Wujudkah Allah

By | 26/03/2017

Kawan saya kata jangan ada terlalu kenapa sebab bila ada terlalu banyak kenapa kita akan terus berfikir sampai kita jumpa jawapan untuk semua kenapa yang kita persoalkan.

macam beberapa hari lepas saya tanya kawan saya ” perlu ke iklas dalam buat sesuatu pekara ” di sebabkan masa tu jawapan yang kawan saya berikan akan bercelaru dan minda saya tak dapat nak tangkap gambaran apa yang dia sampaikan jadi saya langsung tak puas hati dengan jawapan yang dia berikan .. dan saya diam untuk tidak terus bergaduh.

semalam saya tanya pada kawan yang sama ” Allah tu wujudkah ” soalan yang paling membunuh jiwa untuk orang yang tersalah tafsir maksudnya. bukan saya tak percaya tapi sebab terlalu banya kenapa itu yang timbulnya soalan tu.

dia kata pada saya ” awak nampak angin tak, awak nampak ke sakit tu macam mana, awak nampak tak bentu ikhlas tu macam mana, awak tahu kan bumi kita ni bulat tapi kenapa kita masih jalan tegak dan tak jatuh”

” sebab tu saya selalu kata jangan ada terlalu banyak kenapa, bila ada terlalu banyak kenapa itu yang otak kita akan fikir benda yang tak sepatutnya kita fikir paling penting kita ikut je semua benda yang patut kita ikut dan jangan adanya kenapa”

otak saya terus capture ayat-ayat yang kawan saya katakan itu dan saya fikir balik benda yang dia kata pada saya semalam.

macam beberapa hari lepas saya terlepas kata pada dia ” kalau awak tanya saya berapa lama saya tak solat pun saya tak ada jawapan nak bagi” otak saya fikir dia akan kecam saya dan hina saya bagailah ( otak kita kan macam tu) dia tak jawab soalan tu dan topik di tukar.

Semalam dia kata pada saya ” untuk buat permulaan awak buat lah mana yang awak mampu, buat pelan-pelan lama-lama awak akan terbiasa dan akan jadi lebih baik” ‘ saya nak paksa awak pun tak guna kalau saya paksa awak akan pergi lagi jauh lagi pun awak bukan jenis suka di paksa”

dalam hati saya cepat betul dia capture pattern saya macam mana dan cepatnya dia baca sikap saya macam mana sedangkan beberapa hari ini saya tak mampu nak capture macam mana sikap dia dan apa perangai dia tapi dia pulak boleh capture sikap dan kebiasaan saya. ini tak adil hahahahaha.

Berbalik pada soalan asal tadi, sebenarnya bukan lah saya tak percaya adanya Allah atau nak dustakan semua kehidupan di muka bumi ini cuma terlalu banyak kenapa itu yang buatkan adanya soalan itu.

kawan saya kata belum terlambat untuk saya balik ke tempat yang betul dan betulkan balik semua salah yang saya buat. dia kata buat mana yang Β termampu bukan paksaan yang penting niat kita kena betulkan.

 

Nota : dari mana saya nak mulakan?

3 thoughts on “Wujudkah Allah

  1. Fendy

    Permulaannya adalah kembali kepada asal usul pembelajaran…. Kita mula dari bawah…. Alif ba ta…. Pelan2 kayuh sampai kecapi ketenangan abadi….

    Reply
  2. Ayu

    Basic rukun iman, rukun islam. Ada hal yang otak kita xleh jangkau πŸ˜‰

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge