Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

13 June 2013

Menghadapi Realiti Kewanitaan




Masalah lemah kawalan kencing atau light urinary leakage ( LUL ) dialami oleh 1 daripada 4 wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Kebanyakkan wanita yang mengalaminya di selubungi dengan salah  tanggapan, perasaan malu dan cara rawatan yang salah, malah dalam masa yang sama kebanyakkan wanita lebih gemar kepada penyelesaian jangka pendek.

Dr. seri Sunizah Sufian berkata masalah LUL ini jarang di perkatakan secara terbuka atas faktor ujudnya rasa malu dan rendah diri.

Katanya kebanyakkan wanita lebih gemar merawat masalah LUL ini dengan mengunakan kaedah sendiri untuk mengatasinya dengan mengurangkan minum air, membawa bersama salinan pakaian atau memakai tuala wanita biasa secara berterusan.

Sebenarnya mereka hanya memerlukan sedikit penyesuaian dalam kehidupan seharian seperti kerap melakukan senaman kegel ( kemut ) dan mengelakkan makanan serta minuman yang boleh merangsangkan pundi kencing.beliau berkata begitu pada kempen Menghadapi Realiti Kewanitaan dan Masalah Lemah Kawalan Kencing anjuran Poise sempena Minggu Kontinens Sedunia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini

Dalam masa yang sama Fisioterapis Kesihatan Wanita Hospital Prince Court, Neng Shahidah Sabullah berkata wanita yang meningkat umur 40an perlu melakukan banyak penyesuaian dalam hidup yang boleh memberikan kesan emosi dan pisikologi secara positif. ini termasuk ketika menghadapi masalah seperti LUL yang sedikit sebanyak akan menganggu dari segi emosi.

Sebagai pakar fisioterapi, beliau akan mengajar wanita yang mengalami LUL ini mengenai senaman Kegel (kemut) dan 60 peratus daripada mereka berjaya dirawat.

"Senaman Kegel sesuai dengan wanita dan mereka harus belajar bagaimana hendak mengawal kencing dengan melakukan kemut.

"Pemakaian bengkung turut menjadi salah satu punca LUL. Jangan pakai ketat sangat kerana akan memberikan tekanan dari bahagian atas abdomen hingga ke bawah dan membuatkan seseorang itu terasa seperti hendak kencing,'' tambah Neng Shahidah.

Selaku Duta Poise Raja Azura berkata LUL memang menimbulkan rasa tidak selesa dan menjejaskan rutin seharian. Beliau jugak berkata "LUL adalah cabaran dan realiti yang pelu di hadapi secara bijak oleh kebanyakkan wanita" 



Nota : dengan Poise pasti akan rasa lebih selesa 


update via phone mobile 



24 May 2013

Hanya Ubat Titis Mata Saja




Fuhhh .....
Mood meragam di sebabkan sakit mata, tak tahu jangkit dengan siapa nak kata jangkit dengan kawan-kawan pejabat tak jugak .. virus dari udara kot ... heheheheheh

Baru balik dari klinik, nasib dekat klinik tak ada orang jadi tak sampai 5 minit dah siapa .. di sebabkan gejala sakit mata tu tak kelihatan sangat jadinya doktor hanya bagi ubat titis saja ....

Harap-harap cepatlah hilang tanda-tanda sakit mata nie sebabnya terasa rimas mata tak selesa nak tengok apa-apa pun terasa macam ada yang menghalang... 

"biasanya teh o pekat untuk sembelit" okey yang nie saya baru tahu jugak seperti rakan pembaca saya kata "baru tahu teh o pekat untuk sakit mata" 

mungkin perubahan cuaca dari panas ke hujan dan dari hujan ke panas yang terlampau .. apa pun dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni korang jaga kesihatan elok-elok ye.. sebab dalam keadaan-keadaan sekarang ni macam-macam penyakit boleh singgah....


Nota : kalau tak baik jugak tak tahu lah nak kata apa ... harap-harap cepat lah baik dari sakit mata .....


update via phone mobile


Sakit Mata & Petua Hilangkan Sakit Mata





Mood meragam sebab sakit mata, dari pagi tadi dah rasa mata panas semacam masuk tengahari dah rasa mata bengkak sikit bila masuk petang mata mula gatal-gatal dan rasa sangat tak selesa.

Mohon jangan sakit mata sudah, sebab bukan sekejap nak baik kalau kena sakit mata paling lama pun seminggu baru baik. lepas maghrib nak kena pergi klinik ambik ubat.. 

Cakapa pasal sakit mata nie saya nak bagi satu petua yang masa kecik-kecik mak saya selalu buat kalau saya atau adik beradik sakit mata.. bukan susah mana pun petua nie... dekat rumah pun boleh buat.....

caranya .....
bancuh teh pekat-pekat ( jangan letak gula ) tapi jangan guna air panas ye kawan-kawan bila dah siap titiskan dekat mana dua atau tiga kali ... insyaallah akan hilang sakit mata tu...

tapi jangan lah dah teruk baru nak buat, buat masa baru-baru nak kena sakit mata tu.. kalau dah teruk baik pergi klinik dapatkan rawatan...

kalau korang ada petua lain untuk hilangkan sakit mata boleh lah kongsikan dengan saya dan kawan-kawan yang lain ... 


Nota : sakit mata ohhh sakit mata jangan lah sakit mata tak suka tau



update via mobile phone

10 May 2013

Bisul Yang Menyakitkan




Fuhhhhh...
mana kemain Malaysia nie kan mengalah kan New York pulak .. macam lah pernah tinggal dekat luar negara kihkihkih ....

malam semalam kan dah cerita pasal kena bawak maid bos saya pergi hospital SINI jadi nak sambung sikit cerita pasal malam semalm .....

cerita nya .....
Maid bos saya ni "menerita" pasal ketumbuhan bisul dekat kaki dia awalnya kecik je bisul tu sebelum jadi lebih parah ... pergi klinik makan ubat dan sapu ubat yang doktor bagi pun tak jadi apa...

sampai lah dia bagi tahu yang bisul tu dah jangkit dekat bahagian ****** dia ... patut lah nampak dia jalan tak berapa nak betul .. agaknya bila dah tak tahan sangat tu yang dia bagi tahu dekat bos saya.....

masa jumpa doktor dekat seksyen 7 shah alam petang semalam sempat jugak saya tanya doktor tu sebab apa jadi macam tu .. kata doktor sebab terkena jangkitan kuman ..... 

perempuan bukan macam lelaki .. lagi-lagi time "bendera merah" lagi lah kena rajin bersihkan diri sebab masa tu lah akan boleh terkena macam-macam jangkitan.. paling penting kena kasi kering..

tanya dekat maid saya tu dia ada bagi "kering" tak dan guna apa "apa" dia jawab ada dan guna tuala je ... 

seelok-elok nya guna lah tisu kalau guna tualan takut ada benda lain yang tak boleh nak nampak .. yer lah kan tuala tu bila dah guna untuk keringkan rambut + keringkan badan dan sebagainya kemungkinan untuk terkena jangkita agak tinggi .... jadi gunakan lah tisu .....

tunggu panggilan dari doktor untuk rawatan selanjutnya ..... harap-harap masalah ini akan dapat selesai dengan cepat ... ye lah kan kesian dekat maid tu cuba kita yang ada dekat tempat dia mesti kita akan rasa betapa sengsaranya menahan sakit segala bagai .....


Nota : jaga kebersihan diri itu adalah penting dan sangat penting ... 


update via phone mobile


Sekitar Luar Pejabat




Fuhh ....
tersangat lah sibuk sejak kebelakangan nie, bila dah tersangat sibuk dengan urusan rasmi ni mood pun jadi tak menentu dan sudah tentulah akan jadi tersangat penat .. dalam masa yang sama hanya fikir bila mahu cuti berehat.

jam 3 petang bos minta saya hantar maid dia pergi hospital buat pemeriksaan selanjutnya, hari sebelumnya dah pergi klinik panel tapi doktor sana keluarkan surat buat pemendahan.. 

call klinik yang berdekatan sebab dekat klinik tersebut ada buat pembedahan kecil .. sampai sana jam 3.30 petang kena tunggu 30 minit lagi sebab doktor tak ada ... kemain ngantuk lagik tapi sabar je lah kan ......

jam 4.15 petang dapat jumpa doktor, nurse tu panggil masuk bilik nampak dia pegang jarum suntikan dan mahu masuk kan ubat bius ... cam terkejut dengan tindakan nurse tu cepat-cepat saya tanya nurse tu "nak buat pembedahan sekarang ke" dia kata ye tunggu doktor dulu sedangkan nurse tu tak tahu pun sakitnya dekat mana.. doktor datang dan tengok-tengok keadaan pesakit tapi saya masih lagi tak puas hati .... then terus saya tarik nurse tu ke tepi jauh dari doktor-doktor tu sebab doktor-doktor tu adalah lelaki ....

cerita sikit dengan nurse tu supaya dia faham keadaan sebenar.. bila dah terangkan baru nurse tu faham apa masalah sebenarnya .... masalahnya ada sikit kaitan dengan "masalah perempuan" .. jadi doktor-doktor tu minta saya pergi hospital terus .....

call bos saya bagi tahu keadaan yang berlaku, then bos suruh saya bawak maid dia pergi hospital kerajaan seksyen 7 shah alam .. jadi terus call driver saya bagi tahu kena pergi hospital sekysen 7 shah alam ......

sampai hospital seksyen 7 terus pergi kaunter ... dah daftar semua terus tunggu no giliran nasib lah tak lama ... kalau tak mesti saya akan meroyan bagai ....

nasib dapat doktor perempuan dan cantik ... tunjuk surat dari klinik panel .. doktor minta maid tu tunjuk tempat yang sepatut nya .. dia tanya dekat saya kenapa tak terus pergi hospital besar ... jemmm dah otak saya ... doktor tu keluarkan surat lagi sekali untuk bawak pergi jumpa doktor sakit puan dekat hospital klang ....

keluar dari hospital seksyen 7 terus call bos saya bagi tahu keadaan ketika iti then bos saya kata pergi je lah hospital klang sebab kesian dekat maid dia keadaan dah makin teruk ...

Nasib baik lah jalan masuk klang tak jammed kejap je boleh sampai ... sampai sana tanya dekat orang-orang situ mana bahagia sakit puan .. bila dah tahu tempat terus pergi ...

tapi kan sampai sana nurse tu kata tempat tu dah tutup .. dalam masa yang sama terpaksa lah dengan dia bebel .. sabar je lah tapi dapat jugak buat appoiment tinggal tunggu dktor call untuk datang buat pemeriksaan .... 

selesai semua urusan terus balik pejabat, sampai pejabat dah pukul 7 malam ... semua orang ada yang dah balik dan ada yang dah nak balik ... siap kan kerja mana yang patut then terus balik rumah .... 


ini saja cerita untuk hari nie.. esok saya cerita apa sakit nya yer .. hiks ......


Nota : sometime kita tak tahu bila hari kita akan di timpa kesusahan mungkin orang yang tak kita jangka itu lah yang akan bantu kita.



update via phone mobile


19 April 2013

Dia Suami Tapi......





Berkali-kali saya baca email yang di hantar dari seorang pembaca, cuma hadam apa yang pembaca itu tuliskan dalam email yang di hantar kepada saya lewat petang tadi. tapi susah saya nak hadam sebab saya belum lagi berkahwin. 

entry ini bukan mahu mengaibkan sesiapa cuma mahu berkongsi kisah yang di kongsikan. mungkin ada di antara rakan-rakan pembaca saya boleh tolong berikan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pembaca blog saya ni..

" saya dah ada dua orang anak, selama ni hidup saya bahagia bersama suami dan anak-anak. tapi semuanya berubah sejak dua tahu yang lepas bila doktor mengesahkan saya menghidap kanser. sejak hari itu suami saya terus berubah dari seorang yang penyayang berubah menjadi seorang yang panas baran. bila semua kehendak nya tidak di penuhi saya akan di maki hamun dengan kata-kata yang menyakitkan hati. sebagai seorang isteri saya faham kemahuan suami tersayang tapi adakalanya keadaan kesihatan saya membuatkan saya terpaksa menolak semua kemahuan suami. apa yang menyedihkan saya adakalanya suami memaksa saya sedangkan ketika itu keadaan kesihatan saya tidak berapa baik.. anak-anak yang menjadi teman bicara saya di saat-saat saya tiada sesiapa untuk berbicara, apalah sangat yang kanak-kanak tahu sedangkan mereka masih terlalu kecik.

kadang-kadang hati saya memberontak mahu minta suami lepaskan saya dan minta suami saya mencari orang lain yang boleh membahagiakan dia tapi hati saya tidak merelakannya. masa saya baca entry yang awak tulis tetang perempuan kena ingat bila tahu bermadu saya terfikir kalau ianya semudah apa yang awak tuliskan sudah lama saya relakan. dalam keadaan yang lain bila suami terlalu marah dia pernah mengatakan kalau saya mati cepat itu lagi baik tak menyusahkan sesiapa. sesiapa pun akan terasa bila orang yang kita sayang berkata begitu sedangkan kita memerlukan seseorang yang boleh memberikan kekuatan pada kita untuk terus bertahan "


saya terfikir kalau saya berada di tempat pengirim email tu apa yang akan saya lakukan? sungguh saya tak ada jawapan untuk semua itu dan saya tak tahu apa yang harus saya lakukan untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sebegitu.

sabar !!!
hanya itu yang mampu kita ucapkan bila seseorang di timpa musibah, sebenarnya mereka tak perlukan kata-kata itu sebab orang tak akan rasa apa yang di laluinya.. jadi apakah ayat yang terbaik yang boleh di ucapkan bila keadaan-keadaan itu berlaku?

apa yang boleh saya katakan Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya sendiri tidak mampu untuk menempuh dugaan yang di berikan. Allah tak akan kejam pada hambanya, Allah menduga hambanya kerana Allah sayangkan hambanya.

Dan dari situ kita boleh nilaikan bagaimana kah sikap dan sifat seseorang bila di duga. sama ada berubah jadi baik atau sebaliknya.. memang kita tak minta semua tu tapi percayalah dugaan-dugaan itu merupakan balasan pada dosa-dosa kecil yang kita lakukan suatu ketika itu ......


Nota : susah nak hadap penulisan yang lebih kepada kekeluargaan sebenarnya ... mungkin pengirim email tu rasa yang saya sudah pun berkahwin .... pada pengirim email tersebut semoga tabah menjalani hari-hari yang akan datang dan semoga di berikan kesihatan yang baik. 


04 February 2013

Kesian Dekat Saya Tangan Bengkak




Kesian dekat saya tangan kanan bengkak tak tahu kenapa, agaknya ada binatang gigit masa kemas-kemas semalam agaknya ... bukan bengkak jer tapi gatal sesangat ... dengan berbekalkan kuku yang lupa nak potong maka bermula lah edisi garu mengaru sampai luka.. bila dah tak tahan gatal baru cari ubat untuk di sapu ... okey ingatkan bila bangun tido bengkak akan hilang dan gatal akan reda ...

tapi........
ternyata sangkaan saya silap... bila bangun pagi-pagi dah rasa tangan kebas dan susah nak gerak kan .. bengkak tak hilang jugak .. laju-laju mandi siap-siap dan terus pergi klinik ....

macam biasalah mesti diktor bagi ubat sapu + ubat tahan gatal + antibiotik ... nasib tak pahit ubat-ubat tuh kalau tak memang tak makan lah jawabnya hiks ....

dan sekarang tangan kanan tak boleh nak angkat barang berat sangat, bila angkat barang berat sikit jer dah rasa kebas-kebas ... nasib lah saya menulis tangan kiri jadi tak adalah masalah sangat.. kalau setakat nak ketuk-ketuk keyboard nieh mampu lagi lah walaupun terasa kebas-kebas ...


Nota : malas nak menulis panjang-panjang sangat .... 

01 February 2013

Sebak Dalam Kegembiraan #SaveJejai




Masa Majlis Sepetang Bersama Blogger tengah riah rendah dengan kawan-kawan tiba-tiba mata saya terpandang ke arah pintu masuk dan pada masa tu jugak lah saya terpandang seseorang yang dah lama menyepi dari dunia blogging ....

*pause*

Saya kenal Abang Jejai masa pergi majlis buka puasa di Cititel Hotel tahun lepas.. selepas majlis buka puasa tu ada jugak borak-borak dengan Abang Jejai Dekat facebook dan twitter ... dah memang sikap dia suka gurau senda jadi tak adalah saya jangka ada something yang dia rahsiakan...

*pause*

pertemuan ke dua di Majlis Bukak Puasa di Seksyen 7 Shah Alam tahun lepas ... sempat dia sakat saya "nanti mia jadi baby sister anak abg jai yer" saya gelak jer lah sebab tak kan lah anak abang jai nak main lari-larikan sedangkan mereka dah besar .....

banyak jugak yang abang jai kongsikan sementara menunggu majlis bermula ... dia seorang yang tak kedekut ilmu ....

*pause*

saya jadi pelik sebab tiada entry terbaru dari Abang Jai, cuba jugak risik-risik dari kawan-kawan tapi seorang pun tak tahu ke mana abang jai pergi menghilangkan diri..

mungkin Abang Jai sibuk dengan urusan kerja itu tanggapan saya masa tuh lah ... jadi lama kelamaan lupa sekejap pasal kehilangann Abang Jai..


*play*

sentap terus bila menerima perkhabaran yang sangat-sangat menyedihkan ..... dan saya tak mahu percaya akan berita yang saya terima sebab apa yang saya lihat ( pada masa itu ) tak sama dengan berita yang di sampaikan...

Kanser Paru-Paru stage 4 !!!!
itu lah yang di beritahu dari rakan-rakan saya ... 

apa yang boleh saya katakan ... saya sentiasa berdoa agar abang jai kembali sembuh seperti sedia kala ....

BACA SINI untuk kisah selebih nya ....


Nota : kadang-kadang allah menduga kita tak kira bagaimana pun situasinya .. Allah tak akan menduga hambanya jika hampanya tidak mampu hadapi dugaan yang di berikan .... 


17 August 2012

Masih Ada Lagi Kawan Masa Menangis #SaveJejai





mana saya nak mula, manulis dalam kesedihan di saat membaca terlalu banyak perkabaran yang menyedihkan di saat orang lain sedang bergembira.. berat mata memandang berat lagi bahu yang mamikul..


Masa jumpa dengan abang jejai dekat cititel tempoh hari memang saya tak banyak cakap dengan abang jejai yer lah kan pertama kali saya jumpa dia mesti lah saya segan tapi kalau dekat timeline kemain sakan lagi..


Masa bukak puasa dekat dewan raja muda musa hari tu dah okey boleh borak-borak dan abang jejai ada mintak saya jadi baby sister anak dia.. saya gelak je lah kan mana tau dia gurau...


satu pagi tu saya nampak banyak email masuk laju-laju saya bukak facebook dan saya terdiam baca aper yang tertulis dalam group save jejai.. sumpah saya sedih sesangat sebab dalam gembira yang di perlihatkan rupanya ada derita di sebaliknya...


Kanser paru-paru stage 4 !!!

Ini adalah pekara serius dan bukannya main-main... saya di maklumkan yang abang jejai tak mahu pekara ini di hebohkan, dia tak mahu menyusahkan sesiapa tapi keadaan dah kritikal ketika ini.. dan selepas memdapat green light dari rakan blogger yang lain baru lah entry ini di tulis..


Azhar bin ramli
164351079691 ( maybank )

Mazliana Othman ( wife jejai )
164089741562 ( maybank )


Mumgkin hari ini hari abang jejai tapi esok lusa munhkin hari kita pulak... bantulah yang termampu sekurang-kurangnya dapat ringankan beban abang jejai sekeluarga..


03 July 2012

Jangan Tahan Buang Air







Pernah tak korang rasa sakit masa nak buang air, rasanya ini pertama kali kena macam ini.. susah nak kata sakitnya macam mana tapi kalau ada yang pernah kena mesti tau sakitnya macam mana.

banyak sangat info yang saya baca hari ini, semua nya hampir sama saja.. mungkin lah itu sebabnya terasa sakit bila nak buang air sebab tuh mak mak selalu pesan jangan tahan buang air nanti kena batu karang siapa yang susah ...

sekarang ini apa nak buat selain jumpa doktor.. segan lah nk jumpa doktor sebab klinik panel tuh semua doktor lelaki ... huhuhu ..