20 September 2012

Kita Bukan Hidup Zaman Purba

Saya masih ingat lagi kata-kata abangensem pada sesi perbualan yang lepas katanya "hari ini kita dapat 10 email tapi hanya dapat jawab 3 email saja dan esok-esok email tu akan bertambah dan kita tak dapat nak balas kesemua email" dan saya terbaca dekat timeline saya yang di tulis oleh seorang kawan katanya "sangatlah rugi jika tidak mampu mengendalikan email dengan baik dan jika tidak mampu jangan sediakan perkhidmatan tersebut  pada pengunjung"

Kemalasan, Kepadatann Jadual, Kepenatan buatkan saya ketepikan semua email yang masuk hingga adakalanya buatkan saya terlepas sesuatu yang menguntung dan dengan mudah saya katakan itu bukan rezeki sedangkan kesilapannya pada saya..

terima pesanan dari beberapa orang yang berkata "kenapa entry saya beberapa hari ini bagaikan menghentam sebelah pihak saya"

mungkin sesetengah pihak menganggap entry saya itu sebagai hentaman sebelah pihak tapi saya percaya ada rakan pembaca yang melalui keadaan seperti  itu.. mungkin ada di antara rakan pembaca yang mahu berkongsi kisah bersama rakan pembaca yang lain ruang sentiasa ada.. cuma mahu atau tidak saja...

kata kak jie di timeline semalam "kadang-kadang kita hanya nampak salah orang lain sedangkan kita tak pernah cari salah kita hingga ada yang sakit hati" ada masanya saja juga begitu hanya nampak salah orang lain sedangkan salah sendiri tak pernah nak nampak .. nama pun manusia kan memang itu  sifat semula jadi manusia yang susah untuk di ubah....

kawan lama saya tanya pada saya "kenapa ada orang yang sentiasa tak suka dengan kelebihan yang orang lain ada hingga ada masanya orang-orang macam tuh merendahkan kemampuan orang lain" pada saya orang sebegitu mungkin sedar akan kekurangan diri sendiri dan tak mahu orang lain kesan akan kekurangan yang di miliki jadi keranna itu lah berlakukan nya sebegitu...

beberapa hari lepas kawan pejabat saya membuat aduan ke SKMM kerana akaun facebook di ceroboh dan ada unsur-unsur mahu menjatuhkan dia...  saya sendiri pernah membuat aduan ke SKMM hanya kerana penyebaran gambar-gambar yang di edit ... rasanya hampir setiap hari pasti akan aada aduan baru ke SKMM.. kawan saya tu kata kenapa ada manusia yang sanggup lakukan pekara-pekara tersebut sedangkan  dia tak kacau kehidupan sesiapa... mungkin betul tapi manusia nieh memang susah nak jangka tindakan mereka.

perbualan dengan kawan-kawan perempuan saya berkaitan isu lelaki yang ada kalanya buatkan saya banyak mecari jawapan ... beberapa minggu lepas seorang kawan cerita pada saya yang teman lelaki dia ada perempuan lain hingga terbawa ke bilik hotel sedangkan antara mereka tiada masalah.. perkongsian saya bersama mereka pula ... bertemu dengan sorang lelaki beberapa tahun lepas yang membawa kepada kekecewaan hanya kerana sikap lelaki tersebut yang suka maki hamun dan campur tanga keluar lelaki tersebut buatkan saya bertindak drastik dengan menamatkan talian telefon saya tanpa sebarang pesanan kepada sesiapa .... masakan saya boleh hidup dengan lelaki seperti itu hanya pentingkan perasaan sendiri .... ramai kawan-kawan yang kata pada saya akan datang pasti saya akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari lelaki tersebut..

bos saya selalu tanya "kenapa saya tak perna nampak teman lelaki kamu" agaknya apa jawapan yang terbaik yang boleh saya bagi selain senyuman yang bos saya sendiri tak akan faham maksudnya.. dan seboleh-bolehnya saya akan cuba elak dari soalan-solan macam tuh..  satu jer yang boleh saya katakan buruk baik pasangan kia biar kita saja yang tahu kisahnya tak perlu di ceritakan pada orang luar... orang hanya akan mengambil kesempatan jika tahu cerita-cerita di sebalik perhubungan kita...

terlalu banyak perbincangan bersama kawan-kawan sebenarnya kalau nak ikutkan.. kalau nak di huraikan pasti akan ada yang akan kata saya hanya memihak sebelah pihak saja... terlebih berjela rasanya entry nanti saya kongsikan satu isu yang di bangkitkan oleh seorang kawan ....