Ramai yang tanya pada saya "kehidupan baru" apa yang saya maksud kan dalam entry Sepetang Di Sekitar Sekolah .. saya tak tahu apa yang mereka fikir tapi yang pastinya saya masih single lagi tapi maaf tiada borang untuk di isi hiks....
Sebenarnya kisah sebaliknya lebih kepada peribadi yang agak susah saya mahu kongsikan di sini.. cuma apa yang saya boleh katakan "bila kita berada dalam kesusahan pasti kita akan cari jalan untuk keluar dari masalah" "bila kita berada dalam kesenangan pasti kita akan mencari jalan supaya kehidupan kita makin senang"
Saya ingat lagi kata-kata seseorang "sepatutnya seusia saya sudah ada kenderaan sendiri untuk kemana-mana jadi tak payah nak harapkan orang" itu betul tapi kenapa saya harus terbur-buru kalau ianya di luar kemampuan tapi yang pastinya saya sudah ada perancagan tersendiri. untuk apa nak ikut orang sedangkan kita pakai baju ikut ukuran bandan kita bukan badan orang lain.
kadang-kadang saya malas ak berdebat dengan orang yang hanya faham akan kata-kata sendiri yang tidak perna faham akan susah senang orang lain.. yang kadang-kadang memberontak untuk dapatkan apa yang di mahukan sedangkan apa yang di mahukan tidak mampu untuk di miliki ...
Ada betulnya kata-kata Irfan Khairi "buat duit, simpan duit, jimat duit sahaja tidak mencukupi jangan lupa sedekah duit .. harta kita tidak akan berkurangan dengan sedekah & zakat. The more u give.. the more u make !"
Jadi banyak mana pun duit yang kita dapat tetap jugak kita akan rasa tak cukup jika kita tidak keluarkan zakat ke atasnya.. dan paling penting hasil dari mana kita perolehi duit tersebut...






