Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

25 February 2013

Mengenali Pembaca Setia






Penting sangat kah mengenali pembaca setia sesebuah blog?
mungkin ada yang akan kata tidak begitu penting tapi sebenarnya ianya agak penting jugak dan bila kita dah mengenali pembaca setia blog kita tak lah kita menulis sesuatu yang agak berat untuk di terima oleh pembaca setia blog kita ....

contohnya kita menulis isu politik sedangkan pembaca blog kita lebih sukakan penulisan yang agak santai berbanding dengan isu yang agak berat jadi mereka tak akan baca sehingga habis apa yang kita tulis pada hari tersebut.. itu contoh je lah kan sebab lain orang lain minatnya...

kalau lihat pada draf dekat atas tu korang dah boleh agak pembaca blog ni terdiri dari pembaca yang bagaimana dan jantinya ... dan apa yang saya baru tahu kebanyakkan pembaca blog saya nie ada lah mereka yang sudah mempunyai anak ...

merujuk pada entry INI dan INI  buatkan saya lebih tahu apa yang di mahukan oleh pembaca blog saya.. 

saya sendiri masih belum mahir sangat tentang Alexa nie banyak lagi yang saya harus belajar ... 

dulu-dulu masa mula-mula pada saya semua ni tak begitu penting tapi makin lama saya rasa ianya perlu dalam setiap sesebuah pembinaat blog .. ibarat macam kita membina bangunan kalau tak ada tiang apa akan jadi dengan bangunan tersebut kan .....


Nota : masih lagi menimba ilmu .. jadi masih lagi banyak yang kurang ...

13 August 2012

IFTAR Di Warisan Kasih Sungai Kelambu Banting





Terima kasih keada Team Denaihati kerana sudi menjemput saya ke majlis Iftar di Warisan Kasih yang terletak di Sungai Kelambu banting selangor pada 8 ogos 2012 yang lalu..

Turut serta di majlis tersebut Rakan Blogger, Media, E-Qurban dan DPIM dan tidak lupa juga warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tafiz yang di jemput sama pada majlis tersebut..




seperti yang di katakan oleh Haji Masrukhin Marzoki kepada kami pada Majlis tersebut "ada kalanya kita semua terlepas pandang kebajikan ibu bapa yang bukan sekadar mengharap anak-anak memeberi perlindungan tempat tinggal tetap kasih sayang dan perhatian juga di perlukann, namun alasan keduniaan sering menjadikan sesetengah anak lupa kepada jasa dan pengorbanan ibu bapa menyebabkan ada yang berkecil hati dan mahu keluar dari rumah anak-anak untuk mencari sedikit ketenangan di hujung usia"

Di warisan Kasih hanya mempunyai 15 orang penghuni namun kebanyakkan mereka datang ke sini secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia di sini menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana lebih kondusif atau selesa.


Turut serta pada Majlis tersebut syarikat E-Qurban Resourses Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikan Al-Ansar yang semakin di kenali oleh rakyat Malaysia telah berperanan sebagai medium atau perantaraan kepada umat islam untuk melakukan ibadah qurban dan aqiqah terutama di kalangan saudara islam di kemboja.

mengikut perancangan, mereka sekali lagi akan membawa kumpulan media untuk menjelajah ke daerah dan perkampungan islam di sana sekaligus menyambut hari raya haji si sana. di samping menyaksikan sendiri bagaimana ibadah qurban dan agihan di lakukan di bawah seliaan Koperasi Muslim Kemboja. i di tubuhkan oleh Kumpulan Al-Ansar dalam usaha membantu rakyat memperbaiki sosio ekonomi dan mempertingkatkan pendapatan masyarakat khususnya di kalangan umat islam.


terima kasih atas jemputannya, semoga usaha mereka itu di berkati dan akan lebih ramai yang turut serta.. sejujuranya saya katakan majlis pada hari tersebut berakhir dengan sempurna walaupun perjalanan dari shah alam ke banting mengambil masa selama 1 jam.. semoga kita bertemu lagi pada majlis akan datang...


Nota : maaf andai penulisan ini tidak sempurna.. tak berapa nak reti menulis dalam format formal...

12 July 2012

Menulis Di Blog Eyriqazz





Pagi-Pagi saya baca entry Eyriqazz tentang GM KLANG tengok gambar Eyriqazz pakai topi pink yang cute tuh buatkan saya teringat sesuatu jadi saya pergi balik dan cari apa yang sedang saya fikirkan.. jumpa jugak apa yang saya cari ....

rupanya dah sebulan saya biarkan tawaran Eyriqazz tuh, bukan saya sengaja cuma memang saya tak follow up dah lepas tuh jadi saya tak tahu apa keputusannya...

Saya pun masih tak tahu apa yang saya mahu tulis untuk blog Eyriqazz tak apa lah simpan dulu lah bila dah tahu apa nak tulis baru bagi pada Eyriqazz ..

terima kasih sesangat pada Eyriqazz sebab bagi peluang saya menulis di blog yang di kenali ramai ..


*boleh lawat blog Eyriqazz SINI


10 July 2012

Di Seminar Jom Kurus





Ahad lepas berlangsung nya seminar jom kurus anjuran Kevin Zahri dengan kerja sama Prince Court Medical Center. terima kasih kepada Puan Bee kerana membawa kami bersama sertai seminar jom kurus tak lupa pada Kevin Zahri kerana meluangkan masa untuk kami di seminar jom kurus



"saya datang seminar jom kurus sebab nak kongsi tips dengan kawan-kawan yang lain" itu jawapan yang saya bagi pada Kevin pada sesi suai kenal .. yer lah kalau saya kata nak kurus memang sangat lah melampau kan.. nanti dia kata nak kurus apa lagi hehehehe...

tengok jer gelagat diorang yang datang tuh macam mana gayanya belum seminar bermula dah meriah.. kebanyak kan mereka yang datang seminar jom kurus pertama kali saya jumpa kecuali sis kujie dan nurul

kalau saya tulis tips kurus sekarang mesti akan jadi tungang langang jadi next entry saya akan tulis keseluruhan bagai mana mahu kurus..

maaflah yer saya memang pemalu, mungkin ada yang saya tak tegur masa seminar hari tuh tapi itu tak bermakna saya sombong tak percaya tanya puan bee dan sis kujie saya sombong ker tak .. heheheh

04 July 2012

Wajah Baru Blog NamiaCinta

Terlalu lama menggunakan theme lama hingga ada yang kata theme lama itu membosan kan kerana tiada warna. saya akui theme lama itu tiada wakna yang menari yang mampu jadikan blog ini kelihatan menarik..

terima kasih banyak-banyak kepada SEMBANGCYBER yang tolong saya ubah theme yang sedia ada menjadi lebih menarik lagi..

kalau nak harapkan saya memang tak akan dapat theme seperti ini jawabnya.. memang part-part code saya akan fail walaupun adakalanya saya suka bermain dengan code-code ini...


selamat membaca ...

25 June 2012

Majlis Pelancaran Avast & Wechat Apps








Baru-baru ini berlangsungnya majlis pelancaran avast antivirus & wechat apps yang telah di adakan di Velvet Zouk Kuala lumpur pada 20 jun 2012





Rakan-rakan blogger juga di jemput menghadiri majlis pelancaran avast version 7 & wechat apps pada hari tersebut. Avast antivirus versi 7 ini telah pun dinaiktaraf dengan ciri-ciri yang lebih menarik lagi. APAC VENTURA SDN BHD merupakan mengedar rasmi bagi produk avas antiviriu versi 7 ini.



