Berbuka Di Colosseum Glanmarie

By | 14/06/2017

Kalau korang mencari kelainan untuk berbuka puasa maka korang boleh lah pergi ke Colosseum Glenmarie, di sana korang akan terasa berada di dewan exclusive bertaraf lima bintang dengan hidangan makanan yang sangat sedap.

Sebenarnya keseluruhan bangunan tempat ini dibina menggunakan kontena dan diubah sui menjadi tempat yang sangat menarik untuk di kunjungi.

Sempena bulan ramadhan mereka menyediakan buffet dengan pakage dengan harga yang sangat berpatutan untuk tetamu yang membuat tempahan di sana.

Bukan setakat harga yang berpatutan tapi tempat ini di lengkapi dengan kemudahan tempat letak kenderaan yang agak luas, surau, dewan.

Kalau korang yang mencari lokasi untuk majlis perkahwinan, pelancaran produk atau apa-apa event boleh lah buat tempahan dengan mereka.

Mereka menyediakan bermacam-macam jenis lauk yang semuanya sedap-sedap dan juga macam menarik adalah nasi taufan reda, nama yang sikit unik lain dari yang lain.

bukan itu saja mereka juga menyediakan kuih muih dan makanan sampingan seperti mee rebus, bubur kacang mereh, nasi kerabu, kambing bakar, spegeti dan macam-macam hidangan lain juga.

Dari segi harga pula memang sangat berpatutan RM88 untuk dewasan manakala RM58 untuk kanak-kanak. jangan lupa singgah dekat bazar berhampiran macam-macam barang yang mereka jual di bazar tersebut. ada juga artis yang menjual produk mereka di bazar tesebut so korang boleh lah usha-usha bazar tersebut lepas buka puasa.

 

Untuk tempahan ayau pertanyaan hubungi :-

FB : https://www.facebook.com/colosseummalaysia
Insta : https://www.instagram.com/colosseummalaysia
web : https://colosseum.com.my

 

 

 

 

3 thoughts on “Berbuka Di Colosseum Glanmarie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge