Showing posts with label NoTa SeLamaT MaLam. Show all posts
Showing posts with label NoTa SeLamaT MaLam. Show all posts

24 February 2012

Berpindah Rumah




Salam kasih sayang...

dengan rasminya saya umumkan bahawa saya telah berpindah ke station penyiaran yang baru, di bawah pentadbiran baru dan rakan-rakan penyampai yang baru..

Ada yang tanya pada saya kenapa berpindah ke station baru..
apa yang boleh saya katakan adalah saya mahu mencari sesuatu
kelainan dan dalam suasanan yang baru dan persekitaran yang dan cara
kerja baru itu saja...


jadi pada korang yang mencari-cari saya boleh lah cari saya di tempat baru setiap hari isnin dan selasa jam 9 malam hingga 10.30 malam....

macam biasalah kalau nak cari saya, boleh caru di twitter... facebook pun boleh jugak.. pada mereka yang telah tiada dalam list saya tuh faham-faham sendiri lah yer...



31 January 2012

Lupa Kawan Kerana Cinta Hati


Percaya atau tidak jika saya kata kebanyakkan daripada kita bila bercinta pasti akan lupa kawan yang selama ini bersama dengan kita tak kiralah dalam apa pun keadaan.

tipulah kalau korang kata yang korang tak pernah laluinya atau korang sendiri yang bersikap sebegitu.

kenapa saat-saat bahagia perlu lupa pada kawan yang selama ini bersama dengan kita sekali pun kita berada dalam kesedihan? kenapa lupakan kawan kita hanya kerana pasangan kita tidak suka akan kawan kita yang selama ini banyak bantu kita? kenapa perlu lupakan kawan hanya kerana mahu habiskan masa dengan pasangan?

tahukah korang tindakan sebegitu membuatkan kawan kita terasa hati dan terasa seakan tidak di perlukan di saat-saat korang mengecapi bahagia. kenapa tidak mahu berkongsi gembira dan bahagia bersama dengan sahabat korang..

biasanya lelaki jarang lupakan sahabat mereka sekalipun mereka sedang bahagia bersama dengan pasangan mereka.. tapi sebaliknya berlaku pada perempuan.. jangan kata korang tak pernah lalui keadaan sebegitu yer....

ahad lepas seorang sahabat telah selamat bertunang, tapi sedikit terasa hati kerana dia merahsiakan hal itu... bukan mahu minta dia hebohkan berita pertunangan dia..

tiada nada rasa bersalah sebaliknya bagaikan sedikit marah bila saya bertanya "kenapa perlu rahsiakan dari saya" itu hak dia jadi saya tak boleh nak kata apa...

ada banyak kisah yang berlaku sebelum itu dan saya telah lama menyedarinya.. cuma saya malas mahu bertanya mahu melihat jauh mana kawan saya tuh menganggap saya nie kawan dia....

jadi jangan lah lupakan kawan korang di saat korang bahagia.. andai kawan korang yang lakukan sebegitu pada korang tentu korang akan rasa bagaimana sakitnya ....

b

20 January 2011

MenuJuK DenGaN MLM

Pada aku mereka yang buat MLM nieh semuanya hampeh, luaran nampak hebat cakap pun nak bagus jer tapi hakikatnya mereka nieh hampeh sebenarnya...

Masa aku lepak mcd tadi adalah sekumpulan manusia yang masing-masing membawa lappy dan peralatan yang agak canggih.. kete tak payah lah cakap ada yang naik BMW dan seangkatan denganya..

Masa aku sampai ada sorang mamat nie dengan awek dia.. lappy dia ada lambang BMW lagi.. itu aku tak heran tapi yang buat aku menyamah siap kira duit dekat tempat awam lagi.. nak tunjuk yang mereka nie banyak duit..

Pada aku MLM nie hanya menipu, mana ada MLM yang tak tipu.. kalau ada bagi tahu aku dan tunjuk kat aku.. MLM nie hanya buang masa, buang tenang dan buang duit jerr..

Aku memang rimas dengan mereka-mereka yang selalu canang yang mereka nieh hebat.. berapa lama sangat mereka nie boleh bertahan..

p/s : aku memang tak minat dengan MLM


LELAKI MENTAL + PyScO

Pelik aku dengan sikap sesetengah lelaki yang merimaskan, seyes aku kalau jumpa lelaki yang merimaskan laju-laju aku akan tinggalkan mereka...

- LELAKI MENTAL -

kalau jumpa lelaki yang macam nie lagi parah, kalau belum kawen dengan lelaki spisis tuh boleh lagi di selamat kan diri tapi kalau dah kawen memang malang lah nasib jawab nya..

Lelaki spisis tuh biasanya cenderung akan melakukan tindakan bodoh hanya kerana pekara kecil dan remeh..

Lelaki spisis sebegitu terlalu taksub dengan laporan media akan keruntuhan moral manusia zaman sekarang.. kalau dia jumpa dengan perempuan baik sekali pun dia akan kata perempuan tuh tak baik..

Lelaki spisis tuh jugak akan sanggup buruk-buruk kan orang lain asalkan mereka namak seakan mereka nie bagus atau terlebih bagus..

Mereka juga tidak teragak-agak untuk memaki hamun pasangan mereka walaupun di tempat awam..


- PERASAN BAGUS -

Aku paling menyampah bila lelaki yang BARU aku kenal perasan bagus, semua benda nak nampak bagus hakikatnya mereka nie hameh sebenar nya..


- KAYA & BERHARTA -

laju-laju aku akan kata yang aku tak pandang dengan harta dan kekayaan mereka kalau perangai mereka nieh lebih teruk dari ******* lagi macam gamp mereka ini akan kata perempuan yang nak kan mereka hanya pandang pada harta mereka bukan nak kan mereka dengan hati yang ikhlas


- KONGKONG -

part nie paling aku pantang, baru kenal dah nak tahu semua pekara .. lebih parah mereka ini akan buat perempuan macam bini dia walaupun belum ada ikatan.. call 5 minit sekali tujuan nak tahu ada dekat mana.. kalau keluar jumpa kawan-kawan mula lah kata yang bukan-bukan macam mereka yang tanggung hidup perempuan tuh..


*sign*

Korang ingat tak ada ker lelaki yang macam tuh, rasanya lebih baik hidup sorang-sorang dari hidup dengan lelaki yang macam tuh.. lelaki yang macam tuh mana peduli perasaan orang lain...

aku sendiri jumpa dengan lelaki yang macam tuh, lagi gila baru 2 bulan kenal dah ajak kawen tuh baru cakap dekat phone belum jumpa lagi.. dah lah latar belakang mencurigakan..

bagi lah aku banyak mana pun duit tapi kalau dah mental harta dia pun aku tak pandang.. aku nak kawen bukan sebab harta pun.. harta tuh aku boleh cari lah...

ok fine !!! kalau nak bunuh diri sebab aku tak pick phone silakan sikit pun aku tak kisah.. bukan masalah aku dan tak ada kaitan dengan hidup aku..


09 December 2010

PoLiTiK PeJaBaT TuH HaRus

Hari tuh aku berbual dengan bos aku kat dalam bilik pengurusan, banyak benda jugak lah yang di perkatakan sambil buat kerja.. kekadang rimas aku dengan sikap sesetengah rakan sekerja yang selalu nya akan mencari poin untuk selamatkan diri walaupun kesalahan tuh mereka yang lakukan..

Aku : kak, kita buat baik dengan diorang apa yang diorang lakukan pada kita?
Bos : i pun kekadang menyapah dengan diorang nie
AKu : kita buat baik, kita jugak yang kena hentam.. kita tolong diorang kita jugak yang kena marah
Bos : itu lah pasal, nasib i ada u all yang selalu back up i ...
Aku : tak kan nak hentam bos sendiri kalau pun bos sendiri buat salah, tak ayah kot nak tunjuk kat orang lain..

itu lah yang selalu berlalu pada staff pengurusan macam aku nie, kekadang tuh aku pun jadi seperti kebanyak kan rakan sekerja yang lain akan mencari point untuk selamatkan diri tapi sebelum aku lakukan apa-apa aku akan bagi tahu bos aku dulu...

Sebab tu bos aku tak banyak tanya kalau aku mahu cuti atau tetiba kau cuti kecemasan, dia akan kata okey jer... hari tu tayar keta aku pancit jadi nak tunggu bankel kete bukak memang akan lambat lah aku masuk pejabat.. aku hubungi dia dan bagi tahu.. then bila aku sampai pejabat dia tanya cam maan dengan kete aku dah okey ker...

Agak bahagia dapat bos macam tuh kan.. tapi baik macam mana pun kena lah berhati-hati jugak kan walaupun dia tak pernah hentam aku dan selalu back up kau... lebih baik berhati-hati..

harap-harap esok bos aku masuk ofis rindu lah pulak kat dia.. theheheheheh

24 November 2010

SelamaT maLam SeMuA

selamat malam buat semua...
maaf sudah tidak mampu nak teruskan blogging..
masih terasa hingga sekarang kesan ubat yang aku makan
still di serang virus selsema..

akan kembali pada esok malam seperti biasa
tapi mungkin agak lewat sikit itu pun bergantung pada kelajuan
orang yang akan format semula lappy nie pada esok pagi
harap-harap akan siap bila aku pulang esok

jaga diri korang bebaik yer..
panjang umur kita jumpa lagi....

23 November 2010

BuaT KaLiaN Di MaLam HaRi



Maaf yer semua kerana aku tidak mampu meneruskan aktiviti blogging untuk malam niE.. keadaan kesihatan aku yang tidak mengizinkan memaksa aku aku tido lebih awal..

jangan lupa tinggalkan komen dan jejak korang supaya aku dapat balas kunjung korang.. kepala sudah semakin berat dan tak mampu nak menahan mata...

Selamat malam semua

06 November 2010

Buat KaLian YanG aKu SaYanG

Selamat malam buat kalian..
sudah mahu beradu nieh...
esok tidak akan ada entry akan di update
sebab akan berada di nilai hingga ahad...
ahad malam baru update...
jaga diri kalian baik²
pada kalian yang masih bercuti sempena deepavali
selamat bercuti dan semoga kalian gembira selalu

Andai ada salah dan silap harap kalian dapat maafkan aku
aku nieh hanya manusia biasa yang ada kalanya lupa
di mana aku berada dan adakalanya kata-kata aku di sini
menyinggung perasaan kalian..
walaupun kita tidak pernah bertemu aku mahu kalian tahu
yang aku sayang kalian...

selama malam semua


22 August 2010

LuPaKaN SeMua nYa - SeLaMaT MaLaM SeMuA



Selamat malam buat kalian semua....
mood agak terganggu untuk seketika.. aku memerlukan masa dan ruang untuk bernafas....

Berikan aku ruang untuk mencari ketenangan, aku sanagt-sangat penat dan sudah tidak terdaya untuk lalui semua nie... bukan aku sudah putus asa, aku masih belum putus asa lagi cuma aku mahu mencari kekuatan yang sudah semakin hilang...

ketahanan aku juga semakin lumpuh, berikan aku kekuatan agar aku mampy bangun dan teruskan perjalanan aku... jangan biarkan aku berhenti di pertengahan jalan...

mahu pejamkan mata dan lupakan seketika apa yang telah berlaku dan kalau boleh mahu padamkan saja dari ingatan..

20 August 2010

SeLaMaT MaLaM SeMuA


Maru oh maru kenapa lah kau sangat comel, kan best kalau aku dapat peluk dan timang-timang kau... tak pun aku gigit-gigit kau.. mihahahahahahaha

gambar nieh aku ambik dari wall Ariff Shah sebenarnya itu adalah video tapi aku ambik gambar part maru guling-guling dalam sinki.. kalau nak tengok gi tanya kat ariff.. lalalalalalalal

Alamak lupa nak mintak izin kat Ariff mesti dia marah nieh.... theheheheheheh

sudah lah tu NC jangan nk merepek sangat, mata dah kuyu pergi lah tito sana....

Selamat malam semua...


18 August 2010

SeLaMaT MaLaM SayanG...


Selamat malam buat semua, terima kasih banyak pada kalian yang sudi singgah di sini walau hanya seketika... aku minta maaf kerana tidak dapat balas kunjungan kalian pada hari ini.. tapi aku akan singgah blog kalian pada esok hari...

harap kalian baik² saja dan hari yang penuh dengan wakna pelangi... aku mahukan hari aku di simbah dengan warna pelangi dan di hadiahkan senyuman sepanjang hari...

tapi hakikatnya itu tidak akan berlaku... aku tetap saja dengan diri aku dan dunia aku yang suram....

jaga diri kalian baik² .. panjang umur aku akan sambung menulis pada esok hari...


17 August 2010

SeLaMaT MaLaM BuaT SeMuA



Aku sudah tidak mampu untuk menulis lagi, terasa telalu lemah akibat keletihan.. sistem ketahanan aku semakin bekurangan... banyak benda yang harus di lakukan minggu nie namun kekuatan aku mengatasi segalanya...

hanya mampu senyum saat melihat orang lain bahagia.. aku harap kalian gembira dan bahagia di samping insan yang kalian sayang.. hargai lah mereka sewaktu mereka bersama kalian.. jangan bila mereka sudah tiada baru kalian mahu menyesalinya..

seperti kebiasaan aku mengharap adanya pelangi dan mentari menanti aku pada esok hari... aku tidak mahu adanya hujan pada waktu pagi.. ianya akan membawa kesedihan pada aku sepanjang hari...

jaga diri kalian baik².. akn bersama kalian malam esok jika ada ke izinan...

Selama malam semua


16 August 2010

NiLai KeMaNuSiaaN YanG SeMaKiN PuPuS


Walaupun kerajaan sudah putus kan hukuman mati mandatori akan di jatuh kan pada pesalah yang membuang bayi yang mengakibatkan kematian tapi masih jugak berlakunya kes pembuangan bayi..

yang terbaru seorang bayi perempaun yang di camkan ke dalam sungai.. Tak ada akal ker mereka² yang melakukan perbuatan keji seperti tuh.. tak ada sifat belas kasihan kah.. bayi yang tidak bersalah dan tidak mengerti di perlakukan begitu...

kenapa lah mak bapak mereka nieh tak bunuh jer mereka dari kecik.. aku percayalah kan kalau pun ada ibu bapa yang jahil (zama dulu) tapi aku percaya mereka tak akan sanggup bunuh darah daging mereka sendiri.. rasanya mereka lebih sangguh bagi pada sesiapa yang mahu kan anak..

Aku tak salah kan mak bapak mereka kalau perangai anak mereka macam haper... aku percaya dalam sesetengah kes ibu bapa mereka telah berikan pedidikan agama yang cukup tapi kerana cinta dan nafsu semua nya di langgar...

SEFTY FIRST kalau korang memang dah jenis kemaruk sangat dan tak boleh nak kawal nafsu tuh... yang lebih malang nya hanya perempuan saja di pandang hina oleh masyarakat kita dan akan di gelar betina S****l ... sebaliknya lelaki tidak pulak di aper² malah yang lelaki merasa bangga selepas melakukan nya..

itu bukan sayang nama nya.. kalau sayang kan seseorang harus tahu caranya... bukan ker lelaki harus menjadi pelindung bukan nya pemusnah...

masih ada agi kah lelaki yang budiman?



27 July 2010

aPakaH BenDa tuH...



Sedang berusaha mengeluarkan benda yang berada di tekak, terasa sakit tiap kali makan atau minum malah tiap kali bila menelan air liur juga akan berasa sakit....

Sudah berapa kali aku muntah hanya kerana mahu mengeluarkan benda itu.. apakah agak nya benda itu, sangat-sangat menganggu kehidupan aku sejak 2 hari nie....

sila doakan agar aku tidak apa².. mood aku sudah mati di sebab kan benda itu.....

selamat malam semua


26 July 2010

NoTa DaRi HaTi - eDisi BUaT KaLiaN SeMua SeLaMaT MaLaM



+ selamat malam buat semua
+ mengharapkan pelangi dan mentari
+ mengharapkan adanya senyuman
+ masih sentap dengan kejadian minggu lepas
+ masih lagi tidak bercakap dengan orang tuh
+ mahukan waktu dulu
+ mahu berada jauh dari bayang²

17 July 2010

Aku Tidak HipoKriT TaPi TunanG KaTa KaWan HanYa unTuK CinTa PeremPuaN LaiN

Dalam hati aku menyumah agar tuhan berikan dia seorang perempuan seperti mana yang dia tidak mahukan... Dia berkata pada aku yang dia akan reject perempuan yang tak pandai masak, masak tak sedap dan beberapa hal lagi yang aku tak ingat apa yang dia katakan...
Dia juga kata pada aku kerana itu lah dia dapat perempuan yang sempurna... tahu masak dan tahu banyak hal dalam semua aspek.. malang nya perempuan itu bukanlah perempuan Malaysia yer...

Sejak dia dengan perempuan tu banyak benda dan pekara yang dia katakan sangat menyakitkan hati...

Aku selalu kata kat dia jangan sampai kata-kata dia memakan diri sendiri... Dan senang-senang jer aku boleh kenakan dia tapi untuk apa aku lakukan macam tuh...

Dia selalu berkata dengan angkuh yang dia seorang yang setia... setia ker sampai sanggup tinggal kan tunang sendiri hanya kerana perempuan yang belum tentu akan bersama dengan dia...
Dan kalau betul dia seorang yang jujur kenapa dia tak bagi tahu perempuan tu yang dia dah bertunang... kenapa mesti dia kata kan yang itu adalah kawan dia....

Mengikut apa yang dia bagi tahu dekat aku, perempuan tu ajak dia kawen dekat gereja... perempuan tuh mahu bergelar isteri walaupun mereka tinggal berjauhan... Dan perempuan tuh minta 2 tahun untuk dia bersedia tukar agama...

Dia tinggalkan tunang dia hanya kerana dia tak tahan dengan sikap tunang dia yang terlalu caring dan beberapa masalah yang tidak jelas... sedangkan dia sendiri tidak mahu katakan apa pada tunang dia tentang permasalahan yang melanda... dia kata yang dia tidak suka mengaibkan orang...

Weh dalam perhubungan harus lah ada toleransi dan harus menegur satu sama lain bukan nya memendam jer... kalau diam jer mana lah pasangan nak tahu apa masalah dan apa kekurangan....

Kau nak dia pakai tudung, pakai baju kurung dalam sekelip mata begitu kah?

Pada aku lah kan "kalau kau boleh tinggalkan tunang kau hanya kerana perempuan lain tak mustahil suatu masa nanti kau akan tinggalkan perempuan tu hanya untuk perempuan lain juga"

Tak kisah lah bila dia kata kat aku "patut lah tak ada lelaki mahukan kerana sikap aku"

Sekurang-kurannya aku tak hipokrit... sekurang-kurangnya orang nampak sikap aku yang sebenar... sekurang-kurannya aku akan kata apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka...

Seyes aku memang tak faham dengan sikap lelaki yang macam tuh... huh !!! boleh di gelar lelaki kah?


16 July 2010

SeLaMaT MaLAM BuaT SeMua - TiiDaK MamPu BerFikiR LaGi

Otak aku sudah tidak dapat berfungi sendan betul saat nie, apa yang aku fikirkan saat niE hanyalah mahu tito... yer aku sudah sangat mengantuk dan tak terdaya mah berblogging lagi.... cukup untuk hari niE yer....

Lagi pun aku belum iron baju lagi, mahu nyer aku tertido sambil iron baju kang... theheheheheheheheh

+ SeLaMaT MaLaM SeMua
+ Tak SaBar MeNunGGu EsoK PeTanG
+ MengHaRaPkaN PeLanGi
+ HaRus aDa SenYUMaN
+ MaHuKaN SeSuaTu YanG LeBiH SemPurNa



09 July 2010

NoTa DaRi HaTi - PeSaNaN DaRI aKu BuaT KoRanG SeMua DaN SeLaMaT MaLam

+ SeLamaT MaLaM SeMua
+ MaTa sudah SanGat KuYu
+ MengHaRapKaN PeLanGi
+ BenCi DenGaN PeNuLiaS TanPa iDenTiTi
+ MasiH Di EkoRo oLeH BaYanG-BaYaNg


Buat kalian semua jadi lah penulis yang berhemah... jangan jadikan blog sebagai landasan mencari musuh.... seharusnya bukan musuh yang di cari tapi kawan yang harus kita cari...

nila dahulu bagai mana diri kita sebelum kita membuat andai terhadap orang lain... paling penting guna kan akal sebelum menulis sesuatu.. kerana dari penulisan orang akan dapat nilai peribadi kita bagai mana....

SeLaMaT MaLAm SeMua


06 July 2010

MaaF SanGaT-SanGaT LeTiH HaRi niE || SeLaMaT MaLaM

+ SeLaMaT MaLaM SeMuA
+ SanGaT LeTiH HaRi niE TiDaK MaMpu MeNaHaN LaGi
+ MengHaRapKaN PeLanGi eSoK HaRi
+ TuGaSaN YanG MeNnTi eSoK HaRi BuaT KaN aKu JaDi BerTamBaH LeMaH
+ aKan CuBa SenYuM DaN GemBiRa WaLauPuN BeRaDa DaLaM KeSaKiTaN

 

05 July 2010

NoTa Dari HaTi - eDiSi SeLaMaT MaLaM BuaT KaLiaN

Mata aku sudah sangat kuyu, jam pula sudah menunjuk kan ke angka2:04 pagi... jadi makna nya aku harus berangkat masuk tito.... dan esok aku mahu kerja... makanya ini saja entry dari aku buat kalian... akan bersambung pada esok malam.....

+ Selamat malam buat kalian semua
+ mengharapkan pelangi dan mentari
+ harap-harap esok merupakan hari yang gembira
+ jangan nakal-nakal
+ menulis dengan sopan dan berhemah
+ dilanda wabak keletihan
+ tidak terdaya mahu menulis lagi