Showing posts with label Soal Cinta. Show all posts
Showing posts with label Soal Cinta. Show all posts

23 May 2013

Sahabat Cinta Hati




Fuhh ...
Banyak-banyak benda yang paling susah nak hadam bagi saya adalah menulis kisah cinta, walaupun kisah percintaan sendiri. boleh muntah darah untuk menulis kisah cinta walaupun untuk sebaris ayat.... siapa kata senang? mungkin senang pada orang yang selalu bertukar ganti cinta tapi tidak pada orang yang hanya setia pada cinta yang datang dalam kehidupan mereka. 

Saya ada menulis tentang "suka pada orang yang dah berpunya" kali ini saya mahu menulis tentang sesuatu yang jarang semua orang dapat miliki dalam hubungan percintaan. pada yang dapat memilikinya memang sangat bertuah sebab boleh di katakan ianya 1001 dalam kehidupan.

Saya percaya dalam hubungan percintaan ramai yang lebih suka berada dalam mood berjiwang-jiwang setiap masa contohnya panggilan untuk pasangan, cara berkomunikasi dan cara layanan semuanya mahu dalam mood jiwang-jiwang..

Saya tak nafikan ada juga pasangan yang menganggap cinta hati mereka sebagai sahabat, kekasih dan musuh hati mereka. kenapa saya kata kan begitu? 

Saya selalu perhatikan kawan saya berkomunikasi dengan pasangannya, kadang-kadang ada nada kasar, manja, gedik malah kadang-kadang mereka akan bahasakan diri mereka "kau aku" saja.. sangat sweet okey... kalau mereka gaduh pun dah tak tertapis semua tindakan mereka berdua..

Saya sendiri kadang-kadang rasa cemburu dengan mereka yang boleh menganggap pasangan mereka sahabat dan dalam masa yang sama boleh gurau kasar-kasar.. jadi sebab tu saya kata mereka yang memiliki percintaan begitu sangat beruntung sebab tidak terikat dalam satu situasi sahaja.

Tak dapat saya nak bayangkan kalau saya gurau kasar apa lah agak nya yang gadikan, hehehehhe mesti saya yang akan naik angin dulu sebab tak boleh nak kawal rasa marah... hiks hiks hiks 

jadinya bila ada pasangan-pasangan yang sebitu pasti ramai yang intai-intai dan tunggu peluang untuk dapatkan cinta sebegitu. jadi bila dah begitu jadinya sebab tu adanya mereka-mereka yang suka pada pasangan orang lain ..... 



Nota : come je tengok pasangan yang boleh gurau senda dalam apa pun situasinya tanpa ada mood jiwang-jiwang ..


update via phone mobile

17 March 2013

Perlukah Ada Skandal?




Pada korang tu kalau nak cari skandal janganlah cari di kalangan kawan-kawan sendiri lagi-lagi dekat sosial media, ye lah tak besar mana pun sosial media tu sebenarnya pusing-pusing akan jumpa jugak kan?

dan lagi satu sila jadi bijak sikit kalau mahu ada skandal, jangan lah update apa yang di lakukan dengan skandal korang tu, mungkin ada di antara kawan-kawan sosial media korang tu yang kenal dengan skandal korang tu, kang tak pasal-pasal hujan ribut melanda.

Al-kisah ada lah seorang kawan ni yang berskandal dengan suami kawan sendiri, memang pasangan lelaki ni tak tahu pun yang suami dia ada skandal dengan kawan dia. satu hari tu mereka buat lah sesi santai-santai dan perempuan ni katalah yang dia akan bawak pasangan baru dia.. dalam keriuhan gelak tawa semasa sesi santai-santai tu semua mata tertumpu pada perempuan tu dan pasangan yang di bawa bersama.. jalan dah ler berpegang tangan.. 

dengan bangganya dia kenalkan pasangan dia pada kawan-kawan yang datang, isteri lelaki tu hanya diam saja tak kata apa, belagak macam tiada apa yang berlaku tapi kawan-kawan perempuan tu dah pandang lain macam je.. 

kesudahanya tak pasti pulak apa yang berlaku, mungkin mereka bertiga berperang atau sebaliknya tak dapat nak di pastikan.

kenapa lelaki / perempuan perlu ada skandal di belakang pasang masing-masing? adakah pasangan masing-masing tak cukup sempurna pada mereka-mereka yang suka berskandal nie.. kan lagi senang kalau terus pasang dua tak payah nak sorok-sorok hubungan yang terjalin... walaupun tak ada siapa yang suka berkongsi kasih sayang tapi kan lebih baik selesaikan cara baik ....

kalau saya ada dekat tempat isteri lelaki tu mesti saya dah baling cawan dekat muka perempuan yang cuba rampas hak saya.. kihkihkih jangan kata baling cawan dekat muka lebih dari tu pun saya sanggup lakukan.. kalau nak sakit hati biar sakit hati sampai habis.....


Nota : kalau nak jadi player yang bagus kena bijak aturkan permainan bukan hanya untuk separuh jalan sahaja....




Kenapa Perempuan Curang




kalau dulu selalunya lelaki yang selalunya akan berlaku curang terhadap pasangan mereka tapi sekarang ni ada je perempuan yang berlaku curang terhadap pasangan mereka.. tapi kenapa ada perempuan yang sanggup berlaku curang terhadap pasangan mereka sedangkan mereka ini selalunya di katakan lebih setia kalau nak di bandingkan dengan lelaki.

Mungkin faktor kurangnya kasih sayang yang buatkan seseorang perempuan tuh bertindak mencari kasih sayang bersama lelaki lain. kadang kala ada lelaki yang beranggapan bila mereka telah menyediakan segala keperluan itu sudah memadai tapi lelaki kena ingat perempuan juga ada perasaan yang harus di jaga dan di berikan kasih sayang yang cukup bukan hanya memberi barang yang mahal-mahal.

kurangannya hubungan intim bagi pasangan yang sudah berkahwin juga merupakan faktor yang paling penting.. kadang-kadang lelaki ni suka mengambil sikap lepas pandang dalam soal ini.. kalau lelaki perlukan kepuasan dalam hubungan intim begitu juga dengan perempuan dan bila berlakunya ketidakpuasan dalam hubungan kemungkinan besar perempuan akan bertindak mencari kepuasan dengan orang lain ( yang ni saya belajar dari kawan-kawan yang dah kawen ye )

Faktor kebendaan jugak boleh buatkan perempuan berlaku curang, katakan pasangan mereka tidak mampu berikan apa yang mereka mahukan sedangkan lelaki lain mampu berikan apa yang di perlukan tak mustahil mereka akan berpaling dari pasangan mereka.. 

lelaki kena peka dengan setiap perubahan pasangan mereka dari masa ke semasa, kalau boleh di perbaiki kenalah perbaiki mana yang patut jangan pandang remeh hal-hal yang macam ni dan jangan saling menyalahkan sesama sendiri bila masalah dah semakin rumit.. jalan penyelesaiannya berbincang mana yang patut dan kalau rasa tak boleh nak terima akan kecurangan yang di lakukan sila lepaskan dengan cara baik ... dari sakit hati biar sakit mata ... 


Nota : sekadar berkongsi pendapat dan tiada kena mengena dengan diri sendiri ... bahagia milik kita dan kita yang tentukan bahagia atau derita yang kita pilih.


14 March 2013

Awak Perempuan Saya Pun Perempuan




Walaupun saya perempuan tapi saya masih tak faham kenapa ada perempuan yang suka ganggu kehidupan orang lain walaupun perempuan tu dah ada pasangan.

Mungkin pasangan hidup perempuan tu tak cukup bagus atau tidak seperti pasangan hidup orang lain yang mereka hanya nampak pada "pandagan maya"

Kesian pulak saya tengok perempuan-perempuan yang macam tak cukup kasih sayang sehingga sanggup mencari kasih sayang dengan cara menganggu kehidupan orang lain. 

sudah-sudah lah tu ganggu kehidupan orang lain, tak akan ke mana pun lagi akan buat orang di sekeliling benci adalah...


* Kisah 1 *

Sorang perempuan ni dulunya pernah berkasih sayang dengan seorang lelaki yang mana hubungan mereka dah lama putus, sampai satu masa lelaki tuh jumpa penganti perempuan tuh.. boleh di katakan lelaki tuh dah bahagia dengan penganti perempuan tuh tapi malangnya perempuan tuh macam tak boleh terima hakikat yang lelaki tu dah ada penganti. jadi perempuan tu cuba tarik perhatian lelaki tu dengan macam-macam cara..

perempuan tu kata yang dia sakit dan tak boleh hidup lama dan hanya perlukan lelaki tuh untuk temankan hari-hari dia yang tinggal tak seberapa hari saja lagi... dalam masa yang sama perempuan tu dah ada penganti lelaki tuh ... 


* Kisah 2 *

situasinya lebih kurang sama dengan kisah pertama tadi .. masing-masing dah ada penganti tapi bila lihat lelaki yang pernah dia sayang bahagia dan gembira mula lah perempuan ni tak senang duduk dan mencari jalan untuk dapatkan balik lelaki tu...

"kita orang dah pernah bersama dia lelaki pertama yang sentuh saya" siapa yang tak sentap bila ayat macam tu di luahkan lebih-lebih lagi orang yang di maksudkan orang yang baru bertapak di hati ... huru hara tak huru haralah sekejap atas perbuatan perempuan tu...


** memang saya tak faham tak tak akan pernah mahu faham kenapa ada perempuan yang sanggup lukakan hati perempuan lain asalkan apa yang di mahukan akan tercapai. asalkan apa yang di mahukan dapat di miliki perasaan orang lain tak di pedulikan... 

sudah-sudahlah tuh lukakan hati orang lain dengan perbuatan yang ntah apa-apa.. kalau dah jodoh berpisah lama mana pun pasti akan bersatu jugak jadi jangan lah malukan diri sendiri jangan letak harga diri tu dekat tangga...


Nota : kalau tak mahu orang lain rampas apa yang kita ada jangan sesekali rampas apa yang orang lain ada ..

02 March 2013

Setia Atau Penyayang Mana Satu Pilihannya




Beberapa hari lepas kawan pejabat saya tanya satu soalan yang membuatkan saya berfikir panjang apakah jawapan yang patut saya berikan pada dia.. 

Kawan : kalau kau kan, kau akan pilih orang yang setia atau yang penyayang.

Aku : diam ( tak ada jawapan )

Kawan : kau kena pilih satu jer tak boleh pilih dua-dua .

Aku : Aku pilih orang yang setia lah..

Kawan : kalau macam tuh kau tak kisah lah kalau orang yang kau pilih tuh tak penyayang asalkan dia setia dengan kau.

Aku : tak ada jawapan ..

Kalau ikut akan fikiran aku yang tak berapa nak waras nie apa bezanya antara kedua-duanya ... kalau pilih penyayang tapi tak setia tak guna juga kan? dan kalau pilih setia tapi tak penyayang pun tak boleh jugak.. jadi baik tak payah ada pilihan..

kalau nak kata tentang setia masih ada lagikah manusia yang setia dalam perhubungan? dan kalau nak cari orang yang betul-betul penyayang pun mungkin dah pupus atau pun orang tu dah berpunya.. 

kawan aku kata lelaki akan cari lain sebab perempuan tak pandai jaga hati lelaki... sebenarnya kalau ikut lumrah kehidupan alam semesta lelaki kalau dah bosan akan mula cari macam-macam alasan untuk menutup kesalahan mereka sedangkan lelaki itu sendiri tak pernah nak puas apa yang dah mereka miliki ...

kawan aku kata lagi apa salahnya kalau berkongsi kasih sayang dengan orang lain sedangkan berkongsi itu kan manis... aku nak tanya lah di mana manisnya kalau perasaan itu tak boleh nak bersikap adil? mungkin kata-kata dan perbuatan boleh berlaku adil tapi perasaan tak akan mampu berlaku adil.

kalau macam tu aku kena timba ilmu dengan blogger INI bagaimana  mahu jadikan perkongsian kasih sayang itu indah KALAU itu yang berlaku pada kehidupan aku pada masa akan datang dan sekarang.


*drama sinetron*

"saya tak cukup baik untuk awak ke sampai awak nak cari satu lagi"

"bukan macam tuh, awak kena faham yang saya perlukan seseorang yang boleh faham saya"

"saya nie tak cukup faham awak kah"

"awak dah cukup faham saya cuma saya perlukan seseorang tu je"

"lelaki memang macam tu, tak pernah nak cukup"


kalau nak cakap pasal lelaki sampai bila-bila pun tak akan habis jadi nya korang sendiri lah yang tentukan bagaimana kah sikap lelaki-lelaki yang korang kenal ye ... lain orang akan lain sikap nya 


Nota : Happy Birthday Nuffnang ... mood tak begitu stabil untuk blogging ... Al-Fatihah buat arwah Abang Jai .. 




08 February 2013

Jangan Pertikaikan





Jangan pernah pertikaikan sayang saya pada "dia" sebab .... tak ada sebab untuk saya nyatakan di sini tapi cukuplah saya dan "dia" tahu ..

mana ada manusia yang sempurna dalam dunia nie, begitu juga dengan saya... ketidak sempurnaan itu bukan penyebab untuk saya kurangkan sayang saya ... 

saya benarkan "dia" lakukan apa yang dia mahukan asalkan "dia" gembira tapi bukan itu bermakna saya tidak sayangkan "dia" jangan kata yang saya tidak sayangkan "dia" kerana benarkan dia lakukan begitu.. biar saya dan "dia" saja yang tahu ....

cukup saya katakan di sini yang saya gembira dengan kehidupan saya sekarang dan saya cuba dan terus cuba jadi yang lebih baik daripada sekarang ... tak kisahlah apa pun pandangan orang lain dan apa yang orang lain mahukan katakan tentang "kami"

"pause"

jiwang pulak budak comot nie macam nak kena lempang laju-laju je gayanya.. hahahahah 

kenapa pulak tak boleh nak jiwang-jiwang bukan nya selalukan .. bukan ke perasaan yang ada dalam diri kita nie anugerah yang tak ada nilainya .. masakan mahu jadi manusia yang tiada perasaan ....

"pause"

ramai pulak yang tanya siapa gerangannya....
alahai kena mantion kah? tak perlulah mantion sekarang, bila tibanya saya akan bagi tahu itu janji saya ... bukan apa tak mahu show off over sangat kang ada yang meroyan sambil baling kerusi kerana marah ... 

"play"

dalam hidup kita nieh perjalanannya terlalu panjang, ada masanya kita akan gembira dan ada masanya kita akan bersedih ... dan ada masa-masanya kita akan di hadiahkan dengan dugaan .. semua tuh bukan petaka tapi dugaan yang datang pada kita itu adalah ujian buat kita sekuat mana kita untuk lepaskan diri kita dari dugaan tuh ... dan kalau belum apa-apa dah menyerah kala makanya kita gagal jadikan diri kita kuat....



Nota : simpan bahagia untuk diri sendiri .. sampai masanya pasti akan di kongsikan dengan kawan-kawan tersayang .....




19 October 2012

Sebuah Kisah Indah | Jawapan Kata Hati Saya




"Siapa awak nak pertikaikan kehadiran saya dalam kehidupan "dia" sedangkan saya tak pernah kenal awak dan tak pernah ganggu kehidupan awak ....."

"awak tak aras bersalah kan ganggu kehidupan orang lain sedangkan awak sendiri sudah ada kehidupan dengan orang lain selepas "dia", jadi apa lagi yang awak mahu"

beberapa ketika saya hanya mampu ketuk-ketuk keyboard tanpa berbicara sepatah apa... hati saya jangan di tanya bila keadaan macam itu berlaku.....

siapa tak baca "sebuah kisah indah" boleh lah baca dari entry tuh dan dari situ korang akan tahu kenapa ada nya entry ini..

"tolong jangan rampas gembira saya sebab saya tak pernah rampas gembira awak.. kalau awak sakit hati dengan kehidupan saya itu bukan salah saya .... saya bukan penyebab awak kehilangan "dia" atau saya bukan penyebab awak kecewa..."


Nota : ketuk-ketuk keyboard sambil pandang lappy dalam mood yang tak menentu


02 July 2012

Apa Yang Bermain Di Fikiran








kenapa bila kita buat salah tak ada yang nak tegur tapi di balas dengan kemarahan.. bila kita terlalu jujur dalam semua hal akan lain jadinya.. kadang-kadang terfikir adakah ini yang kita pilih..

bangun pagi baru sedar yang saya semuanya hanya kerana tindakan saya yang susah nak jangka... kadang-kadang tanpa sebab saya akan marah susah nak jangka bila datangnya marah tuh....

saya akui ini bukan yang pertama, bukan juga ke dua atau yang ke tiga.. saya tak tahu ini kali yang keberapa kita lalui keadaan macam nie...

pagi isnin yang penuh dengan kecelaruan dan kesedihan..
semuanya serba tak kena.. pandag phone fikir banyak kali sama ada nak call atau nak text ... last nya letak saja phone atas meja kerja ..

-> maaf andai tindakan saya mengecewakan awak saya tahu awak kecewa dengan tindakan saya sedangkan kita sentiasa gembira sebelum-sebelum nieh


25 September 2011

Lelaki Feminin?

Haha.. Tajuk kontroversi untuk entri kali ni. Dah lama nis tak tulis entri sebenarnya jadi bila dapat idea nis terus keluarkan. Rindu rindu rindu dengan dunia blog.

 

Pernah dengar fasal lelaki feminin?

 

“Oh, lelaki lembut kan?”

 

Tak! Tak! Maksud dia bukan lelaki lembut yang korang panggil sotong tu ok!

 

Lelaki feminin ni maksud dia lelaki yang ada ciri-ciri perempuan dalam diri dia.

 

Lelaki sebenarnya ada tiga jenis. Yang berciri maskulin, iaitu ciri lelaki sejati (bukan bermaksud lelaki feminin bukan lelaki sejati. Jangan salah faham), yang berciri feminin dan lelaki yang ada kedua-dua ciri ni.

 

Nak tanya, nis pasti yang baca blog ni bukan semuanya perempuan. Ada tak antara lelaki di luar sana yang kadangkala orang tersalah panggil kakak, atau ada orang kata dia cantik? Mesti ada. Mengaku je la..

 

Benda ni sebenarnya nis terbaca dalam majalah (tak pasti Remaja atau Reader’s Digest sebab dah lama baca kedua-dua majalah tu). Menurut kajian, perempuan lebih berminat pada lelaki yang bersifat maskulin pada masa subur (bergantung pada kitaran haid seorang perempuan, waktu subur berada di tengah-tengah antara dua haid.) dan lebih tertarik pada lelaki yang bersifat feminin pada waktu haid.

 

Jadi lelaki yang ada sifat feminin adalah lelaki yang beruntung sebab sebenarnya diorang tak perlu risau dimarah teruk bila awek-awek di luar sana sedang PMS (semua orang tau PMS kan?).

 

Lagi beruntung kalau lelaki tu ada kedua-dua sifat feminin dan maskulin. Kenapa? Alah, faham-fahamlah sendiri.

 

NotaBuku:

He is both :)

16 July 2011

Percaya Padaku

“Awak balik hari ni?”
”Ya.”
”Keretapi malam?”
”Ya. Kenapa?”
”Saya di stesen.”
”Buat apa?”
”Tunggu adik. Adik saya balik naik satu keretapi dengan awak.”
”Alamak terlupa. Nak jumpa?”
”Kalau sempat. Saya pakai baju kuning dan seluar sukan.”

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

“Hahaha.. Berkejar-kejaran dengan keretapi,”
”Haha.. Macam cerita hindustan,”

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

“Awak, saya rasa saya macam ada tanda-tanda nak terjatuh cinta dengan seorang blogger tu. Ah sudah!”
”Siapa?”
”Biarlah. Lagipun saya cuma akan bercinta dengan orang yang akan jadi isteri saya,”

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

“Awak, saya ada sesuatu nak beritahu pada awak,”
Agar kau tahu betapa ku terlalu mencintaimu
Aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

“Awak, macam mana ni? Saya dah terlanjur hantar mesej pada dia,”
“Beritahu sajalah,”
“Esok mesti dia tanya,”
“Terus terang saja,”
“Takut,”
”Nak takut apa? Awak dah hantar,”
”Baik. Berani buat berani tanggunglah,kan?”
”Ya, tentulah,”
“Awak, saya tak dapat tidurlah,”
“Jangan risaulah. Tak ada apa-apa akan berlaku,”

Tolonglah aku, bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu dalam hatiku
Ku cinta padamu

“Awak jatuh cinta pada saya?”
“Ya,”
“Macam yang saya katakan, saya cuma akan bercinta dengan isteri saya. Awak sudi jadi isteri saya?”
“Yup,”
“Jadi bila awak habis belajar?”
“Insya-Allah setahun setengah lagi.”
“Awak fokus pada pelajaran… Duit saya tak cukup lagi nak kahwin. Saya terima cinta awak,”
“Terima kasih, (tak terkata apa)”
“Saya pun dah malu dah ni,”
^_^
“Jadi tunggu awak habis belajar dalam setahun setengah. Kemudian kita kahwin. Bila dah kahwin awak boleh kerja ikut cita-cita awak atau kerja bersama saya,”
:)
“Jadi apa yang awak nak daripada saya?”
“Erti hidup bukan untuk menerima tapi memberi. Tak perlulah awak risau (sebenarnya saya nak cakap, saya cuma nakkan awak,)”

pencuri hati http://www.facebook.com/photo.php?fbid=113245258687383&set=a.156606511017924.34552.100000057288552&type=1
Saya sudah terkena. Awak?

NotaBuku:
Klik pada gambar untuk sumber asal.

06 June 2011

aKu DaN KeNanGaN | BanYak Yang DaH BeruBaH

Hampir 10 tahun aku tak balik johor, last balik johor masa kakak aku kawen pada tahun 2002 kalau tak salah aku ... Memang aku sengaja elak dari balik johor sekalipun pada hari raya ...

Setiap tahun selepas tuh aku dengan family aku beraya dekat Shah Alam tak pun pergi bercuti dekat mana-mana tempat percutian dalam malaysia .. Tapi makcik ngan pakcik aku tak pernah lupa kirimkan duit raya walaupun sekarang ni aku dah kerja dan ada pendapatan sendiri..

Baru-baru nieh aku balik johor sebab pakcik aku meninggal dunia, semua adik beradik pakcik aku ada kecuali pakcik aku yang dekat dubai jer yang tak balik sebab awal bulan lepas dia baru balik sini, sepupu-sepupu aku semua ada dan terasa suasanan seperti 10 tahun lepas sebelum aku tinggalkan johor waktu aku masih mahu pulang ke sana ...

Entah kenapa aku tak rasa sedih, bukan tak ada perasaan tapi itulah hakikatnya .. sila jangan kata aku tak ada perasaan ....

Rupanya banyak yang berubah, sampai aku lupa tempat tuh sedangkan dulu itulah tempat aku main bila balik sana .. pusing satu taman naik motor, sampai langgar tiang lampu dan banyak kenangan yang aku lupakan hanya kerana beberapa pekara yang menyakitkan hati aku..

Aku dah terbiasa hidup dekat bandar sejak kecik lagi, tapi tuh tak bermakna aku terlalu bebas buat apa jer ... setiap gerak aku ada batasnya .. tapi makcik aku pernah kata yang kita orang adik beradik terlalu sosial dan mak ngan ayah aku hanya biarkan jer ...

Aku lebih tahu adik beradik aku macam mana dan macam mana mak ngan ayah aku didik kita orang ... sebab tuh buatkan aku tak mahu balik johor lagi .. balik pun bila ada majlis besar jer.. mungkin Tuhan nak tunjuk setiap apa yang di katakan ada balasan nya ...

tak payah citer apa jadi itu hanya bukak aib orang, dah jadi tak baik pulak kan ..

kita tak boleh pandang orang hanya dengan sebelah mata, jangan pandang hanya rupas paras, itu semua tak penting .. apa yang penting hati.. untuk apa bersama dengan seseorang hanya kerana rupa sedangkan hati dia kita tak tahu ...

7 tahun perjalanan mencari bahagia.. tapi tak jumpa-jumpa, dekat mana bahagia itu berada aku tak tahu... malam semalam berbual dengan seseorang.. seseorang yang buat aku gelak dengan sikap dia ... tapi di sebaliknya ada sesuatu yang buat aku fikir panjang...

Aku tahu dan dia jugak tahu yang kehidupan kita orang terlalu berbeza, andai memang jodoh aku dengan orang itu adakah aku bersedia tinggalkan apa yang aku ada sekarang untuk masuk ke dalam dunia dia yang aku tak pernah terfkir ... sungguh aku tak ada jawapan ??? mungkin masa dan keadaan akna mengubah segalanya bila semua itu berlaku.. dan aku harus akur dengan apa yang telah Tuhan tentukan buat aku ...

teringat perbualan aku dengan kubi sebelum dia kawen "tuhan dan bagi jodoh tak nak tolak lagi, dah banyak kali tolak takut Tuhan marah" aku selalu kata kalau ada calon aku akan terus nikah dan bercinta lepas kawen .. Nak tunggu aku yang cari memang tak adalah jawabnya.. tak ada hal perigi cari timba zaman sekarang nieh tapi aku malas nak cari ... "apa yang datang itu jer yang di ambik" macam yang kubi kata pada aku ... tapi kena tengok jugak untuk jangka masa panjang..

Nak kata aku hipokrit sebab tak pandang pada harta, katalah apa pun.. buat apa ada harta yang banyak kalau ada yang kurang ... ada harta yang banyak pun kalau tak bahagia tak guna jugak ...


25 May 2011

DaLaM PenCaRiaN CinTa

N : kenapa awak selalu tolak cinta yang datang?
Aku : banyak sebabnya, rasanya tak salah kan?
N : awak macam tak hargai perasaan orang kat awak
Aku : bukan tak hargai cuma ada sebabnya

bicara aku dengan seorang kenalan beberapa hari lepas, eHhh dia bukan mahu ngorat aku cuma dia hanya bertanya tentang itu pada aku...
buat N aku jawab sini saja dan harap lepas nieh semua persoalan terjawab dengan jelas...

Aku perlukan seseorang yang boleh bimbing aku ke jalan yang betul dan bukannya hanya untuk keseronokkan semata-mata .. seseorang yang mampu ubah kehidupan aku jadi lebih baik...

Beberapa hari lepas juga aku berbual dengan seseorang yang pada suatu ketika dulu dia benci kat aku hanya kerana dua pekara, itu pengakuan jujur dia tapi tak pulak kau benci dia..

kata-kata itu sangat-sangat terkesan kat hati aku, dan aku kata pada diri itu yang aku cari selama ini.. hati aku tenang dengan kata-kata dia..

dalam ramai-ramia naper dengan dia jugak yang aku terkesan dengan kata-kata yang di tulis buat aku?

dia tanya aku lagi bila aku nak nikah?

insyaallah kalau aku jumpa calon yang sesuai seperti mana yang aku mahukan aku akan nikah hujung tahun depan .. rasanya setahun tuh cukup untuk aku belajar banyak pekara dan ubah diri aku jadi lebih baik lagi...

ini serius bukan main-main, masa aku untuk main-main dah habis, sudah sampai masanya kau kena fikirkan tentang kehidupan masa depan pula... dan jawapan kau di sambut dengan baik ...

masih lagi tiada perjanjian rasmi dengan sesiapa buat masa nie, jadi aku masih belum terikat dengan sesiapa ... pada aku biarlah masa dan keadaan yang tentukan semuanya, kau hanya merancang tapi Allah yang akan tentukan segalanya...

Aku bukan baik mana jadi aku tak lah letakkan haraan tinggi untuk dapat yang terbaik buat diri aku.. cuma yang aku harapkan orang yang mahu bersama aku boleh terima aku seadanya dan boleh bimbing aku..

- tak suka sms dan call
- tak suka orang cerewet
- tak suka kuar rumah kalau tak ada hal
- tak suka kena kongkong
- tak suka budak-budak
- tak suka orang banyak tanya benda yang sama
- seorang blogger tegar
- tak suka kena paksa

yang penting aku tenang sekarang nieh sikit pun aku tak rasa nak marah... harap ketenangan tuh akan kekal selamanya ...



17 May 2011

Bila Aku Jatuh Cinta #6

Sebab nis berani berkata ya:

1. nis tahu dia hanya akan bercinta dengan bakal isterinya – sebab nis yang pancing jawapan itu tanpa dia sedar.

2. nis kenal dia lebih dari setahun – sebenarnya sejak nis guna blog pertama lagi nis sudah kenal namanya, tapi dia tak kenal nis.

3. nis pernah berurusniaga dengan dia – walaupun bukan dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk perjanjian. Terkadang dia memang lambat, tapi dia takut dengan “editor yang garang”. Namanya pun garang. Hahaha.. *tapi dia kata nis tak garang kebelakangan ni =.=” Minta kena gigit ni…*

4. nis seorang stalker yang berjaya *ini dia yang kata*. Sebab nis tahu di mana dia belajar, bidang apa, kerja apa, sampai nis jumpa nama penuh dia lagi – lepas ikut nasihat dia supaya stalk bukan di fb tetapi guna google. *bak kata dia, kalau tak tahu jangan harap nak tanya. Lagi sanggup pergi google sendiri*

Tujuan utama nis stalk dia guna fb adalah kerana dia pasti akan jadi lebih jujur dengan teman sekolahnya berbanding nis. Tapi sebenarnya tak perlu – sebab kadangkala nis rasa dia terlalu jujur dengan nis.

5. nis dah selongkar dua buah blog hasil tulisan dia dan banyak kisahnya yang nis tahu dari situ.

6. Dia suka terlepas cakap benda yang tidak berapa perlu nis tahu tentang diri dia. *pagi-pagi cakap fasal ulat T_T dahlah nis fobia. Bagi Black Widow baru tau.*

7. Belum pernah lagi setakat ini kami bertelagah tentang sesuatu yang tidak ada faedah sama sekali melainkan salah seorang akan sedar dan bawa kami pulang ke persoalan asal – selalunya dia. nis memang suka melalut sebab nis budak debat.

8. Ramai teman-teman yang tahu nis sukakan dia. Erm.. Nampak sangat ke? T_T

9. nis percaya dia takkan sia-siakan nis.

10. Dah namanya pun nis yang mengaku dulu nis sukakan dia sedangkan dia tak pernah mengakui dia sukakan nis – nis main teka-teka saja sebelum approach dia. Icon HATES LOVE beberapa minit selepas nis mengaku nis sukakan seorang blogger buat nis lebih yakin. Soalan nis – kenapa dia tak tanya siapa blogger yang nis maksudkan tu T_T Kan dah malu… Hehe.. *nis lagi malu*

16 May 2011

Bila Aku Jatuh Cinta #5

Jalan menuju cinta ada dua – sebelum nikah atau selepas nikah. Yang selalunya kekal adalah cinta selepas nikah – sebab cinta selepas nikah lebih besar nilainya.

Waktu itu masing-masing baru kenal hati budi. Masing-masing ingin tahu tentang pasangan masing-masing. Banyak yang hendak dilakukan bersama untuk memahami pasangan.

Tak seperti pasangan yang bercinta sebelum nikah, kadangkala luar dalam semuanya sudah diketahui. Bila bernikah, rasa jemu mula wujud kerana tidak banyak yang boleh dilakukan untuk meluangkan masa memahami pasangan – dan dalam tidak sedar, rasa cinta mula luntur.

Sifat manusia memang sentiasa ingin tahu – bila sudah tahu, dia akan jemu dan mencari yang lain.

Ada orang akan kata – kau cakap saja lebih. Kau pun berpacaran juga sebelum ni kan?

Ya – di alam maya, tanpa perasaan.

Pertama kali ada orang mengakui aku teman wanitanya – aku langsung tak tahu sejak bila aku jadi pacar dia. Aku ikut saja apa dia buat tapi dalam hati langsung tak ada perasaan. Realitinya aku tak pernah merasa dia pacar aku. Sekadar ungkapan kata tanpa rasa. Untuk mengakuinya sebenarnya pahit – aku cuma bermain-main. Sebab aku tak pernah percaya dia akan jadi jodoh aku. Dan bila dia menjauh – titik. Permainan sudah tamat dan aku menang. Tak perlu berbalik lagi. Dan jangan pernah mengaku aku janda kau. Aku masih dara dan tak pernah bernikah dengan sesiapa.

Kali kedua – masih tanpa perasaan. Dia kata mari berpacaran. Aku cuma kata okey. Dalam hati kata – macam betul je ko nak kawen ngan aku. Boleh percaya ke? Sebab aku cuma kenal dia beberapa bulan saja. Bila aku dapat tahu dia sebenarnya mencari alasan untuk menghentikan semua permainan ini aku terus hubungi dia dan aku yang beri kata putus. Titik.

Cukup dua permainan yang sebenarnya meyalahi prinsip aku. Kalau dilihat, dua “cinta” itu kedua-duanya di alam maya. Kenapa? Sebab aku tak mahu jadi pacar orang.

Aku cuma mahu jadi isteri yang taat, yang mencurahkan cinta kepada seorang suami – bukan kepada orang lain. Cinta aku masih aku simpan kemas-kemas. Jangan risau, yang terlepas keluar itu bukan cinta. Aku tak berani berikan cinta.

Eh, siapa T?

Ya, aku sayang dia. Tapi masih juga tak boleh berikan cinta. Lebih daripada teman biasa.

Kali pertama aku luahkan perasaan – dia terus bertanya – sudikah aku jadi isteri dia?

Dan jawapannya – ya.

Kenapa ya? Tunggu episod seterusnya.

15 May 2011

Bila Aku Jatuh Cinta #4

Nampak tak ayat terakhir dalam kerja sengal dia? *Rujuk entri #3*

Apa yang nis sebut semuanya soalan. Pandai betul dia meneka =.=” Sebabnya, nis dilatih untuk bangun setiap pagi dan terus tahu apa yang perlu dilakukan untuk hari itu tanpa perlu disuruh lagi.

Sifat lelaki idaman nis #3: Pandai berhumor. Memang tepat pada dia. Betul tak? Haha.. *Kalau tak faham sila rujuk entri Bila Aku Jatuh Cinta#2*

Sifat kelima: Tahu apa yang nis mahu – Rasanya dia tahu. Setiap perbualan kami ada hasilnya. Bukan sia-sia. Sebab walau apa pun yang kami bincangkan akhirnya akan bawa persefahaman. Satu perkara yang penting dalam mengukuhkan hubungan.

Tapi memang nis rasa kerja yang dia buat tempoh hari adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Sebaik sahaja nis kata nis tak kisah kalau nikah tanpa apa-apa majlis *nis memang tak suka majlis perkahwinan. Leceh.* dia terus beritahu pada ibunya tentang nis.

Dan satu perkara yang pasti – kenal di alam maya tak sama dengan alam realiti. Permohonan ditolak. nis gelak saja. Dia pun buat tak tahu saja.

Masih banyak masa untuk kami berdua. Janji kami pun masih lagi setahun setengah. Tidak ada apa-apa yang perlu dikejar. Tak perlu bimbang tentang usia kerana nis baru nak masuk 21 tahun dan dia pun baru 22 tahun.

Yang penting sekarang, kami perlu aturkan pertemuan kedua dan seterusnya. Kenal dulu antara satu dengan yang lain seperti yang disyaratkan ibunya.

Tapi satu persamaan lagi antara nis dan dia – kami sama-sama mengimpikan sebuah perkahwinan yang dibina dengan asas cinta selepas nikah. Yang perlu ada itu bukan cintanya, tetapi nikah. Cinta boleh dibentuk.

13 May 2011

Bila Aku Jatuh Cinta #3

Sengal #1

+ nis: Laki masak selalunya sedap.

+ dia:
Tapi sebenarnya…

Member: Apa ada dalam peti ais?
T:air, kicap, telur, tomato, sos, maggi bla bla bla
Member: Masukkan semua bahan.

Macam tu la sebenarnya lelaki masak.

+nis: Erk~

 

Sengal #2

+dia: ulat yang T bela dah jadi kepompong.

+nis: Haha.. Eloklah tu.

+dia: Orang lain pagi-pagi ucap selamat pagi atau bagi morning kiss. T tak. Awal pagi cakap fasal ulat. Nasib ko la nis dapat orang macam T ^_^. (take note, dia dah mula tiru icon nis. Hehe…)

+nis: nis pun sama. Pagi semalam nis terus minta next episod kan?

+dia: Orang lain lepas kawen…

Bini: Abang, bangun. Dah pukul 8. I dah siapkan nasi goreng.
Laki: Jap! Lagi 10 minit!

Kita nanti mungkin…

nis: Dah bayar bil air? Dah cuci kereta? Dah hantar anak ke sekolah? Dah bayar gaji pekerja?
dia: Baru pukul 6.30 kut (sambil cari hamster yang hilang)

 

NotaBuku:

Sama sengal. Perangai macam hampagas. Hahaha..

04 May 2011

Bila Aku Jatuh Cinta #2

Yang pertama nis lakukan adalah memeriksa senarai kriteria “Lelaki Idaman” yang pernah dibuat.

Ya, semua gadis ada senarai ini dalam sedar atau tidak. Semua lelaki juga memiliki senarai kriteria “Gadis Idaman”.

Siapa yang pernah tengok cerita Beauty and Briefcase mesti lebih faham, tapi tak bererti orang lain tak faham apa yang nis maksudkan dengan kriteria lelaki idaman.

Contohnya, nis mahukan lelaki yang lebih tinggi daripada nis (tinggi nis 165cm, agak tinggi untuk seorang gadis Asia. Di Malaysia, purata tinggi perempuan adalah sekitar 150-160cm).

Satu demi satu senarai tu nis perhatikan balik beberapa kali sebenarnya. Dan hasilnya..

1. Tinggi
2. Bijak
3. Pandai berhumor
4. Romantik
5. Boleh faham apa yang nis mahu
6. Tampan
7. Tak mengongkong
8. Tahu jaga penampilan diri
9. Ada cita-cita
10. Ada minat yang sama

Semuanya nis buang? Hahaha.. Buang masa saja senaraikan kan? Tapi kalau diikutkan mungkin cuma no. 5 sahaja yang belum tentu. 9/10?

Kalau disenaraikan lagi mungkin lebih panjang. Contohnya, dia sanggup korbankan sesuatu untuk nis. *masih teringat status sadis tu*

Oh, bercakap tentang status..

tya

Hahaha… Kalau dia tahu apa yang nis buat dengan status dia mungkin dia akan malu atau tergelak besar tengok perangai nis macam budak tak cukup umur. Atau dia akan cakap “Woih ! Status aku tu !” (ini cara dia menaip).

Kalau nak tengok wallpaper desktop nis yang terbaru, itulah dia.

Kenapa nis buat status dia jadi wallpaper? Sebab nis pentingkan nilai sentimental dalam sesuatu perhubungan. Kalau dia sanggup korbankan benda-benda tu semata-mata untuk nis, kenapa nis tak boleh hargai? Bukan mudah nak korbankan benda yang kita betul-betul nak (dan sebenarnya dia boleh beli sekarang pun, rasanya) untuk sesuatu yang belum pasti.

Tapi bila ditanya macam mana nis boleh jatuh hati pada dia, nis tak tahu nak jawab apa. nis tanya balik, “Perlu ada sebab ke?”.

Bagi nis, cinta tak perlu bersebab. Cinta yang ada “sebab” untuk muncul, pasti akan jadi hambar atau hilang selepas “sebab” itu hilang.

Yang pasti, nis jatuh hati kerana dia yang nis kenal. Mungkin orang akan pertikaikan hubungan sekadar di alam maya dan sebagainya. Pernah jumpa pun secara kebetulan dan cuma sekali. Tapi kalau pengalaman selama berhubung dengan dia menunjukkan yang dia bukan jenis lelaki yang tak boleh dipercayai; dan perbincangan melalut-lalut kami pun tak semelalut mana *takkan aku nak cerita semua kat sini kut. Tak perlu kan?*.

Pertemuan seterusnya? Dalam perancangan. Kalau boleh nis nak bawa dia jumpa keluarga secepatnya tapi risau pula dengan niat ayah yang kata nak nikahkan saja terus kalau ada orang datang merisik kami adik-beradik yang perempuan. Takut dia tak bersedia lagi untuk komitmen mengejut macam tu. Kalau tanya nis, mestilah nis sedaya upaya persiapkan diri untuk jadi isteri sebab nis dah tahu dari awal lagi niat ayah.

Oh, ya. nis ada tulis tentang wishlist di blog, tapi nis tak tulis yang satu ni sebab tak nak ayah nampak. – Nak kahwin pada umur 20 tahun (umur nis sekarang 20 tahun 8 bulan)-

Nampaknya yang itu kenalah dibuang, kan? Tak apalah. Umur 22 pun masih dikira muda lagi untuk memegang status “isteri orang”.

Thanks so much to my laling Namia and some more who had helped me through till we can be together like it is now. If it is not because of you I may lose him and have to find someone else. Just hope we will make it till the end.

NotaBuku:
Maaflah, saya merepek tapi bukan sambil makan kerepek.

03 May 2011

Gila Sengal

Gila

Memang gila

Apa yang aku buat semalam semuanya kerja berani mati

Tapi paling tidak hasilnya tidak mengecewakan

Tak sia-sia sebenarnya

Tapi aku masih mahu bertanya satu soalan

Yang jawapannya aku rasa aku sudah tahu

Dari apa yang dicoretkannya pada dinding-dinding

Aku perhati semula dari awal sampai akhir

Dan dari apa balasannya terhadap soalanku

Tak sengaja aku pendam

Kerana tiap kali aku hendak bertanya

Tertawa aku sendiri dengan tingkahku

Seperti anak-anak tak kecukupan jajan

Sayang

Benar sayang

Entah dari mana datang

Bila dia tanya tak mampu aku menjawabnya

Dan berlalulah soalan itu begitu sahaja

Cuma mampu aku ucapkan

Sekadar terima kasih

Kerana menerima cintaku

02 May 2011

Bila Aku Jatuh Cinta

Pedihnya rasa hati memendam rasa.

Orang lain sudah perasan status aku di fb memang kesengalan merapu-rapu berkata tentang hati dan rasa.

Tapi aku tak tahu dia faham atau tidak siapa yang aku maksudkan tu.

Dalam ramai-ramai blogger yang aku jumpa, cuma dia seorang yang terasa dekat benar dalam hati aku.

Tapi bagaimana untuk aku mengungkap kata.

Mungkin dia tidak faham apa maksudku menulis status tempoh hari.

Sengaja aku tulis selepas dia memberitahu rasa hatinya tapi tak memberitahu rasa itu pada siapa.

Tapi itu bukan kali pertama aku luahkan perasaan aku terhadap dia.

Beberapa minggu sebelum ini juga pernah tapi mungkin dia tidak tahu kewujudan entri itu.

Dan sehari sebelum dia memberitahu yang dia ada tanda seperti akan jatuh cinta terhadap seorang blogger, aku sendiri mengakui aku terjatuh hati pada dia, dan di khalayak ramai sebenarnya. Cuma dia takkan tahu sebab aku pasti dia memang tidak ada di situ.

Aku bimbang sekarang, status yang aku tulis itu mengubah hatinya kalau benar apa telahan aku.

Aku tak sanggup kehilangan lagi.

Benar aku tak pernah sanggup merasakan kehilangan. Apatah lagi kehilangan yang berulang.

Aku dan dia sedang menanti dan secara tiba-tiba rasa untuk menanti itu hilang pada masa yang sama.

Kebetulankah itu?

Atau suratan?

Keliru ku keliru baca isi hatimu

Ku perlu jawapan. Katakan ya atau tidak.

01 May 2011

Kisah Gadis Sepi

Dalam hati si Gadis Sepi ada yang mengusik rasa. Apakah sudah jatuh cinta lagi, atau sekadar penghias di pinggir jiwa?

Lagi sekali si gadis jatuh hati dengan seorang yang bergelar blogger. Tapi belum pasti, apakah itu cinta, atau cuma lintasan hati yang lalu sebentar cuma.

Jika itu cinta, maka bertuah benarlah rasa hati. Persamaan demi persamaan yang terungkai antara mereka boleh menjadi pengukuh ikatan.

Andainya sekadar rasa yang menghuni hati sementara waktu, masih bertuah kerana sempat menikmati bahagia yang sebentar.

Tapi hakikatnya…

Gadis Sepi sedang menanti seseorang untuk kembali menyinari hati.

Si jejaka juga begitu, menanti waktu untuk menunai janji pada sang cinta yang menolaknya dahulu.

Apakah takdir sengaja menemukan dua hati ini untuk berkongsi rasa dan cerita, atau sekadar kebetulan saja?