Ciri-ciri yang terdapat pada wechat apps ini ialah

- Voice Messanging
- Lock around
- Facebook Connects
- Group Chat
- Shake
- Drift Bottle
- Emoticons



23 June 2012

Blog Begins At Forty Di Terjah



Minggu lepas masa saya baca entry Jai Ramlee tentang Uncle Gedek tahan train buatkan saya santai-santai di blog uncle lama-lama untuk membaca...

kalau tengok gambar-gambar yang uncle pos dalam blog dia muka nampak macam orang tak ada perasaan kalau orang tak kenal uncle rasanya mesti akan kata uncle ini seorang pembunuh upahan (opsss)

walaupun entry uncle ringkas tapi boleh buat orang ketawa sama jugak dengan saya yang membaca boleh ketawa dengan apa yang uncle tulis..

rasanya masih belum ada blogger lain yang berani buat apa yang uncle buat.. kalau ada mesti tiru lah tuh .. heheheh apa pun pada uncle teruskan berkarya yer saya suka dengan entry-entry uncle tuh ... ada kesempatan boleh jumpa uncle ...


- Baca Kisah APa ADA DENGAN ERYQAZZ VS DENAIHATI


15 February 2012

Cinta Kura-Kura | Tayangan Perdana




Salam kasih sayang ....
malam semalam berkesempatan menonton tayangan perdana "Cinta Kura-Kura" arahan Nizam Zakaria Terbitan KRU STUDIO bersama rakan seangkatan.. thanks guys ...


feeling habis saya layan filem nieh tidak sia-sia meredah kesibukkan bandaraya Kuala Lumpur Untuk balik ke shah alam untuk bergegas ke tayangan perdana cinta kura-kura..

secara keseluruhan filem cinta kura-kura nieh tak bosan dan sangat-sangat kelakar.. kerana kelakar lah yang buatkan saya gelak tak reti nak cover dalam pawagam malam semalam..


saya paling suka part Ariel Zafreal bercakap dengan Nico penyu milik Nani lakonan Tiz Zakiah ... memang kelakar habis lah ... bukan setakat itu saja secara keseluruhannya filem cinta kura-kura memang sangat best dan sesuai di tonton oleh semua peringkat umur..



Pencinta Terbaik - Ost Cinta Kura-Kura by Sofasz




10 January 2012

Movie Screening "KERAMAT"






Salam kasih sayang
berada dalam mood seram sepanjang tayangan perdana keramat ..


- SINOPSIS -

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.


- KATA NAMIACINTA TENTANG KERAMAT -

Pada mereka yang ada sakit jantung atau ibu mengandung tidak di galakan menonton filem ini kerana filem ini banyak agenda terkejut. saya sendiri beberapa kali terkejut bila tiba part-part yang tertentu..

cerita ini sangat sesuai di tonton oleh semua lapisan tak kira peringkat umur.. kerana ada penyampaian yang kita dapat dari filem keramat..

"bila keramat terbuka galang gantinya nyawa" jangan sesekali bersahabat dengan iblis kerana hidup kita pasti akan berkesudahan dengan sesuatu yang tidak akan kita jangkakan ...

"ibarat basuh cawan dengan air kencing" itu tak pulak saya pasti apa maksudnya..


selamat menonton ..

nota : terima kasih pada Azfar Roslan atas jemputan


02 December 2011

Secangkir Teh Pengubat Rindu | Riview



Salam kasih sayang
Secangkir teh pengubat rindu penulisan Hasrizal Abdul Jamil Pemilik blog saifulislam.com

pengembaraan beliau ke turki, dari penulisan beliau saya dapat agak yang beliau begitu sayangkan turki kerana terlalu banyak kenangan yang di cipta sepanjang pengembaraan beliau di sana..

Ada juga isu politik yang di tulis oleh beliau dalam travelog ini, malah ada juga kisah yang boleh di jadikan panduan kehidupan kita sendiri..

Secara jujur nya travelog tersebut tidak menepati jiwa pembacaan saya, dan tiada kepuasan yang saya dapat.. Ape pun bagi pengemar penulisan sebegini boleh lah dapat kan nya..