untuk sertai saya.. setahu saya dan seingat saya tidak pulak saya lakukan begitu..

semua orang boleh tulis apa yang mereka suka macam tuh jugak dengan saya .. pada pihak-pihak yang buat tuduhan itu apa kata tunjukkan bukti kalau betul saya lakukan sebegitu ...

sebenarnya saya masih boleh diam bila di khianati oleh pihak-pihak itu, dan baru-baru ini pihak-pihak itu menggunakan cara kotor dan mudah.. mereka menghantar seseorang untuk belajar dengan saya dan bila sudah pandai pihak-pihak ini ambil semula orang yang di hantar itu...

jadi solution nya saya putuskan hubungan dengan pihak-pihak ini dari saya sakit hati dan rasa nak balas apa yang mereka lakukan ...

"kalau kamu ingat kamu akan berjaya dengan mengkhianati orang dan pijak orang lain untuk sampai ke atas itu adalah satu langkah yang kurang bijak kerana bila kamu jatuh kamu tak akan mampu bangun balik"

kawan-kawan saya kata saya boleh lalui semua ini dan boleh terima semua pengkhianatan dari mereka cuma lambat atau cepat saja ...

dan sekarang ini saya jadi tak tahu yang mana satu kawan dan mana satu lawan.. maaf andai saya ada perasaan curiga pada kawan-kawan yang lain .. apa yang berlaku buatkan saya jadi lebih berhati-hati dalam semua yang saya lakukan .....




17 May 2012

14 Minit Gambar Terlampau Tersebar






Huru hara hidup saya hari ini di sebabkan tindakan orang ini yang seakan sengaja mahu jatuhkan maruah saya.. saya tidak tahu apa salah saya pada orang ini sehingga dia sanggup aibkan saya.

saya tidak tahu berapa lama gambar itu tersiar sehingga saya di beritahu oleh rakan pejabat saya tentang gambar tersebut. pinjam tab beliau untuk padam semua gamabr yang di tag kepada saya namun ianya memberi kesan pada kehidupan saya untuk hari ini...

mungkin tindakan itu sudah lama di rancang tapi saya tak faham kena saya yang jadi sasaran.. setahu saya dan seingat saya tidak pernah saya ambil gambar dalam keadaan sebegitu.

pada sesiapa yang sempat save gambar tersebut saya minta tolong padamkan kerana hal ini sudah saya laporkan kepada pihak yang bertangungjawab ...

terima kasih buat mereka yang membantu saya ... terima kasih juga pada mereka yang mengutuk saya.. andai saya bersalah dari awal saya sudah padam semua akaun sosial network saya dan tak akan keluarkan kenyataan ini...

dan facebook orang ini sudah pun di tutup bila saya kata di situ yang saya akan ambik tindakan undang-undang terhadap dia... moral of the stiry saya tak akan accept sesiapa lagi di timeline saya dan semua gambar saya akan tarik balik ...



20 June 2011

SeLamaT TinGGaL SeMua | MaaF daRi aKu

Hati aku tak kuat sebenarnya nak ucapkan selamat tinggal dekat korang semua... korang adalah kawan aku yang terbaik yang pernah aku kenal.. walaupun kita hanya bertemu di alam maya tapi korang tetap kawan aku yang terbaik...

Kenapa aku buat keputusan untuk undur diri dari gomofm...
sebenarnya dah banyak kali aku nak pergi tapi kubi halang aku tapi kali nieh aku kena pergi jugak.. lagi pun aku tak dapat nak bagi komitmen sepenuhnya dekat gomofm lagi lepas nieh, jadi itu keputusan terbaik yang aku rasakan...

Bukan itu saja, ada benda yang lebih penting yang harus aku dulukan.. dan aku kena fikir benda yang lagi penting dari apa yang aku lakukan sekarang niE...

Selama setengah tahun nieh hidup aku bersama dengan korang, aku sayang korang macam adik beradik aku cuma bezanya korang hanya ada di alam maya....

tapi pada mereka yang pernah aku jumpa macam kubi, nyzell dan ribut korang kawan aku di alam maya dan juga di alam realiti itu hakikatnya...

aku tak akan buang kotak cb dan radio gomofm dari blog aku, biarlah ia kekal hingga bila-bila kerana aku sayang gomofm.. seperti mana aku sayangkan korang...

Pada Hos.. kubi .. kak Zarra .. Embun .. Laling .. abey .. Kimi Xy .. Oren .. Kak Vna ... Tapai .. Bropian .. Kak Wanis .. Sam .. hasril.. fazli... Nyzell dan juga pada semua kawan-kawan yang aku tak sebutkan nama tuh .. aku nam minta maaf andai aku bersalah pada korang .. mungkin ada kata-kata aku yang telah menyinggung perasaan korang ...

Terima kasih pada kubi kerana beri peluang pada aku untuk menDJ dekat gomofm, terima kasih atas tunjuk ajar kubi selama nieh .. Pada hos jugak terima kasih kerana banyak bantu aku sepanjang aku berada di gomofm ...

Sampai berjumpa lagi, aku nak korang tahu yang aku sayangkan korang... korang kalau windu dekat aku cari jer aku dekat fb .. aku ada jer dekat sana .. kalau tak ada korang inbox jer aku yer...


SeLamaT TinGGaL ... jaga diri baik-baik..
Aku sayang korang semua...


03 June 2011

Takziah buat laling atas permergian pakcik dia lewat petang tadi.. Pendapat perkhabaran dari seseorang tentang berita yang mendukacitakan nie..

Tak pasti sama ada laling dah tahu atau belum sebabnya tak tahu mcm mana nak hubungi dia..

Salam takziah..

P/s - baca label di bawah