ArilGlow – Pen Pemutih Gigi

By | 16/04/2017

Ikutkan saya memang mahu mendapatkan rawatan gigi dalam masa yang terdekat cuma masa saja yang tidak mengizinkan saya berkunjung ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan. Dalam masa yang sama saya di beri peluang mencuba satu produk pemutih gigi yang tidak memerlukan masa yang sama.

ArilGlow? apakah itu AriGlow, pertama kai dengar nama tu pun dah macam pelik tapi rasanya tak salah kalau saya cuma kan manalah tahu ianya berkesan jadi boleh lah saya terus menggunakannya.

 

Itulah dia ArilGlow yang saya katakan, pen pemutih gigi sepantas 30 minit sahaja. kalau tanya saya berkesan atau tidak. kalau pada saya ianya sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah saya yang selama ini saya bertangguh untuk dapatkan rawatan di klinik gigi jadi dengan adanya ArilGlow ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa saya.

Cara penggunaan pun sangat mudah dan tak susah mana.

Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering). Ambil pen dan pusingkan mengikut jam sehingga keluar gel.

Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi. Elakkan terkena gusi. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.

Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian menggosok gigi). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi. Kumur dan bilas semula dengan air paip.

Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat. Dah siap ! Gunakan 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja dan tidak digalakkan untuk digunakan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.

Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk. Elakkan terkena matahari dan simpan pada suhu tinggi. Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam “freezer”.

 

Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

Gigi palsu?
– Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
Minuman yang bersih:
– Air putih
– Air suling
– Susu
Makanan yang perlu dielakkan:
– Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
– Teh dan kopi
– Cola-cola dan minuman bergas
– Minuman tenaga

Makanan yang perlu dielakkan:
– Karot dan buah oren dan sayuran
– Brokoli, bayan dan sayuran hijau
– Coklat
– Roti putih
– Tomato dan sos merah
– Mentega dan marjerin

Untuk maklumat produk Β ini masih belum berada di pasaran jadi untuk dapatkan produk ini kena rajin-rajin usha website mereka atau saya akan maklumkan bila produk ini sudah berada di pasaran.

 

Website : https://arilglow.com/
Fanpage : https://www.facebook.com/arilglowhq/

 

9 thoughts on “ArilGlow – Pen Pemutih Gigi

  1. Mama Hakim

    Mama was was juga nak pakai produk baru keluar ni. Terutama jenama tempatan, sebab selalu sangat keluar akhbar
    .
    Ada bahan terlarang
    .
    Kena jaga nama baik kan
    .
    Marketing bukan murah
    .
    Sekali kilang OEM buat hal, nama jenama kita yang rosak
    .
    Kilang rileks je
    Mama Hakim recently posted…4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal DiabetesMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge