Cakk !!!!
I am Back ... maaf lah kerana seminggu saya menghilangkan diri tanpa menulis apa-apa buat korang semua. saya bukan dah tak mahu menulis cumanya terlalu sibuk dengan urusan rasmi...
terima kasih pada yang bertanya kemana saya menghilangkan diri ... mana ada saya menghilangkan diri cuma saya hanya tidak menulis untuk seminggu ini saja....
sebab dah lama tak menulis saya kongsikan sikit tentang sesuatu yang saya baru saja belajar sejak bertukar pejabat awal bulan hari tuh....
baru-baru ini pekerja warga asing tempat saya kerja gaduh sebab isu makanan dan lain-lain hal.. walaupun mereka ini sama bangsa tapi berlainan agama itu yang buatkan mereka tak berapa nak serasi.
cerita nya macam ini bila sebelah pihak yang tak boleh makan daging masak vavik pihak yang tak boleh makan vavik termakan vavik yang di masak oleh pihak satu lagi dan begitu lah sebaliknya.. jadinya berlakunya pergaduhan sesama mereka...
bila keadaan dan macam tuh terpaksa lah mereka-mereka ini panjangkan cerita kepada pihak pengurusan. jadinya meeting tergempar pun di adakan bersama kedua-dua belah pihak..
jadinya saya belajar sesuatu dari kejadian itu....
sama ada aku suka atau pun tidak apa pun keadaan yang berlaku saya kena terima keadaanya ... tak kisah lah apa bangsa dan apa agama sekali pun kena selesaikan masalah dengan cara yang tak akan buat sesiapa terasa hati....
kadang-kadang saya fikir rupanya susah jugak berkerja di jabatan pentadbiran ni banyak hal yang berlaku... dan semua benda kena buat dengan sempurna kalau tak mahu orang lain hentam balik...
alamak .... dah terjadi entry serius pulak ingat nak tulis entry santai-santai jer.. tapi apakan daya tiada ilham pulak .... tugasan akhir masih belum tulis lagi ini bermakna saya hutang dua entry tugasan akhir yang tak tahu bila mampu saya menulis.. harap=harap saya dapat hantar sebelum tarikh tutup....
Nota : berderet jemputan dari kawan-kawan .. kena susun jadual untuk pergi majlis mereka .....







