Don Aiman Founder Nur’Asia Lipstick Collagen

By | 07/04/2017

Seorang individu yang lebih dikenali dengan panggilan Don Aiman atau nama sebenarnya ialah Nor Iman Shah dan dilahirkan pada 23 January 1984 di Alor Setar, Kedah. Beliau adalah anak sulung kepada 3 adik beradik lelaki. Beliau juga adalah seorang usahawan yang berpengalaman. Antara perkara menarik tentang Don Aiman ialah beliau antara individu yang aktif dalam menjaga kebajikan yang melibatkan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan fakir miskin tanpa di biayai oleh mana-mana pihak.


Don Aiman mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya kini menjadikan bidang perniagaan sebagai bidang yang utama. Pahit manisnya dalam berniaga membuatkan beliau

menghargai setiap rezeki yang diperolehi. Beliau mula belajar berniaga sejak dibangku sekolah lagi. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila beliau selalu mengikuti arwah datuknya berniaga di pasar pagi. Dari situ, beliau mula mendapat idea untuk berniaga apabila melihat di sekeliling rumah datuknya terdapat pokok asam jawa tumbuh

merendang, hasil dari pokok tersebut dan dengan bantuan arwah neneknya, buah asam jawa tersebut di buat jeruk dan dijual di sekolah. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan dimana beliau dapat menjana duit poketnya sendiri lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk terus berniaga hingga ke peringkat sekolah menengah.
Apabila habis zaman persekolahan, semangat beliau untuk berniaga tidak berhenti di situ. Pelbagai jenis perniagaan telah di lakukannya samada perniagaan berbentuk

produk atau perkhidmatan untuk menimba pengalaman di mana ianya telah membuahkan hasil sekarang. Bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula mengupah pekerja untuk berkerja dengannya.


Sambil menyelam minum air, itulah yang selalu beliau amalkan dalam berniaga. Disamping berniaga, beliau akan membina ‘networking’ dalam bisnes. Seperti yang kita sedia ketahui, dalam perniagaan, ‘networking’ memang penting. Istilah yang sangat disukai oleh beliau sendiri adalah “If you are not networking, you are not working”!. Sehingga pada suatu hari, beliau bertemu dengan seseorang dimana beliau di

cadangkan untuk mengeluarkan produk kosmetik ciptaan dan jenama sendiri. Dengan berbekalkan pengalaman dan simpanan yang ada beliau tekad untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikat kosmetik Nur’Asia miliknya berjaya menghasil dan mengeluarkan produk rawatan bibir iaitu lipstik kolagen pertama di bawah jenamanya sendiri.


Pertubuhan awal syarikat Nur’Asia ini ditubuhkan hanya dengan bantuan dan dorongan dari individu tersebut dan kemudian disokong penuh oleh keluarga tercinta. Kini syarikat ini telah mula mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan beberapa perancangan untuk menghasilkan beberapa lagi rangkaian produk baru untuk kemudahan pengguna.
Syarikat Nur’Asia juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua. Nur’Asia juga mempunyai misi dan visi serta objektif antaranya ialah:

MISI SYARIKAT

Membantu golongan wanita dan lelaki untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk Nur’Asia.

VISI SYARIKAT
Visi Utama Nur’Asia adalah untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga disamping memberi kebaikan kepada pengguna.

OBJEKTIF SYARIKAT

1. Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
2. Mempunyai konsep dan system perniagaan yang teratur.
3. Membantu masyarakat tentang aspek kecantikan luaran dan dalaman.
4. Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
5. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.


Sebagai pengasas produk ini, Don Aiman amat sinonim dengan tagline dan lenggok sebutannya yang tersendiri iaitu “Untung Berganda” bertujuan bagi menarik orang ramai terhadap produknya. Tagline tersebut turut menjadi ikutan terutama kanak-kanak. Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan bahan yang halal dan di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk Nur’Asia yang ada dipasaran juga di jual dengan harga yang murah. Selain itu, dari sudut pengeluaran pula, produk Nur’Asia telah dihasilkan di kilang halalal tayiban milik bumiputera, disahkan oleh GMP dan diluluskan oleh The Malaysian Certification Scheme for Hazard Analysis and critical Control Point System (MCS HACCP)


Beliau beranggapan bahawasanya semua usahawan bercita-cita untuk hidup senang dan berjaya. Namun, sebelum itu mereka harus belajar selok-belok dalam dunia perniagaan dahulu. Ini kerana, pada tahun pertama sebagai seorang usahawan sudah pasti banyak perkara yang perlu di pelajari daripada orang yang lebih berpengalaman. Oleh itu, jangan mudah berputus asa dan jadikan kesusahan itu sebagai satu azam untuk terus berjaya.

4 thoughts on “Don Aiman Founder Nur’Asia Lipstick Collagen

  1. Dwi Wahyudi

    Bagaimana dengan produknya Kak, apakah sudah cuba sendiri? Sekiranya bagus mungkin boleh kite niagakan produk ini di Pontianak. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge