Showing posts with label BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG. Show all posts
Showing posts with label BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG. Show all posts

16 June 2013

Molikul Molikul Cinta




Selalu je kita dengar ada yang kata "cinta itu buta" sebenarnya cinta  itu tak buta tapi manusia yang bercinta itu sendiri sebenarnya buta. kenapa harus salahkan cinta sedangkan diri kita yang mengawal semua perasaan yang datang?

Satu lagi kisah cinta yang mahu saya kongsikan, mungkin ada di antara pembaca blog ni mengalami situasi yang sama.. 

cerita seorang kawan ... dia bercinta dengan orang lain tapi bertunang dengan orang lain dan mungkin akan berkahwin dengan orang lain ...

berkahwin dengan orang lain?
persoalan itu saya ajukan pada kawan saya supaya lebih jelas kenapa dia berkata sebegitu ...

cerita kawan saya ....
pada masa dia mahu bertunang dia buat solah istikarah dan dia nampak teman wanita dia yang hadir ... tapi entah macam mana dia bertunang dengan orang lain yang dia hanya anggap kawan saja sebelum ini ....

sepanjang usia pertunang itu banyak benda yang berlaku.. benda-benda yang membuatkan keluarga masuk campur dan mungkin perkahwinan dengan tunang dia tidak dapat di teruskan ...

bukan saya mahu membuka aib orang tapi saya rasa benda nie ada tertulis juga "lelaki yang baik untuk perempuan baik dan perempuan baik untuk lelaki baik dan begitu juga sebaliknya" tapi kalau lelaki dapat perempuan yang tak berapa nak baik itu adalah dugaan yang Allah berikan pada lelaki itu untuk membimbing perempuan tu menjadi lebih baik daripada kehidupan dia sekarang.

tapi kalau perempuan dapat lelaki yang tak berapa nak baik lebih baik fikir banyak kali untuk teruskan perhubungan, tapi kalau mata hati dah buta dan langsung tak boleh nak lihat apa yang berlaku memang susahlah jawabnya.

bila dah begitu keluarga kawan saya bertindak mencarikan calon lain untuk menjadi teman hidup kawan saya nie... bukan setakat itu keluarga kawan saya siap kata kalau tak cukup duit untuk majlis perkahwinan mereka akan berikan ....

Allah akan memudahkan urusan yang baik jika mendaat redha dari keluarga ... dan begitulah sebaliknya ....


Satu lagi kisah cinta yang mahu saya kongsikan yang mungkin jarang-jarang berlaku dalam kehidupan normal kewarasan manusia.. mungkin pada yang pernah laluinya tahu betapa sakitnya rasa bila terpaksa lalui keadaan-keadaan yang tak pernah terjangka..

cerita kawan saya .....
dia dan teman lelaki dia dah kenal agak lama cuma baru 2 tahun bercinta .. hari-hari mereka berhubung melalui talian sebab jarang mereka yang jauh ( sorang dekat johor sorang dekat penang ) yang buatkan mereka jarang bertemu ...

Bila dah macam tu teman lelaki kawan saya ni bertindak mencari teman wanita lain tapi dalam masa yang sama teman lelaki kawan saya ni tak mahu lepaskan kawan saya atas alasan masih sayang.


saya tanya pada kawan saya "kenapa mesti macam tu kalau sayang semua tu tak akan berlaku" itu soalan yang tak ada jawapan sampai hari ini..

1001 kisah cinta kehidupan manusia yang punyai kisah cinta tersendiri sama da sedih atau pun gembira . pada saya setiap orang punyai hak untuk nikmati kegembiraan ketika bercinta.


satu lagi kisah cinta yang agak mencabar perasaan pada saya...
kisah ini sebenarnya dah berlalu bertahun lama nya tapi pemilik hati tidak pernah lupakan kisah itu hingga sekarang ...

suatu malam di malam minggu sebaik saja keluar dari sebuah kelab malam di sekitar kuala lumpur pasangan itu kemalangan ( kemalangan yang di rancang ) sebenarnya sebelum mereka keluar dari kelab malam tu sesuatu telah pun berlaku dalam kelab malam tu hingga menimbulkan kekacauan ...

dalam kemalangan tu teman lelaki perempuan tu meninggal dunia tapi lelaki tu sempat meninggal kan pesan pada perempuan tu untuk kehidupan akan datang ... 

"jangan datang situ lagi sampai bila-bila dan jaga diri bebaik apa pun kehidupan yang berlaku akan datang teruskan jugak kehidupan dan ingat masa-masa yang mengembirakan walaupun hati tengah sedih"

itulah pesanan lelaki tu pada perempuan tu sebelum pergi untuk selamanya ... sejak tu macam mana kehidupan perempuan tu untuk tahun-tahun seterusnya tak ada sesiapa yang tahu ...




Nota : kita yang tentukan apa yang kita mahukan dalam kehidupan perhubungan ..... 


update via phone mobile



Perjalanan Kehidupan Yang Bagaimana




Terasa macam dah lama tidak duduk bersama menikmati minuman kegemaran sambil berbual kan? sejak kebelakangan nie banyak benda yang di sibukan untuk di selesaikan hingga masa-masa bersama terabai ...

Sebenarnya kehidupan kita sangat berbeza, tak semestinya apa yang saya suka orang lain akan suka dan tak semestinya orang lain suka saya akan suka.. bukan ke perbezaan-perbezaan tu buatkan kita jadi semakin dekat untuk lebih memahami dan mengenali?

bagaimana pun hubungan kita dengan orang-orang di sekeliling kita orang lain tidak ada hak untuk pertikaikan apa yang di lakukan malah orang lain tidak ada hak untuk berkata yang kita tidak layak menikmati rasa gembira..

pada saya gembira itu nikmat yang di berikan oleh Allah kepada semua orang cuma kita saja yang tentukan gembira bagaimana yang kita mahukan.

masa-masa yang mengembirakan tak akan terulang kembali jika kita sendiri membiarkan saat-saat gembira itu berlalu begitu saja tanpa menyimpan nya dalam album kenangan ....

Kadang-kadang Allah memberikan kegembiraan pada kita tapi dalam masa yang sama Allah merampas sesuatu dari kita.. Ada masanya Allah menduga kehidupan kita tapi dalam masa yang sama Allah memberikan sesuatu pada kita.

                                                        BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Contohnya Allah memberikan kesennagan pada kita tapi dalam masa yang sama Allah merampas bahagia yang kita miliki atau Allah memberikan Bahagia pada kita tapi dalam masa yang sama kita berada dalam kesusahan ... 

Ada juga yang kata bahagia seseorang itu datangnya dari kesenangan yang di miliki tapi pada saya walaupun kita di berikan kesenangan yang kita mahukan tapi belum tentu kita akan bahagia sebab bahagia bukan datang dari kesenangan.


Nota : apa yang kita mahukan tak selalunya mudah untuk kita dapatkan kadang-kadang kita kena lalui jalan yang berliku ..


update via phone mobile

11 April 2013

Perempuan Kena Ingat Bila Tahu BERMADU




Opsssttttt ada yang kata pada saya kenapa saya hanya menulis tentang lelaki saja sedangkan perempuan juga harus tahu peranan mereka kalau dah tahu mereka itu bermadu.. 

Perempuan akan jadi separuh gila bila tahu mereka sebenarnya bermadu, lagi parah kalau mereka tak boleh nak terima kenyataan yang mereka sedang berkongsi kasih dengan perempuan lain. 

ini saya nak kata pada perempuan-perempuan yang susah sangat nak terima kenyataan bahawa mereka sebenarnya berkongsi kasih.. sempurna macam mana pun korang tapi kalau lelaki yang korang saya tuh tetap mahu ada yang lain memang tak boleh nak buat apa lah jadi tak perlu korang nak meroyan bagai... 

1 - korang kena sedar diri yang korang berkongsi kasih jadi jangan buat macam lelaki yang korang sayang tuh macam hak korang sorang... 

2 - korang jangan gatal mulut tanya apa yang lelaki kesayangan korang buat macam berada bersama dengan madu korang manalah tahu jawapan yang di berikan akan buat korang naik hantu kan... 

3 - asalkan lelaki kesayangan korang tak abaikan tangungjawab dia pada korang dah kira bagus dari korang di abaikan....

4 - jangan sesekali pergi serang madu korang tuh sama ada dekat rumah dia atau dekat tempat awam tapi kalau nak baling cawan kat muka madu korang tuh sangat di galakan..

5 - kalau korang jenis mulut celupar dan busuk macam air longkang baik korang kawal sikit apa yang korang mahu katakan.. tapi korang  di galakan menyumpah pada lelaki kesayangan korang kalau ada yang korang tak puas hati.

6 - agak-agak korang dah penat bebel dan dah tak tahu nak buat apa jangan sesekali terfikir nak hantar kum-kum dan seangkatan dengan nya pada madu korang tuh sebab nanti masa korang nak mati susah tanah tak terima mayat korang. jadi jalan terbaik korang terima je hakikat yang korang sebenarnya bermadu..

cukuplah 6 tips dari saya, sebelum korang kata saya nak kata memang susah nak terima kenyataan ini tapi yang korang nak sakitkan kepala otak korang fikir benda-benda sampah ni buat apa anggap je lah lelaki kesayangan korang tuh hak korang sorang dan anggap tak ada orang lain dalam kehidupan korang.

dan jangan nak update status yang merepek bagai dekat facebook dan sebagainya menmburukkan lelaki kesayangan korang dan madu korang tuh.. itu tindakan kurang bijak namanya.... 

Nota : "kalau dapat madu yang baik, baiklah kehidupannya tapi kalau dapat madu yang tak berapa baik maka tak baiklah jadinya" 

10 April 2013

Jangan Bandingkan Pasangan-Pasangan Korang






Cuba menghadap apa yang mahu di tulis kalau tak boleh nak hadap jugak dengan penulisan sendiri itu maknaya otak saya tak boleh nak menjana kewarasan dengan betul.

Siapa yang belum baca entry INI sila baca terlebih dahulu sebelum meneruskan apa yang saya mahu tulis supaya korang akan faham apa yang saya katakan.

saya rasa mesti ramai yang susah nak terima bila tahu yang dalam kehidupan berdua ada orang lain senang cerita orang ke tigalah yang kadang-kadang punca keretakan sesebuah hubungan..

tips nie untuk lelaki-lelaki yang rasa masuh tambah bilangan pasangan seperti blogger yang semakin fofular di kalangan peminat-peminat fanatik beliau.


1 - kalau korang rasa mampu berlaku adil pada kedua-dua pasangan korang boleh teruskan niat korang tuh. bukan mampu dari zahir dan bati tapi perasaan jugak kena adil. dan saya percaya ramai yang tak mampu berlaku adil bila melibatkan perasaan.

sekali pun korang kata yang korang mampu berlaku adil tapi cuba tanya perasaan korang mampukah perasaan korang berlaku adil. jawapannya mestilah tak akan mampu.

2 - jangan sesekali cerita tentang pasangan korang yang satu lagi pada pasangan korang yang sedia ada, kalau korang rasa nak kena baling dengan cawan dekat muka boleh lah cerita semua pekara tentang pasangan korang pada pasangan korang ... 

kenapa saya kata jangan sebab bila korang bercerita pasal pasangan korang pada pasangan korang akan timbul perasaan yang lain macam pada pasangan korang tu. mungkin pasangan korang akan menyumpah pasangan korang yang satu lagi.

3 - jangan banding-bandingkan kedua-dua pasangan korang tu, mungkin akan ada kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan korang tuh dan itu akan buatkan perasaan cemburu timbul. 

4 - kalau pasangan-pasangan korang boleh terima korang seadanya kenapa korang tak boleh nak terima pasangan-pasangan korang seadanya.. jangan pertikaikan kelemahan dan kisah silam pasangan-pasangan korang kerana itu akan buatkan perasaan pasangan-pasangan korang memberontak dan pasti akan berlakunya pergaduhan.

5 - jangan post gambar mesra korang dekat facebook biarlah gambar-gambar mesra korang tu hanya korang je yang tengok bukannya untuk tontonan umum...

cukup lah tuh 5 kang susah pulak nak hadam apa yang saya tulis tak pun korang akan jadi tak berapa nak waras sebab kena fahamkan apa yang saya katakan.. heheheheheh

ingat senang ke nak bermadu, siapa kata senang silap hari bulan boleh berlakunya "perang" jadi pandai-pandailah korang atasi masalah kalau pasangan-pasangan korang gaduh ....


Nota : tak ada kaitan dengan saya apa yang saya tulis ni cuma berkongsi apa yang di fikirkan saja .




06 April 2013

Cinta Jangan Kau Pergi




X : awak hak saya kan?
X : awak kesayangan saya kan?
X : awak faham tak saya sayang awak ?

X : saya hak awak kan ?
X : saya kesayangan awak kan?
X : boleh tak awak faham yang saya sayang awak?


Macam mana pun ayat itu maksudnya tetap sama je, kadang-kadang ayat-ayat macam tu akan buat saya senyum sorang-sorang dan bercakap dengan dinding bilik saya. 

X selalu kata yang saya ego dan pentingkan diri sendiri.. haipppp bukan ego dan pentingkan diri sendiri tapi kerasa hati dan suka buat ikut sesuka hati tapi rasanya X tau hati saya macam mana...

sometime ayat-ayat saya agak celupar jugak dan ada kalanya akan buat X marah gegila dekat saya yang tak reti-reti nak cover keceluparan saya nie .. mihahahahahaha 

Siapa yang ajar lah bila rindu je mesti marah-marah dan marah tak tengok kiri kanan kalau ada kereta ke apa ke mesti dah kena langgar.. 




Lama tak dengar lagu nie, dulu-dulu selalu je dengar lagu nie masa-masa kerinduan .. muhahahaha giler kemain gedik ayat macam tuh kang ada yang muntah darah pulak ....

walaupun ada part yang dah berubah tapi tak bermakna hati saya jugak berubah... masa saya tak banyak buat X itu yang sejujurnya tapi saya masih lagi dengan dia hingga ke hari ini....


V : sayang saya kan?
V : rindu saya kan?

X : mestilah sayang
X mestilah rindu

V : banyak mana rindu dekat saya

X : banyak tak terkata....


X : nak putus sekarang ke?
X : kalau nak putus sekarang boleh je

V : keputusan awak yang buatkan jadi saya terima je
V : sebab awak dah orang lain ler tuh .....

bila ksengalan menjelma di saat masing-masing lama tak bertemu itu lah yang selalu berlaku tapi X lebih tahu yang saya masih perlukan dia dan sentiasa perlukan dia... 



X lebih tahu bagaimana saya .... jadi saya tak perlu nak cerita semuanya di sini .... macam mana pun saya bukan hak sesiapa nak menilai bagaimana saya ... sama ada saya dengan X haris bersama atau berpisah bukan orang lain yang tentukan ......


Nota : selamat ulangtahun yang pertama :)

Birthday My Bos




Fuhh hari yang sangat-sangat busy dengan arragment besday my bos dekat pejabat waktu lunch tadi ... sampai ada yang tanya susah sangat nak cari saya hari ni sebab tak ada dekat pejabat .. memang lah sebab saya berada di HQ bukan di pejabat saya ....







Happy Birthday bos .... 
kek cokelat yang sangat sedap nasib baik dapat makan banyak .. yang lagi satu tu je saya tak makan sebab tak berapa berkenan di hati tapi kata kawan saya sangat sedap kek tuh.... 

nampak simple sangat kek tuh, kalau saya saya lebih suka tulis atas kek dari letak small board cam tuh nampak tak berapa nak best sangat.....




4 jenis nasi arab yang di tempah dari restoran zamzam seksyen 9 shah alam petang semalam .... rasanya memang sangat-sangat sedap tapi tak berapa nak kena dengan selera saya lah kan ....

kemain sungguh komplen bagai kalau dah tau kenapa oreder semalam ... sendiri order sendiri komplen tak ada .. hahahahaha 




hiks inilah hasilnya selepas kek tuh di potong, nampak tak krim-krim itu akan membuatkan sesiapa pun teruja untuk menikmatinya sehingga habis...


kata bos saya "budak nie mana-mana event mesti dengan camera" hahahah ye lah kan mana best kalau tak ada event bukan selalu dapat merakam kan detik-detik kegembiraan semua orang.. kenangan yang tercipta hari ini tak akan terulang pada masa akan datang...


Nota : happy birthday bos .....
bunga dan belon tuh buat saya teruja walaupun kita orang tempah khas untuk bos tapi saya yang teruja lebih sampai bos saya kata saya kanak-kanak ribena ... heheheheheh

05 April 2013

Di Saat Kebosanan Dan Keletihan




Nampak macam banyak warna pink kat atas meja tuh, hiks nama pun gegurl jadi mana boleh di pisahkan dengan warna pink kan.. heheheh okey kalau boleh memang semua benda nak warna pink termasuk cover tab dan phone sekali tapi tak jumpa yang berkenan di hati pulak.... 

kemas tak meja saya... hahahah memang lah nampak kemas sebab dah nak balik kot jadi kenalah kemas supaya mood esok hari nak buat kerja pun bertambah .... 

jangan tinggalkan meja korang dalam keadaan bersepah okey, malas macam mana pun kena kemas jugak.. hiks ...




Mendatang nieh selalu je menyemak dalam bil tepon kawan-kawan pejabat saya, tiap kali buat audit bil tepon mesti akan ada masalah yang sama.. dan yang tak boleh tahan saya jugak yang kena bebel  pasal menatang ni ... sendiri guna phone janganlah bebel dekat orang lain...  jangan gatal tangan balas sms yang di hantar lain kali kang tak memasal kena bayar 4 juta sebab menatang ni je... 




tadaaaaa nieh lah peneman saya di kala saya ke bosanan di pejabat, sengaja saya letak kan ted tuh kat situ supaya saya boleh nampak dia dengan jelas...

sebenarnya saya sendiri tak tahu apa kerja saya dekat pejabat tu, nak kata mengadap system seminggu sekali pun payah .. system tuh untuk cover line je di saat saya kemalasan mahu buat kerja...




cuba korang teka itu tempat apa? 
salah .... itu parking kereta + tempat letak barang .. bawah boleh parking kereta dan yang sebelah atas tuh boleh letak pallet tapi malang nya tak ada siapa yang berani nak park kat bawah tuh sebab takut barang jatuh .. hahahaha sengal tak ada jatuhnya sebab orang yang buat tuh dah kaji sama ada selamat atau tak....

benarnya inilah kerja saya hari-hari sejak saya ambik alih buat kerja-kerja audit luar pejabat... kalau masa cuaca panas memang menyumpah bagailah dah lah besar gedabak kawasan pejabat + warehouse ... itu kerja luar pejabat bila masuk pejabat lain pulak kerjanya... rupanya saya yang paling banyak kerja kena buat .... #pengsan


03 April 2013

Apa Adanya




Sejak beberapa menjak ni selalu sangat saya terkejut walaupun hanya dengan pekara kecik je, macam orang tegur saya dari belakang ke, macam orang bagi barang dari tepi kan tapi yang pasti bukan sebab ada orang yang sengaja buat saya terkejut.. mungkin sebab terllau penat itu yang buat jadi macam tuh agaknya.

semua salahkan penat bilanya nak salahkan diri sendiri yang tak reti-reti nak rehat... tengok lah esok-esok macam mana pulak heheheheh..

lepas lunch t/hari tadi kawan saya terima panggilan dari ahli keluarga dia mengatakan abang ipar dia meninggal dunia akibat serangan jantung, maka bergegaslah kawan saya ke hospital serdang di mana kakaknya berada. 

dari apa yang kawan saya bagi tahu jenazah akan di kebumikan di kelantan pada esok hari sebaik saja tiba di sana..

teringat pada arwah ex bos saya yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa sedang bersiap-siap untuk ke pejabat  dalam masa yang sama teringat arwah abang jai.

perasaannya akan lain bila kita kehilangan orang-orang yang terdekat dengan kita lebih-lebih lagi yang dah rapat dengan kita.. macam mana pun kita senyum agar kelihatan gembira pada hari-hari seterusnya pasti tetap akan ada kesedihan.

beberapa hari ni rasanya saya banyak mendiamkan diri, mungkin sebab saya mahukan ketenangan atau mencari gembira yang sedikit hilang. letih fizikal tak sama dengan letih mental .. kalau letih fizikal boleh rehat tapi kalau letih mental macam mana nak rehatkan.

beberapa lepas saya di hubungi oleh kawan lama saya, tak sengaja saya bertanyakan tentang majlis perkahwinan dia yang akan berlangsung sebulan saja lagi. kata kawan saya majlis tersebut sudah di batalkan atas sebab dia sendiri tak tahu kenapa.. dia cuba mendapatkan jawapan dari tunang dia tapi panggilannya tidak berjawab... 

kalau ada jodoh pasti tak akan ke mana, saya percaya setiap benda baik yang kita mahu lakukan pasti Allah akan permudahkan jalan kita dan pasti akan ada dugaan dalam perjalanan kehidupan tersebut. Allah tak akan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu nak laluinya.

Apa pun semoga kawan saya tuh dapat jawapan apa sebenarnya yang berlaku hingga majlis tersebut di batalkan tanpa adanya alasan  yang kukuh...

kita yang pilih apa yang kita mahukan sebenarnya.... kalau kita tak mahu tapi berlaku jugak itu namanya ketentuan tuhan dan memang tak boleh nak buat apa-apa .....


Nota : kadang-kadang kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk kita, kita tak mahu macam mana sekali pun kalau Allah dah kata itu untuk kita maka untuk kita lah benda tuh sama ada baik atau tidak Allah lebih tahu .... 

31 March 2013

Ternyata Saya Yang Akan Kecewa




Dalam banyak-banyak pekara ada satu benda saya yang tidak dapat kita lakukan termasuk saya sendiri.. Ada yang kata saya hanya tahu menulis tapi dalam kehidupan sebenar saya tidak sama dengan apa yang saya tuliskan di ruangan ini.

Bukan senang nak puaskan hati semua orang sekali pun kita berusaha untuk memenuhi segala kehendak orang-orang di sekeliling kita tapi ternyata kita akan gagal melakukannya. bila itu yang berlaku pasti rasa kecewa itu akan hadir walaupun perasaan kecewa itu tidak kita undang.

secara jujurnya saya memang gagal memuaskan hati semua orang yang ada di sekeliling saya termasuk dia, dan tiap kali perasaan saya down hanya kerana saya tidak mampu memenuhi semua kehendak orang-orang di sekeliling saya, perasaan saya akan mula memberontak dan sudahnya saya akan pergi sejauh yang boleh meninggalkan apa yang saya ada... 

sebenarnya saya akan jadi rimas bila terpaksa terlalu menjaga apa yang akan orang lain mahu katakan tentang saya... tentang kehidupan peribadi saya, tentang kehidupan saya dan seseorang semua tuh buatkan saya jadi rimas.. 

kalau mahu sangat apa yang saya ada datang jumpa saya dan cakap sendiri dengan saya tak perlu nak kata belakang saya ... sekali pun perempuan tuh p****** saya tetap akan berikan apa yang di mahu kan asalkan dia tak ganggu ketenangan hidup saya .....

tak kisah lah kalau ada manusia yang akan kata saya bodoh sebab lepaskan apa yang saya ada, rasa nya itu lebih baik dari saya sakit hati dan lukakan perasaan sendiri ... dan kalau semua buruk yang nampak pada saya jadi apa lagi yang saya nak kata selain dari pada terima je kan ... mulut tempayan boleh lah tutup tapi mulut manusia yang busuk macam longkang mana boleh tutup kan...

Terasa hati sangat-sangat dengan kenyatan 2 hari lepas ... dan kenyataan itu buatkan saya bertindak drastik dengan menutup akaun facebook ... lagi aman hidup tanpa facebook dengan kehadiran manusia-manusia yang add saya hanya sebab nak stalker kehidupan saya dan sudahnya buruk kan saya di belakang saya....

awak dan awak dan awak saya nak kata... tak payah nak stalker saya sangat sebab awak tak akan dapat apa yang awak cari.. kalau awak nak apa yang di hajatkan datang jumpa saya cakap sendiri dengan saya bukan main kasar dengan saya... 


Nota : biarlah mereka bahagia dengan dunia yang mereka cipta dan mereka gembira dengan jalan yang mereka pilih... saya dah sangat penat kerana setiap kali saya yang salah... sudahnya saya yang rasa kecewa....

17 March 2013

Kenapa Perempuan Curang




kalau dulu selalunya lelaki yang selalunya akan berlaku curang terhadap pasangan mereka tapi sekarang ni ada je perempuan yang berlaku curang terhadap pasangan mereka.. tapi kenapa ada perempuan yang sanggup berlaku curang terhadap pasangan mereka sedangkan mereka ini selalunya di katakan lebih setia kalau nak di bandingkan dengan lelaki.

Mungkin faktor kurangnya kasih sayang yang buatkan seseorang perempuan tuh bertindak mencari kasih sayang bersama lelaki lain. kadang kala ada lelaki yang beranggapan bila mereka telah menyediakan segala keperluan itu sudah memadai tapi lelaki kena ingat perempuan juga ada perasaan yang harus di jaga dan di berikan kasih sayang yang cukup bukan hanya memberi barang yang mahal-mahal.

kurangannya hubungan intim bagi pasangan yang sudah berkahwin juga merupakan faktor yang paling penting.. kadang-kadang lelaki ni suka mengambil sikap lepas pandang dalam soal ini.. kalau lelaki perlukan kepuasan dalam hubungan intim begitu juga dengan perempuan dan bila berlakunya ketidakpuasan dalam hubungan kemungkinan besar perempuan akan bertindak mencari kepuasan dengan orang lain ( yang ni saya belajar dari kawan-kawan yang dah kawen ye )

Faktor kebendaan jugak boleh buatkan perempuan berlaku curang, katakan pasangan mereka tidak mampu berikan apa yang mereka mahukan sedangkan lelaki lain mampu berikan apa yang di perlukan tak mustahil mereka akan berpaling dari pasangan mereka.. 

lelaki kena peka dengan setiap perubahan pasangan mereka dari masa ke semasa, kalau boleh di perbaiki kenalah perbaiki mana yang patut jangan pandang remeh hal-hal yang macam ni dan jangan saling menyalahkan sesama sendiri bila masalah dah semakin rumit.. jalan penyelesaiannya berbincang mana yang patut dan kalau rasa tak boleh nak terima akan kecurangan yang di lakukan sila lepaskan dengan cara baik ... dari sakit hati biar sakit mata ... 


Nota : sekadar berkongsi pendapat dan tiada kena mengena dengan diri sendiri ... bahagia milik kita dan kita yang tentukan bahagia atau derita yang kita pilih.


15 March 2013

Setahun





Sedar tak sedar sudah setahun... dalam masa setahun tu banyak benda yang di lalui.. suka dan duka silih berganti tapi tetap bersama.. 

membina hubungan ibarat membina sebuah hubungan kalau asanya kukuh maka sampai bila-bila pun ianya akan tetap kukuh jadi tak akan runtuh ...

jarak dan waktu yang sering kali memisahkan bukan alasan untuk meruntuhkan apa yang di bina, paling penting asalah kepercayaan.. dalam apa pun keadaan kepercayaan itu adalah asas utama.. 

tipulah kalau saya kata tiada lalang atau serangga perosak yang sering kali menganggu ketenangan saya tapi saya selalu akan ambik jalan selamat adalah percaya pada kata hati dan bukan nya pada apa yang orang lain kata.. kalau saya ambik kira apa yang orang lain kata dan terlalu sangat ambik kira ganguan-ganguan yang datang mungkin dah lama runtuh apa yang saya bina selama setahun nie...

365 hari sudah berlalu dan keadaan tetap tenang seperti hari-hari sebelumnya ... rutin harianya sama je tak ada yang berubah.. perasaan tuh sama saja sikit tak berubah walaupun ada je dugaan yang melanda....


Nota : terima kasih untuk setahun ini ... terima kasih atas gembira yang di berikan .... terima kasih ye saya gembira saat ini ....

14 March 2013

Awak Perempuan Saya Pun Perempuan




Walaupun saya perempuan tapi saya masih tak faham kenapa ada perempuan yang suka ganggu kehidupan orang lain walaupun perempuan tu dah ada pasangan.

Mungkin pasangan hidup perempuan tu tak cukup bagus atau tidak seperti pasangan hidup orang lain yang mereka hanya nampak pada "pandagan maya"

Kesian pulak saya tengok perempuan-perempuan yang macam tak cukup kasih sayang sehingga sanggup mencari kasih sayang dengan cara menganggu kehidupan orang lain. 

sudah-sudah lah tu ganggu kehidupan orang lain, tak akan ke mana pun lagi akan buat orang di sekeliling benci adalah...


* Kisah 1 *

Sorang perempuan ni dulunya pernah berkasih sayang dengan seorang lelaki yang mana hubungan mereka dah lama putus, sampai satu masa lelaki tuh jumpa penganti perempuan tuh.. boleh di katakan lelaki tuh dah bahagia dengan penganti perempuan tuh tapi malangnya perempuan tuh macam tak boleh terima hakikat yang lelaki tu dah ada penganti. jadi perempuan tu cuba tarik perhatian lelaki tu dengan macam-macam cara..

perempuan tu kata yang dia sakit dan tak boleh hidup lama dan hanya perlukan lelaki tuh untuk temankan hari-hari dia yang tinggal tak seberapa hari saja lagi... dalam masa yang sama perempuan tu dah ada penganti lelaki tuh ... 


* Kisah 2 *

situasinya lebih kurang sama dengan kisah pertama tadi .. masing-masing dah ada penganti tapi bila lihat lelaki yang pernah dia sayang bahagia dan gembira mula lah perempuan ni tak senang duduk dan mencari jalan untuk dapatkan balik lelaki tu...

"kita orang dah pernah bersama dia lelaki pertama yang sentuh saya" siapa yang tak sentap bila ayat macam tu di luahkan lebih-lebih lagi orang yang di maksudkan orang yang baru bertapak di hati ... huru hara tak huru haralah sekejap atas perbuatan perempuan tu...


** memang saya tak faham tak tak akan pernah mahu faham kenapa ada perempuan yang sanggup lukakan hati perempuan lain asalkan apa yang di mahukan akan tercapai. asalkan apa yang di mahukan dapat di miliki perasaan orang lain tak di pedulikan... 

sudah-sudahlah tuh lukakan hati orang lain dengan perbuatan yang ntah apa-apa.. kalau dah jodoh berpisah lama mana pun pasti akan bersatu jugak jadi jangan lah malukan diri sendiri jangan letak harga diri tu dekat tangga...


Nota : kalau tak mahu orang lain rampas apa yang kita ada jangan sesekali rampas apa yang orang lain ada ..

04 March 2013

Yang Ada Hanya Kesedihan




Beberapa hari lepas anak abang jai inbox saya, waktu itu saya tersebak sebaik saja baca entry yang di tulis oleh eyriqazz sempena birthday nuffnang.. 

walaupun hanya perbualan biasa-biasa dan tiada kaitan dengan kehidupan mereka tapi saya dapat rasa yang dia perlukan seseorang untuk berbicara. mungkin dia memerlukan masa untuk membina kepercayaan sebelum meluahkan apa yang dia rasa. 

macam mana dia kenal saya?
saya pernah jumpa anak abang jai tahun lepas masa majlis bukak puasa dekat shah alam.. walaupun saya tak suka pada budak-budak tapi saya sabar je layan kerenah dia masa tu... lepas tuh dah tak pernah jumpa lagi.

beberapa minggu kebelakangan ni banyak sangat berita sedih yang sampai pada saya.. hingga buatkan seluruh berasaan saya menjadi sedikit lumpuh dan terus lumpuh bila terima pekhabaran tentang pemergian abang jai. 

kadang-kadang saya terfikir kenapa orang baik selalunya "pergi" dulu dan kenapa orang jahat tidak "pergi" dulu .. 

bukan saya mahu pertikaikan apa yang dah di tentukan Allah cuma kadang-kadang benda-benda yang macam tuh buatkan perasaan saya menjadi lumpuh sepenuhnya.

di sebalik semua berita sedih yang sampai pada saya banyak benda yang saya belajar.. belajar untuk menjadi apa yang saya mahu jadi.. Eyriqazz kata memaafkan orang yang berbuat salah lebih indah dari kita menyimpan dendam sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada esok hari.. dan kita tak tahu bagaimana nasib kita pada masa akan datang..

saya cuba untuk terima semua yang berlaku perlahan-lahan dan akan cuba buang semua rasa sedih saya saya terima.. walaupun perasaan saya sebenarnya tidak begitu kuat ..

dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka yang memerlukan seperti kisah INI 


Nota : pada yang bernah bertemu dengan saya atau hanya mengenali saya melalui laman sosial maafkan saya andai ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan korang atau ada perbuatan yang tidak di sengajakan.. apa pun salah korang pada saya sudah pun saya maafkan ... 





02 March 2013

Setia Atau Penyayang Mana Satu Pilihannya




Beberapa hari lepas kawan pejabat saya tanya satu soalan yang membuatkan saya berfikir panjang apakah jawapan yang patut saya berikan pada dia.. 

Kawan : kalau kau kan, kau akan pilih orang yang setia atau yang penyayang.

Aku : diam ( tak ada jawapan )

Kawan : kau kena pilih satu jer tak boleh pilih dua-dua .

Aku : Aku pilih orang yang setia lah..

Kawan : kalau macam tuh kau tak kisah lah kalau orang yang kau pilih tuh tak penyayang asalkan dia setia dengan kau.

Aku : tak ada jawapan ..

Kalau ikut akan fikiran aku yang tak berapa nak waras nie apa bezanya antara kedua-duanya ... kalau pilih penyayang tapi tak setia tak guna juga kan? dan kalau pilih setia tapi tak penyayang pun tak boleh jugak.. jadi baik tak payah ada pilihan..

kalau nak kata tentang setia masih ada lagikah manusia yang setia dalam perhubungan? dan kalau nak cari orang yang betul-betul penyayang pun mungkin dah pupus atau pun orang tu dah berpunya.. 

kawan aku kata lelaki akan cari lain sebab perempuan tak pandai jaga hati lelaki... sebenarnya kalau ikut lumrah kehidupan alam semesta lelaki kalau dah bosan akan mula cari macam-macam alasan untuk menutup kesalahan mereka sedangkan lelaki itu sendiri tak pernah nak puas apa yang dah mereka miliki ...

kawan aku kata lagi apa salahnya kalau berkongsi kasih sayang dengan orang lain sedangkan berkongsi itu kan manis... aku nak tanya lah di mana manisnya kalau perasaan itu tak boleh nak bersikap adil? mungkin kata-kata dan perbuatan boleh berlaku adil tapi perasaan tak akan mampu berlaku adil.

kalau macam tu aku kena timba ilmu dengan blogger INI bagaimana  mahu jadikan perkongsian kasih sayang itu indah KALAU itu yang berlaku pada kehidupan aku pada masa akan datang dan sekarang.


*drama sinetron*

"saya tak cukup baik untuk awak ke sampai awak nak cari satu lagi"

"bukan macam tuh, awak kena faham yang saya perlukan seseorang yang boleh faham saya"

"saya nie tak cukup faham awak kah"

"awak dah cukup faham saya cuma saya perlukan seseorang tu je"

"lelaki memang macam tu, tak pernah nak cukup"


kalau nak cakap pasal lelaki sampai bila-bila pun tak akan habis jadi nya korang sendiri lah yang tentukan bagaimana kah sikap lelaki-lelaki yang korang kenal ye ... lain orang akan lain sikap nya 


Nota : Happy Birthday Nuffnang ... mood tak begitu stabil untuk blogging ... Al-Fatihah buat arwah Abang Jai .. 




26 February 2013

Jemputan Ke Seminar MSMW2013






Minggu lepas terima jemputan menghadiri seminar MSMW2013 yang akan di adakan di Time Square Kuala Lumpur, dapat dua seat kira ok lah tu kan boleh ajak sesiapa yang nak jadi partner saya pada hari tersebut tapi selepas di timbang tara dan saya memutuskan untuk berikan dua-dua seat tu pada rakan blogger yang mahu pergi ....

satu tiket saya berikan pada Syafiq dan satu lagi saya berikan pada Tuan Ladfie Amir Zakaria ... 

tengok season untuk tahun ni agak menarik jugak tapi apakan daya jadual waktu saya tidak membenarkan saya pergi ke seminar tersebut.. 

pada yang belum tahu lagi seminar MSMW2013 akan bermula 27 Februari 2013 - 28 Februari 2013. 

Speeker yang akan turut serta pun boleh tahan hebat ... pada hari tersebut korang boleh berkongsi-kongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan blogger yang datang .....

waktu-waktu beginilah untuk korang meluaskan networking korang, bukan senang nak dapat berkumpul dalam satu dewa yang penuh dengan ilmu ... jadi gunakan lah sebaik yang mungkin... 


Nota : tunggu rakan-rakan yang pergi seminar msmw2013 berkongsi cerita dan pengalaman.

psstttt gambar saya curi dari blog nie tanpa di sengajakan 

23 February 2013

Langsung Tak Ada Kesedaran Sivik




Sakit hati pulak bila jumpa dengan orang yang langsung tak ada kesedaran sivik nie.. 

nak kata tengahari tak lah tengahari sangat, nak kata pentang rasanya memang dah petang pun.. habis kerja pergi lah tawaf satu shah alam dan subang jaya sebab bosan tak buat apa dekat rumah ... 

sebelum balik rumah kami singgah lah tesco untuk beli barang keperluan ... masa nak bayar saya pusing-pusing dekat kaunter tengok mana kosong sebab malas nak tunggu lama beratur... sampai satu kaunter yang memang kosong saya terus masuk tapi malangnya troli yang ayah saya bawak tu tak sempat nak sampai dekat saya sebab ada sorang pakcik ni dah masuk dulu ....

saya cakap dengan pakcik tuh "troli saya dekat belakang pakcik" yang buat saya bengang tuh boleh pulak pakcik tu jawab "saya beratur dulu dari tadi"

sentap saya dengan jawapan yang pakcik tuh berikan terus saya kata "dari tadi tak mahu beratur masa bila pulak pakcik beratur kat sini" bila mak saya dah nampak saya bising-bising dekat situ terus mak saya tarik saya dan kata "tak apa lah"

dengan rasa tak bersalah pakcik tu selamber jer terus beratur dekat situ .... dah lah tak hensem muka kedut-kedut tambah pulak tak ada kesedaran sivik .... 

kalau dia minta maaf boleh jugak saya terima ini sikit pun tak rasa bersalah ... lempang baru tahu ..... 

kecik besar kecik besar je saya tengok pakcik tuh ... rasa macam nak sekeh-sekeh jer tapi orang tua kan tak kan saya nak buat macam tuh..


Nota : macam ni kena banyak kan bersabar lah nampaknya



18 February 2013

Tiada Kisah Cinta Di Sini




Ramai pulak yang tanya pada saya macam mana saya boleh dapat tagline "bila cinta mula berkasih sayang". Sebenarnya saya dapat tagline tu secara tidak sengaja selepas beberapa kali saya buat penjenamaan pada blog nie ... 

masa buat penjenamaan pada blog ni saya masih lagi berada dalam "balang kaca" tak berani nak keluar malah apa yang saya tulis hanya untuk diri sendiri je.. kalau selak balik entry-entry beberapa tahun lepas semuanya macam bosan gitu ....

"walaupun blog cinta tapi tak ada kisah cinta pun" yang ini memang saya akui memang tak ada kisah cinta yang saya tulis lagi-lagi kisah percintaan sendiri ... 

sejujurnya saya tak berapa nak suka tulis tentang kisah percintaan sendiri sebabnya saya rasa tak PERLU orang tahu tentang kehidupan peribadi saya sangat lagi-lagi kisah percintaan saya... saya bukan artis nak jaja cerita peribadi sendiri ...

kalau orang yang baca boleh muntah apatah lagi saya yang tulis ni bukan setakat muntah je malah boleh pitam terus hehehehehe ...

kalau ada kisah cinta yang saya tulis itu hanya kisah dongeng saja bukannya realiti .... aci tak jawapan macam tu .... 

tapi tak apa saya suka dengan kehidupan saya sekarang... 

saya tak reti nak tulis kisah percintaan... saya hanya reti menulis mengikut kata hati saya ... tapi kata hati saya tak membenarkan saya menulis tentang cinta .. kihkihkihkih


Nota : mungkin tak akan ada kisah cinta yang tertulis di sini ... mungkin jugak akan ada kisah cinta yang akan di tulis siapa tahu kan?



   

Bila Eyriqazz Berkata-Kata



Lebih kurang pukul 10.27 pagi dapat mesej dari Eyriqazz mengatakan enteru balas dah keluar siap ada gelak jahat lagi ... huh ... malam semalam rasanya dia selamber je ingat tak akan ada entry balas rupanya saya silap ... huhuhu







sebab entry Eyriqazz tuh buatkan ramai yang percaya apa yang dia tulis dalam entry tuh ..... kemian sungguh diorang nie kan ... huhuhu tak patut tak patut ...

Fuhh itu baru entry bahan membahan, macam mana lah agaknya kalau eyriqazz buat entry jatuhkan saya sampai saya tak mampu nak bangun semula ..

tapi itu tak mungkin akan berlaku kan hehehehehe jadi tak payah nak fikir sangat sampai ke situ .... mihahahahahaha


Nota : dan kenapa ada pesana "cinta seseorang tanpa rasa bersalah" yang tuh saya tak faham .. apa kaitannya .. mihahahahah

Tak Cool Bila Pakcik Eyriqazz Merajuk




*gelak kejap*
kalau korang perasan pakcik ini selalu je bahan saya tak kena pada tempatnya .. kebiasaannya di tempat awam lah kan dia bahan saya.. langsung tak kesian dekat saya agaknya ...

jangan tanya mana saya jumpa pakcik nieh sebab dah lupa mana saya jumpa dia ( buat-buat lupa ) .. oleh kerana saya jarang dapat bahan dia balik sebab dia suka sangat main tipu helah jadi saya biarkan je dia bahan saya lagi pun bukan dia bahan apa pun cuma dia selalu kata saya ni budak sekolah tuh je ...

kejam lah pakcik sampai nak unfriend saya tak cool sungguh merajuk sampai begitu sekali .. lagi lah bertambah nampak macam atok-atok mihahahahaha .....

bukan saya je kena bahan boleh di katakan hampir semua kawan-kawan di kena bahan .. iskkk iskkk nieh yang buat saya rasa nak ajak kawan-kawan bahan balik pakcik nieh ... kihkihkihkih 


Nota : kekadang mereka nie buat saya gelak sorang-sorang dengan telatah mereka ...


17 February 2013

Semoga Kamu Berdua Bahagia Hendaknya




Salam kasih sayang ....
tengah borak-borak dengan kawan-kawan petang tadi tiba-tiba ada inbox masuk kat kotak pesanan .... ingatkan ada peminat nak berkenalan rupanya dapat kad jemputam perkahwinan seorang rakan maya ....

sebenarnya sudah terlalu lama saya terputus hubungan dengan kawan ini, dah tak tahu apa perkembangan cerita mereka....

*pause*

sebenarnya sebelum mereka sampai ke tahap ini terlalu banyak rintangan yang mereka harus tempuhi.. susah, senang, suka dan duka silih berganti tapi itu di namakan jodoh bila mereka akan di satukan tak lama lagi ..

saya percaya dugaan dan cabaran yang pernah mereka tempuhi suatu masa dulu akan buat mereka lebih matang dalam jalani kehiduan seharian setelah berumah tangga kelak ...

"play"

semoga kamu berdua bahagia hingga akhir hayat, dan semoga kamu berdua akan jalani kehidupan yang bahagia seperti mana yang kamu berdua impikan .... 


Nota : Selamat pengantin baru buat kamu berdua .. semoga bahagia hingga akhir hayat ...