6 Cara Untuk Menjadikan Hiasan Dalaman Rumah Anda Bertema Scandinavian

By | 07/08/2017

Hiasan dalaman ala Scandinavian adalah sangat ringkas, mengikut keperluan dan praktikal; sesuai
untuk kebanyakkan rumah di Malaysia yang rata-rata kini bersaiz lebih kecil. Gaya hiasan
Scandinavian yang praktikal dan sofistikated juga lebih kemas, anggun dengan nilai estetika
keselesaan untuk sesebuah rumah.
Walaupun hiasan ala Scandinavian ini tidak mempunyai satu ciri yang wajib, tetapi terdapat
beberapa elemen yang mendefinisikan keunikan hiasan Nordic ini.

1. Garisan lurus, minimalis
Garisan lurus yang kemas merupakan salah satu elemen utama bagi reka bentuk Scandinavian.
Oleh kerana gaya hiasan ini menekankan keperluan, perabot yang bertemakan Scandinavian sering
direka dalam bentuk yang ringkas dan kukuh untuk mengelakkan ruang hiasan kelihatan serabut.
Anda tidak akan sesekali jumpa perabot Scandinavian dengan hiasan yang sarat. Sebaliknya, semua
perabot akan direka sehabis ringkas dan padat agar tidak menggunakan ruang yang luas.

2. Ringkas, warna lembut
Sama seperti ciri reka bentuk, pilihan warna untuk hiasan dalaman ala Scandinavian juga seringkali
ringkas dan lembut.
Pilihan warna seperti putih, warna tanah dan kelabu sangat sesuai untuk dinding dan siling kerana
warna-warna ini akan membuatkan sesuatu ruang itu tampak lebih luas. Selain itu, warna asas
seperti ini juga membuatkan ruang itu menjadi lebih cerah dan tenang. Anda juga boleh
mengenakan warna kayu dalam tona cerah untuk lantai.
Tambah sentuhan hiasan lain yang berwarna sejuk dan neutral dalam pelbagai tona cerah dan gelap
untuk mewujudkan kedalaman dan untuk mengelakkan hiasan ruangan tersebut tampak suram dan
pucat.
Kemudian, hias ruangan tersebut dengan aksesori atau perabot yang berwarna ceria seperti sofa
berwarna kuning atau cabinet berwarna biru. Warna terang akan memberikan personaliti dan
menjadi fokus pada ruang tersebut.

 

                  Hiasan dalaman rumah teres di Glenmarie oleh Meridian Inspiration

 

3. Elemen semula jadi di dalam rumah
Kayu adalah salah satu elemen semula jadi yang sering digunakan untuk memberikan warna panas pada ruang yang berwarna sejuk. Corak dan tekstur ira kayu membuatkan ruangan yang dihias tampak semula jadi tanpa memerlukan hiasaan yang berlebihan dalam mewujudkan ruang yang selesa.
Pilih kayu dalam tona yang lebih cerah untuk digandingkan dengan bayangan warna sejuk seperti ash atau pine untuk memastikan suasana yang nyaman. Pokok hiasan juga merupakan salah satu elemen semula jadi yang boleh menaikkan seri rumah anda.

4. Pencahayaan yang baik
Penduduk di negara Scandinavia sangat sayangkan cahaya matahari kerana di negara mereka waktu malam lebih panjang dari waktu siang. Disebabkan itu, kebanyakkan pelan rumah di sana sering mempunyai tingkap yang besar agar cahaya matahari dapat menyinari rumah mereka dan sekaligus membuatkan ruang tersebut tampak lebih ceria dan nyaman.
Kebanyakkan rumah di Malaysia juga gunakan teknik yang sama. Rumah jenis apartment bertingkat tinggi pasti mempunyai tingkap yang lebar dengan ketinggian maksimum dari siling ke lantai. Biasanya, tingkap besar ini adalah untuk ruang tamu dan bilik tidur utama.
Jika rumah anda juga mempunyai tingkap yang luas pastikan anda tempah langsir atau bidai yang sesuai untuk mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki rumah anda. Atau jika anda mempunyai bajet lebih, gunakan cermin tingkap bertebat (insulated) dengan perlindungan ultra ungu untuk halang bahang dari masuk ke rumah anda.

 

Hiasan dalaman di Rawang oleh The Design Studio 

 

5. Tambah tekstur pada ruang tersebut
Oleh kerana hiasan dalaman ala Scandinavian biasanya berwarna neutral dan lembut, gunakan tekstur untuk menambah seri tanpa membuatkan ruang tersebut kelihatan semak.
Gunakan tekstur asas seperti batu bata yang di cat kemas untuk menghias dinding. Permadani juga membantu untuk menghasilkan suasana yang lebih lembut untuk sesuatu ruang.

 

Hiasan dalaman di Bandar Sunway oleh Pocket Square 

 

6. Tambah hiasan yang kemas
Dinding yang kosong biasanya tampak lebih ideal, tetapi itu tidak bermakna ia perlu dibiarkan kosong. Letakkan hiasan yang ringkas atau minimal untuk memberikan sedikit ciri istimewa pada ruang tersebut.
Atau jika akan sukakan hiasan yang lebih minimal, gunakan barang yang mempunyai pelbagai fungsi seperti rak buku, bakul rotan atau selimut sebagai sebahagian daripada elemen perhiasan.

 

Hiasan dalaman di Casa Tropicana oleh Pocket Square

 

Sedia untuk menghias rumah anda?
Katalog IKEA semestinya sangat menarik dan buat kita terfikir, “jika saya beli semua perabot ini, rumah saya pasti akan lihat sama seperti rumah dalam katalog ini!”. Walau bagaimanapun, untuk mereka hiasan dalam ala Scandinavian, bukan perabot sahaja yang anda perlukan.
Pereka hias dalaman atau kontraktor ubah suai yang berdaftar dengan Recommend.my yang pakar dalam gaya Scandinavian mempunyai gambaran yang lebih luas untuk mereka hias rumah anda. Contohnya, mereka mungkin akan memberi cadangan untuk besarkan bahagian dapur, tukar lantai baru atau tambah ruang simpanan untuk menghasilkan ruang yang kelihatan lebih minimalis dan bersih.

Apa pun, semuanya bergantung dengan bajet dan pilihan anda!

9 thoughts on “6 Cara Untuk Menjadikan Hiasan Dalaman Rumah Anda Bertema Scandinavian

  1. nikkhazami

    warna lembut sebenarnya menambahkan seri ruang.. taste menghias kena tinggi baru rumah jadi cantik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge