Trypophobia

By | 31/10/2017

Sudah agak lama sebenarnya saya mahu menulis tentang ini, cuma saya tak ada kekuatan nak menulis tentang benda yang akan buat saya fobia dan boleh jadikan saya kemurungan untuk jangka masa yang lama dan boleh buat saya jadi marah ….

korang tahu apa itu trypophobia, dalam kata lain itu sejenis fobia pada benda lubang-lubang kecik dalam skala yang banyak dan pola tertentu .. macam lubang-lubang kecik yang banyak di permukaan .. bijik teratai dan sarang semut dan lebah ..

saya tak saran kan korang google mungkin korang salah seorang pengidap trypophobia dan saya tak mahu bertangungjawab apa-apa berlaku pada korang.

macam mana saya tahu saya salah seorang trypophobia … saya kesan benda tu beberapa tahun lepas sebenarnya bila mana secara tak sengaja saya terlihat bulat-bulat kecik di permukaan dalam kuantiti yang banyak dekat wall yang di post oleh salah seorang kenalan saya …

sejak tu minda saya sentiasa terlihat benda tu dan buat saya rasa sangat tak suka dan buat saya rasa nak baling semua barang … masa tu tak ada lah teruk sangat keadaan saya tapi beberapa tahun kehadapan ni lagi parah keadaan saya.

apa yang saya baca untuk merawat trypophobia  ni dengan melihat gambar-gambar tersebut tapi memang tak mampu lah saya nak tengok gambar-gambar tu .. apa yang saya tahu punca trypophobia  ni masih lagi tidak dapat di kesan dan hingga hari ini menjadi tanda tanya.

memang ada sesetengah kawan-kawan kita suka bergurau senda dengan gambar-gambar begitu tapi tolonglah peka sikit dengan keadaan .. memang pada sesetengah orang hanya untuk fun tapi pada penghidap trypophobia  itu satu benda yang sangat dasyat dalam kehidupan.

 

Nota : sebab tu saya tak suka kek sarang semut ……. bukan sebab tak makan sebab ada lubang-lubang kecik dalam kuantiti yang banyak …. belum sempat makan dah trauma ….

8 thoughts on “Trypophobia

  1. akubiomed

    Pertama kali dengan Tryophobia. Harap nak gurau pun kena tengok tempat supaya tidak memudaratkan orang lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge